03/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM) NEGERI SELANGOR KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
SHAH ALAM, 2 September 2026 โ Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Encik Mahfizul Rusydin bin Abdul Rashid, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah DOSM Negeri Selangor, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa bersama barisan pegawai DOSM ini, menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara DOSM Selangor dengan PKNS. Kerjasama ini memfokuskan kepada perkongsian maklumat berkaitan aktiviti ekonomi, pembangunan hartanah, demografi, serta sektor-sektor perniagaan PKNS yang dapat menyokong pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) dan perancangan statistik ekonomi Negeri Selangor.
DOSM Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan PKNS atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.
๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ค๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ข ๐๐๐๐ข๐ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
โ๐
๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค: ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข
https://www.facebook.com/dosmselangorrasmi/
๐: ๐๐๐๐_๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
https://x.com/DOSM_Selangor
๐๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ: ๐๐จ๐ฌ๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
https://www.instagram.com/dosmselangor/