28/07/2026
CHUAH – JPRN Selangor malam ini menghadiri Ceramah Kelompok DUN N.29 Chuah yang berlangsung dengan kehadiran masyarakat setempat bagi mendengar penerangan mengenai isu semasa serta aspirasi yang dibawa kepada rakyat.
Ceramah tersebut menampilkan beberapa penceramah, antaranya Mantan Ahli Parlimen Batu, Saudara Tian Chua, Pengerusi TEKUN Nasional, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, ADUN Sentosa, YB Gunaraj George, serta Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saudara Saifuddin Shafi Muhammad.
Program ini menjadi platform untuk menyampaikan penerangan kepada rakyat, di samping memperkukuhkan gerak kerja jentera menjelang hari-hari terakhir kempen.
JPRN Selangor akan terus komited turun padang bagi memastikan mesej dan aspirasi yang dibawa dapat disampaikan secara jelas dan berkesan.