22/02/2026
ππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππ πππππππ
SHAH ALAM, 22 Februari 2026 β Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan seorang lelaki yang disyaki mengaku sebagai Rasul di sebuah premis di Rawang, Selangor pada 21 Februari 2026. Individu tersebut ditahan bersama tiga (3) individu lain yang terdiri daripada dua (2) lelaki dan satu (1) wanita di premis yang sama.
Berdasarkan siasatan awal, individu yang berumur 65 tahun tersebut menyatakan kepada pengikutnya bahawa beliau telah bertemu dengan Nabi Adam AS secara nyata pada waktu siang, manakala bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk cahaya pada waktu malam, selain bertemu dengan para Rasul sebanyak dua (2) hingga tiga (3) kali dalam tempoh seminggu. Kejadian ini berlaku antara dua (2) hingga tiga (3) tahun lalu di sebuah taman negara, di negara ini.
Manakala, pengikutnya menyatakan bahawa individu tersebut adalah utusan Allah dan segala perlakuannya dianggap oleh pengikut sebagai suruhan Allah seperti tidak perlu solat atau berpuasa jika berasa letih dan uzur.
JAIS melakukan siasatan dan tangkapan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak, dan Seksyen 8 Enakmen yang sama kerana disyaki mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul serta mendakwa dirinya mengetahui suatu perkara yang di luar pemahaman dan pengetahuan manusia.
Dengan tangkapan ini, JAIS dijangka telah menyelesaikan satu aduan yang mendakwa ada seorang individu mengaku dirinya sebagai Rasul dan telah mempengaruhi keluarganya, yang tular pada 9 Februari lalu.
Sehubungan dengan itu, satu pasukan khas dari Ibu Pejabat JAIS telah diarah serta-merta bagi menyiasat terperinci mengenai perkara tersebut yang telah berjaya membawa kepada tangkapan 4 individu disyaki.
Sekian dimaklumkan. Wassalam.
ππππβ ππππ ππππ πππππππππ πππ πππππ D.P.M.S., P.P.T.
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
22 Februari 2026