JPKK Jalan Kebun

JPKK Jalan Kebun Berkhidmat untuk menjadikan Kampung Jalan Kebun Lebih Maju dan Sejahtera

Belasungkawa
08/03/2026

Belasungkawa

SALAM TAKZIAH,

TELAH KEMBALI KE RAHMAHTULLAH

ALLAHYARHAM MOHD KHUSNIN BIN HAJI MD. ALI
MANTAN KETUA BIRO KESELAMATAN DAN KESIHATAN
JPKK Jalan Kebun
SESI 2023 - 2025

SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA,
DI TEMPATKAN DI KALANGGAN HAMBA HAMBANYA YANG SOLEH DAN DI SYURGA ..

SALAM TAKZIAH DARI KEPIMPINAN
JPKK KG JALAN KEBUN

Makluman kepada Bakal Jemaah Haji Muasasah Tahun ini yang telah mendapat surat dan melepasi saringan kesihatan, boleh te...
23/02/2026

Makluman kepada Bakal Jemaah Haji Muasasah Tahun ini yang telah mendapat surat dan melepasi saringan kesihatan, boleh terus membuat permohonan di Pejabat Penyelaras DUN Sg Kandis untuk bantuan Haji Tahun ini

Program Insentif Haji Muassasah adalah bantuan ibadah haji khusus buat para muslimin dan muslimah di Selangor yang layak yang menawarkan bantuan sumbangan RM1,500 buat 6 ribu jemaah negeri ini.

Warga Selangor yang berminat untuk mendapat manfaat Program Insentif Haji Muassasah 1147H/2026 disarankan membuat permohonan di Pejabat DUN atau menerusi penyelaras DUN masing-masing.

Pastikan anda memohon mulai 23 Februari dan sebelum permohonan ditutup iaitu 15 Julai 2026.

Sila bawa dokumen berkaitan untuk memudahkan proses.



15/02/2026
Bila Masjid Dan Pimpinan bersatu ianya akan menjadi lebih mudah dalam setiap urusan Masyarakat. Terbaik Tuan Nazir Masji...
09/02/2026

Bila Masjid Dan Pimpinan bersatu ianya akan menjadi lebih mudah dalam setiap urusan Masyarakat.

Terbaik Tuan Nazir Masjid An-Naim Jalan Kebun dan juga Pengerusi JPKK Jalan Kebun.

Permulaan yang baik.


Sekalung Tahniah diatas perlantikan Tuan Haji Tukiman bin Maeran sebagai Ketua Kampung Jalan Kebun yang ke 14. Semoga da...
08/02/2026

Sekalung Tahniah diatas perlantikan Tuan Haji Tukiman bin Maeran sebagai Ketua Kampung Jalan Kebun yang ke 14.

Semoga dapat membawa kampung ke arah lebih berdaya saing dan tanpa kelihangan identiti sebagai kampung tradisi Negeri Selangor khususnya.

Selamat bertugas Tok Ketua!!


Terima kasih Penyelaras DUN Sungai Kandis
20/12/2025

Terima kasih Penyelaras DUN Sungai Kandis

Sekalung Tahniah juga kepada adik Nurhidayah BtMohd Shafiq Affandy. Bintang Baharu Atlet Peringkat Dunia dari Kampung Ja...
18/12/2025

Sekalung Tahniah juga kepada adik Nurhidayah Bt
Mohd Shafiq Affandy. Bintang Baharu Atlet Peringkat Dunia dari Kampung Jalan Kebun.

Adik Dayah juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun yang menjadi ikon kokurikulum baru baru ini.

Tahniah kepada adik Dayah yang menemoa nama dalam Arena Sukan Papan Selaju ( Skateboard ) kategori Park.

Semoga kejayaan ini menjadi perangsang untuk anak muda yang lain untuk mencontohi adik Dayah.

Beliau bercita cita menjadi Atlit Skateboard sejak kecil dan kini beliau menempa nama di dalam barisan atlit berkelas Dunia.

Tahniah kepada Ibu bapanya iaitu Saudara Shafiq Affandy yang membawa anak ini menjadi contoh kepada masyarakat kita.

Teruskan usaha dan kejarlah cita cita adik Dayah.



.

Address

Kompleks JPKK Kampung Jalan Kebun Batu 7 Kampung Jalan Kebun
Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Jalan Kebun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share