Balai Polis Sri Muda

Balai Polis Sri Muda Balai Polis Sri Muda
Email : [email protected]
No. Telefon : 0351221022 / 0351249715
No. Fax : 0351214422

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„-๐Ÿฎ๐Ÿ๐Ÿ—Ketua Polis Selangor, CP Datoโ€™ Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, bersama i...
24/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„-๐Ÿฎ๐Ÿ๐Ÿ—

Ketua Polis Selangor, CP Datoโ€™ Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, bersama isteri, Datin Rozana binti Kasbon, selaku Pengerusi PERKEP Selangor, serta DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, bersama isteri, Puan Zurim binti Md Khalid, selaku Naib Pengerusi PERKEP Selangor, merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Hari penuh makna ini mengingatkan kita kepada perjalanan panjang PDRM sebagai benteng keselamatan negara. Setiap anggota, tanpa mengira pangkat dan jawatan, telah memainkan peranan besar dalam memastikan keamanan, ketenteraman dan kedaulatan Malaysia terus terpelihara. Di sebalik setiap uniform biru yang disarungkan, terpahat keberanian, disiplin serta tekad yang tidak pernah luntur demi negara tercinta.

Walau berdepan cabaran yang semakin kompleks, PDRM sentiasa membuktikan keteguhan dan ketangkasan melalui semangat setiakawan, integriti serta profesionalisme yang melangkaui tuntutan tugas. Setiap halangan yang ditempuhi bukan sekadar ujian, tetapi juga penyuluh kepada kekuatan dan kematangan Pasukan ini dalam melaksanakan amanah rakyat dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dizahirkan kepada seluruh petugas PDRM, khasnya di Negeri Selangor, yang sentiasa โ€œSedia Berkhidmatโ€, berbakti tanpa jemu dan meletakkan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan utama. Semangat ini selari dengan tema keramat yang terus menjadi nadi perkhidmatan kita:
โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.โ€

Semoga segala usaha yang dicurahkan akan terus memperkukuhkan keamanan, perpaduan dan kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta.

Selamat Hari Polis ke-219


20/03/2026

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN PESANAN PENCEGAHAN JENAYAH OLEH YDH TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM


20/03/2026

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN PESANAN KHAS OLEH YDH KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATINDengan ingatan tulus ikhlas dari YDH Supt. Ahmad Sobri Bin Am...
20/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dengan ingatan tulus ikhlas dari YDH Supt. Ahmad Sobri Bin Amir Salim, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan semua umat yang beragama Islam.

"Kepada yang pulang kekampung berhati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman masing-masing dan patuhilah keselamatan dijalanraya."

"RAIKAN DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN"



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATINDengan ingatan tulus ikhlas dari YDH ACP Ramsay Anak Embol, K...
20/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dengan ingatan tulus ikhlas dari YDH ACP Ramsay Anak Embol, Ketua Polis Daerah Shah Alam dan YBhg Puan Peggy Thow Wan Chin Pengerusi PERKEP Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan semua umat yang beragama Islam.

"Kepada yang pulang kekampung berhati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman masing-masing dan patuhilah keselamatan dijalanraya."

"RAIKAN DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN"



๐ŸŽฌ PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026Jom serlahkan kreativiti anda dalam menyampaikan mesej kese...
28/02/2026

๐ŸŽฌ PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026

Jom serlahkan kreativiti anda dalam menyampaikan mesej keselamatan jalan raya! ๐Ÿšฆ

Orang ramai dijemput untuk menyertai pertandingan mencipta video pendek keselamatan jalan raya.

Rakam video pendek yang kreatif, berinformasi dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

๐Ÿ“… Tarikh tutup penyertaan: Sebelum 13 Mac 2026

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026

1. Pertandingan bermula pada 01 Mac 2026 dan tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 13 Mac 2026 (11.59 malam).

2. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk syarikat korporat.

3. Pertandingan ini merupakan kolaborasi bersama JSPT Bukit Aman dalam menyokong pelaksanaan Kempen Keselamatan Jalan Raya ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat.

4. Video mestilah bertemakan keselamatan jalan raya, dengan menonjolkan ciri-ciri pemanduan dan penunggangan yang selamat, berhemah serta mematuhi undang-undang.

5. Tempoh video adalah tidak melebihi 3 minit, termasuk kredit.

6. Setiap penyertaan mestilah hasil karya asli peserta sendiri. Unsur plagiat adalah tidak dibenarkan.Penyertaan yang didapati bukan karya asli akan dibatalkan serta-merta.

7. Video yang dihantar mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan sebelum ini.

8. Peserta hendaklah menggunakan peralatan rakaman sendiri (telefon pintar atau perakam video). Elemen lakonan dan kreativiti tambahan adalah dibenarkan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan norma masyarakat.

9. Kos penyertaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

10. Video hendaklah dimuat naik ke salah satu platform media sosial berikut:

โ€ข TikTok โ€“ dan tag akaun rasmi: jsptpdrmofficial
โ€ข Instagram โ€“ dan tag akaun rasmi:
โ€ข Facebook โ€“ dan tag / nyatakan halaman rasmi: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Peserta hendaklah memastikan akaun media social berada dalam mod โ€œPublicโ€ sepanjang tempoh pertandingan bagi tujuan penilaian.

11. Peserta wajib menggunakan tanda pagar (hashtag) berikut:

โ€ข
โ€ข
โ€ข
โ€ข
โ€ข

12. Penilaian pemenang adalah berdasarkan:

โ€ข Kreativiti dan keaslian idea
โ€ข Keberkesanan mesej
keselamatan yang disampaikan
โ€ข Impak kesedaran kepada
masyarakat
โ€ข Jumlah โ€œLikeโ€ tertinggi

13. Pemilihan video terbaik berpeluang dilantik sebagai Rakan Trafik Polis bagi menyokong inisiatif kesedaran keselamatan jalan raya bersama pihak JSPT.

PROGRAM SINGGAH SAHUR KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM BERSAMA FRONTLINER PETUGAS MPV, URB, SJR IPD SHAH ALAMIPD Shah Alam, ...
25/02/2026

PROGRAM SINGGAH SAHUR KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM BERSAMA FRONTLINER PETUGAS MPV, URB, SJR IPD SHAH ALAM

IPD Shah Alam, 25 Februari 2026 โ€“ Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, telah berlangsung Program Singgah Sahur KPD Shah Alam bersama anggota โ€˜frontlinerโ€™ IPD Shah Alam yang bertugas di lapangan pada jam 0330 pagi di Jalan Persiaran Klang, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.

Program ini telah diketuai oleh YDH ACP Ramsay Embol, Ketua Polis Daerah Shah Alam bersama YDH Supt. Ahmad Sobri bin Amir Salim, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, serta dihadiri oleh 10 Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Ketua Pondok Polis, petugas MPV, petugas URB, petugas SJR Balai Polis Sri Muda dan PRP BPJKK & BP Sri Muda.

Program ini merupakan inisiatif YDH Ketua Polis Daerah Shah Alam sebagai tanda sokongan moral dan penghargaan kepada anggota yang terus komited menjalankan tugas sepanjang bulan Ramadan.

Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kepimpinan tertinggi daerah dengan anggota lapangan melalui pendekatan turun padang bersahur bersama, di samping memastikan kesiapsiagaan serta komitmen anggota sentiasa berada pada tahap terbaik sepanjang bulan Ramadan.

Program ini juga memberi ruang kepada pihak kepimpinan untuk menyantuni dan berinteraksi secara langsung bersama petugas MPV, URB dan SJR yang bertugas demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat sentiasa terpelihara.

Dalam program tersebut, YDH Ketua Polis Daerah Shah Alam telah menyampaikan juadah sahur kepada anggota yang sedang menjalankan rondaan dan sekatan jalan raya.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dalam memperkukuhkan kebajikan, semangat kebersamaan serta hubungan erat antara kepimpinan dan anggota sepanjang bulan Ramadan.

Semoga inisiatif seumpama ini terus menyuntik semangat kepada seluruh warga IPD Shah Alam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐‚๐ˆ๐๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Ketua Polis Selangor, CP Datoโ€™ Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, bersama isteri,...
16/02/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐‚๐ˆ๐๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Ketua Polis Selangor, CP Datoโ€™ Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, bersama isteri, Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor, serta DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, bersama isteri, Puan Zurim binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor,

mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga PDRM dan masyarakat yang meraikannya.

Semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta kebahagiaan berpanjangan kepada kita semua. Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kepelbagaian budaya yang menjadi asas kekuatan negara kita.

ๆญๅ–œๅ‘่ดข
Gong Xi Fa Cai

ๆ–ฐๅนดๅฟซไน
Xin Nian Kuai Le

๐ŸงงSELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2026Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Ketua Polis Daerah Shah Alam, YDH ACP ...
16/02/2026

๐ŸงงSELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2026

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Ketua Polis Daerah Shah Alam, YDH ACP Ramsay Embol, bersama Pengerusi PERKEP Daerah Shah Alam, YBhg Peggy Thow Wan Chin, ingin mengucapkan:

โ€œSelamat Tahun Baharu Cina 2026, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Tionghoa, khususnya di Daerah Shah Alam.โ€

Beliau berharap agar sambutan perayaan ini dapat diraikan dalam suasana penuh keharmonian, keselamatan dan semangat perpaduan, selaras dengan aspirasi masyarakat majmuk di Shah Alam.

Menurut beliau, kepelbagaian budaya dan perayaan di Malaysia merupakan satu kekuatan yang perlu terus dipelihara demi kesejahteraan negara. Pihak polis sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara sepanjang musim perayaan.

Sementara itu, Pengerusi PERKEP Daerah Shah Alam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada warga Polis Diraja Malaysia, khususnya Polis Shah Alam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Beliau berharap agar Tahun Baharu Cina ini membawa limpahan rezeki, kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan kepada semua lapisan masyarakat.

Akhir kata, seluruh warga IPD Shah Alam mengucapkan:

โ€œGong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada kita semua.โ€

PROGRAM WALKABOUT SEMPENA OP SELAMAT TAHUN BARU CINA PERINGKAT IPD SHAH ALAMIPD Shah Alam, 14 Februari 2026 โ€“ Ketua Poli...
14/02/2026

PROGRAM WALKABOUT SEMPENA OP SELAMAT TAHUN BARU CINA PERINGKAT IPD SHAH ALAM

IPD Shah Alam, 14 Februari 2026 โ€“ Ketua Polis Daerah Shah Alam, YDH ACP Ramsay Embol, telah mengetuai Program โ€˜Walkaboutโ€™ di sekitar Pekan Kota Kemuning, Seksyen 31 dan Seksyen 32, Shah Alam sebagai inisiatif mempertingkatkan keterlihatan polis serta memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti setempat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi itu tertumpu di deretan premis perniagaan sekitar Persiaran Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, YDH Supt. Ahmad Sobri bin Amir Salim, barisan Ketua Bahagian dan wakil, pegawai rendah polis daripada Bahagian serta Balai Polis Sri Muda, selain dua anggota AMANITA yang bersama-sama menyantuni masyarakat.

Program ini turut disertai oleh YB Preakas Sampunathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Encik Jacky Ng Chee Eng selaku Ahli Majlis MPP Zon 12, pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta wakil persatuan penduduk setempat.

Sepanjang program, YDH Ketua Polis Daerah Shah Alam bersama delegasi telah berinteraksi secara bersemuka dengan para peniaga dan pengunjung premis perniagaan bermula dari Hong Leong Bank sehingga ke premis perniagaan elektrik On King Shop. Edaran risalah pencegahan jenayah serta goodies bag turut disampaikan sebagai simbolik penghargaan dan peringatan keselamatan kepada komuniti setempat.

Pendekatan santai dan mesra yang dilaksanakan memberi impak positif dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kehadiran polis, khususnya sebagai langkah pencegahan awal jenayah harta benda dan jenayah komersil yang berpotensi berlaku sepanjang musim perayaan. Interaksi dua hala yang terjalin turut membuka ruang kepada masyarakat untuk menyalurkan maklumat serta pandangan berkaitan isu keselamatan setempat bagi tindakan pemantauan lanjut.

Dalam masa yang sama, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Shah Alam turut melaksanakan Ops Selamat dengan memberi penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya serta nasihat pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan sepanjang tempoh perayaan.

Secara keseluruhannya, Program โ€˜Walkaboutโ€™ ini berjalan lancar dan mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran keselamatan serta memperkukuhkan hubungan erat antara Polis Diraja Malaysia dan masyarakat.




SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM
01/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM

๐Ÿš” HIGH PROFILE POLICING IPD SHAH ALAM ๐Ÿš”Pada 31 Januari 2026 (Sabtu), satu program High Profile Policing telah dilaksanak...
01/02/2026

๐Ÿš” HIGH PROFILE POLICING IPD SHAH ALAM ๐Ÿš”

Pada 31 Januari 2026 (Sabtu), satu program High Profile Policing telah dilaksanakan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai sekitar Shah Alam dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Program ini bertujuan untuk:
โœ… Menunjukkan kehadiran PDRM di kawasan awam
โœ… Meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah
โœ… Memberi penerangan keselamatan diri dan harta benda
โœ… Menggalakkan pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama pelbagai bahagian di bawah pentadbiran Balai Polis Sri Muda dan Balai Polis Seksyen 6, serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.






Address

Jalan Abadi 25/58
Shah Alam
40400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Sri Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share