21/02/2026
๐ฒโจ PROGRAM TAHUNAN BUBUR LAMBUK PERCUMA โจ๐ฒ
Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS Subang Bestari U5 meneruskan program tahunan Bubur Lambuk Percuma sempena Ramadan sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan dengan warga komuniti.
Semua warga Subang Bestari dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan suasana Ramadan sambil menikmati bubur lambuk panas yang disediakan khas untuk anda.
๐ Tapak Bazaar Subest
(Berhadapan dengan Nasi Arab Taif,Subang Bestari)
๐ Agihan bermula 6.00 petang
Program ini merupakan inisiatif tahunan untuk mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan. Datanglah awal sementara stok masih ada dan rasai kemeriahan suasana bersama komuniti setempat.
Jumpa anda di sana! ๐ค