Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor, Government Organization, Shah Alam.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memperkasakan sistem penyampaian secara berterusan bagi memberikan perkhidmatan terbaik selaras dengan tuntutan pelanggan dan pemegang taruh.

Selamat Hari Raya AidilfitriTulus IkhlasAhli Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tulus Ikhlas

Ahli Lembaga
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor




Selamat Hari Raya AidilfitriTulus IkhlasWarga KerjaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tulus Ikhlas

Warga Kerja
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor




Berikut iklan kekosongan jawatan bagi *1 jawatan iaitu PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N1* untuk Warganegara Malaysia y...
11/03/2026

Berikut iklan kekosongan jawatan bagi *1 jawatan iaitu PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N1* untuk Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, *terdiri daripada Anak Negeri Selangor dan Permastautin menetap di Selangor 15 tahun dan ke atas* yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan yang diiklankan SPN Selangor pada *12 Mac 2026 dan akan ditutup pada 26 Mac 2026* untuk maklumat lanjut, sila layari https://espns.selangor.gov.my

Sekian, Terima kasih



Salam Nuzul Quran 2026/1447HIkhlas daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
06/03/2026

Salam Nuzul Quran 2026/1447H

Ikhlas daripada

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor


Selamat Menyambut Bulan RamadanIkhlas daripadaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
16/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Ikhlas daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor


Selamat Menyambut Tahun Baru CinaIkhlas daripadaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
Ikhlas daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor


SHAH ALAM, 5 Disember 2025 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) hari ini telah mengadakan Majl...
05/12/2025

SHAH ALAM, 5 Disember 2025 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) hari ini telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia bagi Pengerusi Suruhanjaya untuk sesi 2025–2027 bertempat di Ballroom, Dewan Jubli Perak.

Majlis penuh istiadat itu menyaksikan YAD Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Pengerusi SPN Selangor, di hadapan YA Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, Hakim Utama Mahkamah Shah Alam. Pelantikan ini berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun, bermula 2025 hingga 2027.

Dalam ucapannya, YAD Dato’ Setia Haji Haris menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk menerajui Suruhanjaya, serta menyatakan komitmennya untuk memperkukuh integriti, ketelusan dan profesionalisme dalam sistem pelantikan, pengurusan tatatertib dan pengurusan sumber manusia Negeri Selangor.

Beliau turut menekankan kepentingan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui pemerkasaan digital dan penambahbaikan proses kerja selaras dengan tuntutan tadbir urus moden.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YDH Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Mantan Pengerusi SPN, YB Dato' Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Ybhg Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Ahli-Ahli Lembaga SPN Selangor. Turut berlangsung ialah sesi menandatangani watikah pelantikan, sesi serahan Dokumen Nota Serah Tugas dan disusuli ucapan tahniah daripada Ahli Suruhanjaya sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan baharu.

SPN Selangor merakamkan penghargaan dan tahniah kepada YAD Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim atas pelantikan ini, serta berharap agar Suruhanjaya terus kukuh dalam melaksanakan amanah memastikan perkhidmatan awam negeri sentiasa kompeten, berintegriti dan berwibawa.




Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPN) Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Perkhi...
07/11/2025

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPN) Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPA Sarawak) yang dijadualkan pada 3 November 2025 (Isnin) bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jalinan kerjasama dan pertukaran amalan terbaik antara suruhanjaya perkhidmatan awam negeri-negeri di Malaysia. Kunjungan hormat ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Ia bukan sekadar lawatan formal, tetapi suatu platform perkongsian ilmu, penanda aras amalan terbaik, dan pemangkin kolaborasi strategik yang akan memberi impak positif terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri. Semoga kunjungan hormat ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.




Salam Sejahtera,Sempena sambutan Perayaan Deepavali 2025, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) i...
17/10/2025

Salam Sejahtera,

Sempena sambutan Perayaan Deepavali 2025, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua warga kerja perkhidmatan awam negeri Selangor, khasnya rakyat Selangor serta umumnya warga Malaysia yang beragama Hindu.

Deepavali, atau Pesta Cahaya, melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan pengetahuan mengatasi kejahilan. Semoga sinar Deepavali membawa keberkatan, kegembiraan dan keharmonian kepada kita semua.

Marilah kita menjadikan sambutan ini sebagai simbol perpaduan, toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain dalam semangat Malaysia Madani dan semangat Kita Selangor Maju Bersama.

Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Selamat Menyambut Deepavali 2025!
Semoga cahaya kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan sentiasa menerangi kehidupan anda dan keluarga.

✨ "Deepavali Valthukkal – Salam Cahaya dan Kedamaian." ✨




6 Oktober 2025 - SPN SELANGOR telah menyertai Karnival Job Care Istimewa di Pusat Konvensyen MBSA, selaku Pihak Berkuasa...
09/10/2025

6 Oktober 2025 - SPN SELANGOR telah menyertai Karnival Job Care Istimewa di Pusat Konvensyen MBSA, selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Perkhidmatan Awam Negeri Selangor SPN Selangor telah menerangkan fungsi utama SPN Selangor ditubuhkan. YB Paparaidu selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah hadir menyerikan karnival ini. Semoga karnival Job Care Istimewa ini diadakan lagi pada masa akan datang.




27 September 2025 - SPN SELANGOR telah menyertai Karnival Job Care Daerah Klang, selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Pe...
09/10/2025

27 September 2025 - SPN SELANGOR telah menyertai Karnival Job Care Daerah Klang, selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Perkhidmatan Awam Negeri Selangor SPN Selangor telah menerangkan fungsi utama SPN Selangor ditubuhkan. YB Ganabatirau selaku Ahli Parlimen Klang telah hadir menyerikan karnival ini. Semoga karnival ini diadakan lagi pada masa akan datang.




Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355111611

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor:

Share