Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
Lot 4, Persiaran Perkilangan
Seksyen 21
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

PODCAST SUKMA BERSAMA PENGARAH JBS SELANGOR FOKUS SUKARELAWAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 🔥 SHAH ALAM | 17 O...
18/08/2026

PODCAST SUKMA BERSAMA PENGARAH JBS SELANGOR FOKUS SUKARELAWAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 🔥

SHAH ALAM | 17 OGOS 2026

Podcast SUKMA secara langsung bersama Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berlangsung di📍Pusat Media SUKMA Selangor, Shah Alam, dengan memberi fokus kepada peranan, sumbangan dan pengalaman Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.

Sesi podcast ini mengetengahkan kisah serta peranan para sukarelawan yang menjadi antara tunjang penting dalam memastikan kelancaran penganjuran temasya. Dalam perkongsian tersebut, Tuan Syamsul Tahrin turut menekankan bahawa penglibatan sebagai sukarelawan memberikan pengalaman berharga kepada golongan belia untuk membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kepimpinan, disiplin dan semangat kerja berpasukan.
Lebih membanggakan, penglibatan sukarelawan dalam perbarisan sempena Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di📍Dataran Shah Alam menjadi antara detik yang memperlihatkan semangat dan komitmen mereka dalam menjayakan temasya ini.

Dalam kesempatan tersebut, Tuan Syamsul Tahrin turut merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh sukarelawan SUKMA dan Para SUKMA atas kesungguhan, komitmen serta pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan sepanjang menjayakan temasya ini.

RENTAK KITA. AKSI KITA.





SUKARELAWAN MERIAHKAN PERBARISAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 🔥 SHAH ALAM | 16 OGOS 2026Sema...
17/08/2026

SUKARELAWAN MERIAHKAN PERBARISAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 🔥

SHAH ALAM | 16 OGOS 2026

Semangat kesukarelawanan terus menyinar apabila Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 tampil penuh bersemangat menyertai perbarisan sempena Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung meriah di📍Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Penglibatan dalam perbarisan turut menjadi pengalaman bermakna kepada golongan belia yang berpeluang menyumbang secara langsung dalam penganjuran temasya berskala besar, di samping membentuk nilai kepimpinan, kerja berpasukan, disiplin dan tanggungjawab. Lebih membanggakan, penyertaan sukarelawan ini mencerminkan semangat “Sukan Menyatukan Kita”, apabila anak-anak muda berganding bahu menyokong kejayaan atlet dan memastikan temasya SUKMA serta Para SUKMA berlangsung dalam suasana penuh gemilang.

Syabas dan tahniah kepada seluruh Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026. Teruskan mencurah bakti, mengangkat nama Selangor dan bersama-sama mencipta sejarah SUKMA dan Para SUKMA yang gemilang!

RENTAK KITA. AKSI KITA.





14/08/2026

PEMAKLUMAN KEPADA SEMUA SUKARELAWAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimohon semua sukarelawan yang telah dijadualkan bertugas sempena Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 untuk hadir mengikut ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 15 OGOS 2026

🕔 Masa Pengambilan Kit Sukarelawan: 4.00 petang – 7.00 malam
Masa bertugas: 7:00 malam - 11 malam
Majlis bermula: 8.00 malam

📍Lokasi: Kaunter Pendaftaran Sukarelawan - DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM

Mohon semua sukarelawan hadir mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan proses pendaftaran dan pengagihan kit berjalan dengan lancar.

Jom bersama-sama kita memeriahkan Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama anda.

Najwan Halimi
Media Selangor
SELANGORFM100.9


13/08/2026
HIMPUNAN MEGA SUKARELAWAN SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026 🔥SEPANG | 9 OGOS 2026SATU HATI. SATU SEMANGAT. SATU SELA...
11/08/2026

HIMPUNAN MEGA SUKARELAWAN SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026 🔥

SEPANG | 9 OGOS 2026

SATU HATI. SATU SEMANGAT. SATU SELANGOR! 🔥

Gegak semangat kesukarelawanan bergema di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila berlangsungnya Himpunan Mega Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026, yang menghimpunkan barisan sukarelawan sebagai persiapan menghadapi temasya sukan terbesar di Negeri Selangor.

Himpunan ini bukan sekadar pertemuan, tetapi menjadi lambang kekuatan, kesatuan dan komitmen ribuan sukarelawan yang bakal menggalas amanah penting dalam memastikan setiap aspek penganjuran SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berjalan lancar, tersusun dan meninggalkan pengalaman terbaik kepada atlet, pegawai, kontinjen serta seluruh rakyat.

Dalam amanat kepada sekitar 7,000 para sukarelawan, turut diumumkan elaun sebanyak RM100 sehari, selain tambahan elaun pengangkutan RM100 (one off) sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa, masa, tenaga serta pengorbanan para sukarelawan yang akan menjadi tulang belakang kejayaan temasya ini.

Pengumuman tersebut pastinya menyuntik semangat baharu kepada seluruh sukarelawan untuk terus memberikan komitmen terbaik. Namun lebih daripada nilai elaun, amanah yang digalas merupakan satu kebanggaan untuk bersama-sama mencipta sejarah SUKMA di bumi Selangor.

Para sukarelawan bukan sekadar petugas di lapangan— mereka adalah wajah Selangor, penyambut tetamu, penggerak operasi dan duta semangat kesukanan yang akan membawa imej Negeri Selangor kepada seluruh negara.

Ayuh sukarelawan Selangor! Kita tampil dengan semangat luar biasa, disiplin tinggi dan jiwa kesukarelawanan yang kental untuk memastikan SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 menjadi sebuah temasya yang bukan sahaja berjaya dari aspek penganjuran, malah dikenang sebagai SUKMA yang penuh semangat, kebersamaan dan kebanggaan Selangor! 🔥💪

RENTAK KITA. AKSI KITA





PERTANDINGAN AEROBIC DANCE 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 💃🔥 PENYERTAAN KINI DIBUKA!🏆 Hadiah Wang Tunai Menanti!🥇 Johan ...
06/08/2026

PERTANDINGAN AEROBIC DANCE 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 💃

🔥 PENYERTAAN KINI DIBUKA!

🏆 Hadiah Wang Tunai Menanti!
🥇 Johan – RM1,000 (akan mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan)
🥈 Naib Johan – RM800
🥉 Tempat Ketiga – RM600

🗓️ 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 SACC Mall, Shah Alam

👥 Kategori Penyertaan
✅ Remaja Campuran (Lelaki & Perempuan)
🎯 Umur: 9 hingga 17 Tahun

💥 PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

📌 Tarikh Tutup Penyertaan: 20 September 2026 (Ahad)

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan berikut:
https://malaysiafitness.com/team-registration

📞 Sebarang pertanyaan:
Noratika Tokimin 📱 010-2618651

📢 Hebahkan kepada sekolah, kelab, persatuan, akademi tarian, pusat komuniti dan rakan-rakan yang mempunyai peserta berumur 9–17 tahun.

Jom!





KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA SHAH ALAM SEMPENA PROGRAM MADANI KITA PARLIMEN KOTA RAJA BERLANGSUNG MERIAH ⚽🏆Sem...
03/08/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA SHAH ALAM SEMPENA PROGRAM MADANI KITA PARLIMEN KOTA RAJA BERLANGSUNG MERIAH ⚽🏆

Semangat kesukanan, perpaduan dan kebersamaan jelas terpancar menerusi penganjuran Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Shah Alam sempena Program MADANI Kita Parlimen Kota Raja yang berlangsung di Padang Sintetik MBSA, Seksyen 28, Shah Alam. Sebanyak 16 pasukan telah berentap dalam saingan sengit dengan mempamerkan aksi berkualiti tinggi, semangat juang luar biasa serta disiplin yang membanggakan.

Perlawanan akhir turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, bersama Puan Norazreen binti Sulaiman Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta Encik Mohd Hairudin bin Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling. Kehadiran barisan kepimpinan JBS Selangor bukan sahaja menyuntik semangat kepada para pemain, malah membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan sukan komuniti sebagai wadah melahirkan masyarakat yang aktif, bersatu padu dan berdaya saing.

Turut menjadi tarikan utama ialah Reruai Interaktif JBSN Selangor yang menampilkan pelbagai aktiviti “Mari Mencuba”.

Kemuncak program menyaksikan Majlis Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Tuan Mohd Hisyamuddin Ghazali, bersama Pengarah JBSN Selangor, Tuan Syamsul Tahrin Mohd Tahir. Majlis ini menjadi simbol penghargaan kepada semua pasukan yang telah mempamerkan semangat kesukanan, integriti dan daya juang yang tinggi, di samping mengukuhkan komitmen kerajaan dalam menjadikan sukan sebagai pemangkin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

✨ Tahniah kepada semua pasukan, para pemenang, pengadil, dan seluruh warga komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

MADANI Kita. Memaknai harapan rakyat.




Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60355192326

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor:

Shortcuts

Share