Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, Government Official, ARAS 3, KOMPLEKS ISLAM SARAWAK (SIBU), Jalan AWANG RAMLI AMIT, Sibu.

๐Ÿ’ข7/5/2026๐Ÿ‘‰Program Pembangunan Minda 2026 anjuran PKMB Sibu telah diadakan pada 7/5/2026 beretempat di Tanahmas Hotel Sib...
08/05/2026

๐Ÿ’ข7/5/2026
๐Ÿ‘‰Program Pembangunan Minda 2026 anjuran PKMB Sibu telah diadakan pada 7/5/2026 beretempat di Tanahmas Hotel Sibu. Program ini melibatkan 40 orang peserta dari pelbagai latar belakang sosial serta ekonomi. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dalam melahirkan usahawan Wellbest di bawah bimbingan Unit Pembangunan Ekonomi JKMS. Turut hadir program ini, Puan Noriza binti Amat salah seorang Usahawan Wellbest yang telah berjaya untuk sesi perkongsian bersama peserta. Sekalung tahniah diucapkan ke padasemua peserta kerana berani tampil dan hadir ke program ini.Jutaan terima kasih kepada Unit Pembangunan Ekonomi PKMB Sibuserta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.






๐Ÿ’ข20 Mac 2026/30 Ramadan 1447HBurung puyuh meniti di batang, Batang Manggis condong ke paya,Kebaya labuh bersanggul linta...
20/03/2026

๐Ÿ’ข20 Mac 2026/30 Ramadan 1447H

Burung puyuh meniti di batang,
Batang Manggis condong ke paya,
Kebaya labuh bersanggul lintang,
Senyum manis di pagi raya.
Syawal yang menjelang datang,Ramadan akan meninggalkan kita. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menemukan kita dengan bulan Ramadan & memberi peluang kepada kita menyambut Syawal bersama orang tersayang.
Kami di Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.





Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Pejabat Kebajikan Masyarakat Mukah Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei Sarawak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit Kenyalang Gold Card Sibu Usahawan Mikro Kebajikan Kuching

13/03/2026
๐Ÿ’ข10 Mac 2026.โ˜‘๏ธMajlis Aspresiasi Petugas Pusat Pemindahan Sementara bagi Zon Tengah 2026. Majlis yang telah diadakan di ...
11/03/2026

๐Ÿ’ข10 Mac 2026.โ˜‘๏ธMajlis Aspresiasi Petugas Pusat Pemindahan Sementara bagi Zon Tengah 2026. Majlis yang telah diadakan di Dewan Kompleks Islam, Sibu bagi meraikan petugas pusat pemindahan sementara zon tengah untuk bencana sepanjang tahun 2025 hingga 2026. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ricky @ Haji Mohammad Razi bin Sitam merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak. Turut hadir bersama YBrs. Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad (Pengarah,Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak), YBrs. Encik Riziandy bin Nawawi (Setiausaha Eksekutif, Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK)), serta Tuan Elvis anak Didit (Residen bahagian Kapit). Para wakil Residen & pejabat daerah serta jabatan di zon tengah yang terlibat dalam pengoperasian bencana turut seperti Bomba, Ibu Pejabat Polis, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Unit Keselamatan & Penguatkuasaan Sarawak, Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian & para sukarelawan JKMS turut serta memeriahkan majlis ini. Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi,jabatan serta individu yang telah sama-sama berganding bahu membantu dalam setiap bencana di zon tengah.

โœ…10 Mac 2026 Program Taklimat Info Bencana JKM & Aplikasi MYIBJKM. Pihak yang terlibat adalah daripada NADMA tentang Ban...
10/03/2026

โœ…10 Mac 2026 Program Taklimat Info Bencana JKM & Aplikasi MYIBJKM. Pihak yang terlibat adalah daripada NADMA tentang Bantuan Wang Ihsan & Community based Disaster Risk Management (CDRM). Pihak JKMS memberi taklimat sistem info bencana JKM & Aplikasi MyIBJKM. Matlamat taklimat ini untuk memberi pendedahan serta perkongsian pendapat antara agensi terlibat ,para sukarelawan JKMS serta Ketua Masyarakat di bahagian zon tengah Sarawak. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak NADMA kerana sudi meluangkan masa bagi memberi taklimat untuk program kali ini.

โœ…09 Mac 2026 Sambutan majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu...
10/03/2026

โœ…09 Mac 2026 Sambutan majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu bertempat di RH Hotel Sibu. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ricky @ Haji Mohammad Razi bin Sitam merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak. Sambutan ini diadakan setiap tahun bagi merayakan penerima bantuan kebajikan masyarakat yang menyambut Syawal bakal tiba. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan dari PDK Nur Kaseh. Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.๐ŸŒ™๐ŸŒ™

๐Ÿ”ŠHEBAHAN UMUM ๐Ÿ”ŠPejabat kami menjemput agensi Kerajaan, pihak swasta & pusat komersial untuk mendaftar & sama-sama menjad...
25/02/2026

๐Ÿ”ŠHEBAHAN UMUM ๐Ÿ”Š
Pejabat kami menjemput agensi Kerajaan, pihak swasta & pusat komersial untuk mendaftar & sama-sama menjadi rakan strategik Kenyalang Gold Card.
Jom kita bersama memangkin ekonomi Sarawak sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak.
Untuk sebarang maklumat,boleh menghubungi โ˜Ž๏ธ082-374888 (ext. 286).





As the Horse races across open fields, may you find your rhythm this year. Let's moving forward with strength, clarity, ...
16/02/2026

As the Horse races across open fields, may you find your rhythm this year. Let's moving forward with strength, clarity, and purpose. Let us celebrate the year of Fire Horse with a prosperity & a better health along with our beloved one. Happy Chinese New Year from Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu. ๐ŸŽ†๐ŸŽ†๐ŸŽ‡

๐Ÿ”ˆ9 Februari 2026Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2026 telah diadakan di Hotel Kingwood Sibu anjuran Pejabat Kebajik...
09/02/2026

๐Ÿ”ˆ9 Februari 2026
Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2026 telah diadakan di Hotel Kingwood Sibu anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu. Hadirin yang hadir turut di hiburkan dengan persembahan tarian daripada kumpulan Rose Elderly Dancing Group. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak). Turut hadir bersama memeriahkan sambutan majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Semawi bin Haji Mohammad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Puan Nursyamilla binti Jeruis, wakil Residen Sibu serta En Tsong Chow Choon, Pegawai Daerah Sibu Sambutan kali ini melibatkan seramai 100 orang penerima bantuan JKM. Majlis turut menyerahkan mock card OKU kepada 5 pemegang kad OKU. Majlis ini diadakan pada setiap tahun bagi meraikan & suasana perayaan bagi penerima bantuan JKM. Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Sibu merakamkan setinggi perhargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kali ini & mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026.





09/01/2026

Kenyalang Gold Card (KGC) kini boleh digunakan secara virtual atau fizikal di Premis Merchant KGC yang berdaftar.

As we close the chapter on another year, we're filled with gratitude for the journey and excited for what's to come. Her...
31/12/2025

As we close the chapter on another year, we're filled with gratitude for the journey and excited for what's to come. Here's to new opportunities, brighter days, and making wonderful memories in 2026!
Happy New Year 2026 from us PKMB Sibu.๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰






Address

ARAS 3, KOMPLEKS ISLAM SARAWAK (SIBU), Jalan AWANG RAMLI AMIT
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
14:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 12:30
14:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 12:30
14:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 12:30
14:00 - 16:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share