ICU JPM Sarawak Zon Sibu

ICU JPM Sarawak Zon Sibu Sharing latest info for PPNS Sibu

20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Kami dengan penuh keikhlasan mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada semua yang menyambutnya.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam Hati ✨

Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. 🤝✨

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨

Ikhlas daripada
Warga ICU JPM Sarawak ( Sibu )

18/02/2026

Seluruh warga ICU JPM Sarawak Zon Sibu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati pengertian Ramadan dengan hati yang ikhlas, memperbanyakkan amalan kebaikan serta menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan.

Semoga segala ibadah yang dilaksanakan diterima dan diberkati serta Ramadan ini membawa keberkatan yang berpanjangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada Semua Warga ICU JPM Sarawak Zon Sibu

16/02/2026

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang penuh bermakna ini, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sibu ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua yang meraikan perayaan ini, khususnya warga di Zon Sibu dan seluruh negeri Sarawak.

Perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja melambangkan permulaan tahun yang baharu, malah menjadi simbol harapan, pembaharuan semangat serta peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Dalam suasana masyarakat majmuk di negeri Sarawak, sambutan seperti ini turut mencerminkan nilai perpaduan, saling menghormati serta keharmonian antara kaum yang menjadi teras kekuatan kita bersama.

Semoga tahun yang baharu ini membawa limpahan rezeki, kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan hidup serta kejayaan berterusan kepada semua. Marilah kita terus berganding bahu, memperkukuhkan semangat kerjasama dan muafakat demi memastikan pembangunan negeri Sarawak dapat dilaksanakan secara inklusif, mampan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sibu juga berharap agar semangat perayaan ini dapat menyemarakkan lagi nilai kasih sayang, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan aspirasi untuk membina negeri yang maju, aman dan sejahtera.

Gong Xi Fa Cai
Xin Nian Kuai Le

Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sibu

09/02/2026

SARA UNTUK SEMUA: KERAJAAN MADANI LAKSANAKAN HARI INI! 🇲🇾

Berita baik untuk setiap rakyat dewasa warganegara Malaysia! Bermula hari ini, inisiatif SARA Untuk Semua telah diaktifkan. Sebagai peneraju pelaksanaan, ICU JPM ingin memastikan kesejahteraan anda terus terpelihara melalui bantuan SARA ini.

🛒 Cara Guna: Cukup mudah. Bawa MyKad ke lebih 10,000 kedai runcit/pasar raya terpilih di bawah seliaan inisiatif SARA.
💰 Nilai: RM100 (one-off) untuk barangan keperluan asas.

Pastikan nama anda tersenarai. Semak sekarang di: 👉 sara.gov.my






Inna lillahi wa inna illahi rojiun.Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, dan muliakanlah dia Ya Allah...
23/01/2026

Inna lillahi wa inna illahi rojiun.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, dan muliakanlah dia Ya Allah. Semoga Allahyarhamah tenang di taman syurga.

Dukacita dimaklumkan bahawa saudari Hamizah binti Pethie telah kembali ke rahmatullah pada 23 Januari 2026 bersamaan 4 Syaaban 1447H.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

10/01/2026

HEBAHAN KEKOSONGAN JAWATAN PERSONEL MYSTEP ( PMS) PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK.

PMS DAERAH SONG (PEMBANCI) - 1 KEKOSONGAN

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs/description?jobId=7bf83ce5b9494850a8d6712a06a6bcdf&what=UNIT%20PENYELARASAN%20PELAKSANAAN%20(SARAWAK)

Penempatan di Pejabat Daerah Song

PMS DAERAH DALAT (PEMBANCI)- 1 KEKOSONGAN

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs/description?jobId=234abc1f8f5e4e089b7b644e135fde9b&what=UNIT%20PENYELARASAN%20PELAKSANAAN%20(SARAWAK)

Penempatan di Pejabat Daerah Dalat

Segala dokumen yang diperlukan hendaklah dimuat naik di Laman Web Myfuturejob Perkeso.

Tarikh Tutup : 16 Januari 2026

Terima kasih Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS di atas liputan media.
09/01/2026

Terima kasih Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS di atas liputan media.

31/12/2025

🎆 Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026
Semoga tahun 2026 membawa sinar baharu, semangat yang lebih segar serta kejayaan dan kesejahteraan untuk kita semua. Mari kita melangkah ke tahun baharu dengan penuh harapan dan keyakinan.





24/12/2025

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sibu mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang meraikan. Semoga perayaan ini dipenuhi keceriaan, kedamaian dan kenangan indah bersama keluarga serta insan tersayang.





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaPuan Norfitri binti Amin (Pegawai Pembangunan Zon Sibu) atas penerimaan Pingat P...
12/10/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Puan Norfitri binti Amin (Pegawai Pembangunan Zon Sibu) atas penerimaan Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) sempena Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak pada 11 Oktober 2025.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan atas dedikasi, komitmen dan khidmat cemerlang beliau dalam melaksanakan tanggungjawab serta sumbangan berterusan terhadap pembangunan komuniti dan kemajuan negeri Sarawak.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga kerja untuk terus berbakti dan memberikan yang terbaik demi kemajuan organisasi dan kesejahteraan rakyat.

Tahniah sekali lagi, Puan Norfitri binti Amin!
Dengan bakti dan jasa, lahirnya insan berjasa.

Address

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, ICU JPM, Tingkat Bawah Blok 1, Wisma Persekutuan, Jalan Awang Ramli Amit
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Sarawak Zon Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share