Pusat Khidmat Ahli Majlis MBSA Zon 24

Pusat Khidmat Ahli Majlis MBSA Zon 24 PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS MBSA ZON 24

26/01/2026

MESYUARAT MAJLIS MBSA | ZON 24

Ahli Majlis MBSA Zon 24, Tuan Bariqul Zamn bin Batharul Zaman telah membentangkan pelbagai aduan serta permasalahan komuniti di kawasan Zon 24 dalam Mesyuarat Majlis MBSA Kali Pertama Penggal 2026/2027.

Pembentangan ini merangkumi isu-isu kebajikan penduduk, kemudahan awam serta perkara berkaitan kesejahteraan komuniti setempat, selaras dengan komitmen MBSA dalam memastikan suara rakyat didengari dan tindakan berterusan dapat dilaksanakan demi kualiti hidup yang lebih baik.

MBSA Zon 24 akan terus komited menjadi penghubung antara komuniti dan pihak berkuasa tempatan demi pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.

MAKLUMAN ADUAN & TINDAKAN SEGERA | ZON 24 MBSAPusat Khidmat Ahli Majlis MBSA Zon 24 telah membuat rondaan dan membuat la...
17/01/2026

MAKLUMAN ADUAN & TINDAKAN SEGERA | ZON 24 MBSA

Pusat Khidmat Ahli Majlis MBSA Zon 24 telah membuat rondaan dan membuat laporan berhubung isu batu penutup longkang yang jatuh serta pecah, sehingga menyebabkan longkang tersumbat di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, aduan telah dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan MBSA untuk tindakan pembaikan dan kerja baik pulih selanjutnya.

Bagi memastikan keselamatan orang awam, kawasan terlibat telah ditandakan dengan tanda amaran (AWAS) sebagai langkah sementara bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sementara menunggu kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

Pihak kami akan terus memantau perkembangan dan memaklumkan sebarang kemas kini dari semasa ke semasa.
Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama pihak kejuteraan MBSA.

📌 MAKLUMAN & TINDAKAN PANTAS MBSA ZON 24Pihak Pusat Khidmat Ahli Majlis MBSA Zon 24 telah menerima laporan daripada Peng...
17/01/2026

📌 MAKLUMAN & TINDAKAN PANTAS MBSA ZON 24

Pihak Pusat Khidmat Ahli Majlis MBSA Zon 24 telah menerima laporan daripada Pengerusi dan penduduk Taman Ascot BRP 2 pada 16 Januari 2026 berhubung isu lampu jalan tidak berfungsi di BRP 2 A hingga G.

Susulan laporan tersebut, tindakan segera telah diambil dan isu berkenaan telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 17 Januari 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan MBSA atas respon yang sangat pantas dan komitmen tinggi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

🤝 MBSA Prihatin, Komuniti Sejahtera

15/01/2026
15/01/2026

BARISAN AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM PENGGAL 2026/2027

Datuk Bandar Shah Alam serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan barisan Ahli Majlis MBSA bagi penggal 2026/2027.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan berintegriti demi kesejahteraan serta pembangunan bandar raya Shah Alam.







15/01/2026
15/01/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sdr. Bariqul Zaman bin Batharul Zaman atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam.
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar raya.

Address

Dewan MBSA (Meranti) Fasa 1, Bandar Baru Sg. Buloh, Seksyen U20, Sg. Buloh Shah Alam
Shah Alam
47000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Ahli Majlis MBSA Zon 24 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share