Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu

Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu 国家消费人行动议会
MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (MTPN)
Sarawak, Cawangan Sibu

是一个主要维护消费者权益而成立的议会。
is a council established mainly to protect consumer rights.

merupakan majlis yang ditubuhkan untuk melindungi hak pengguna.

27/05/2026
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 🌙✨Semoga hari yang indah ini membawa ketenangan dan rahmat buat semua. Ikhlas dari...
27/05/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 🌙✨

Semoga hari yang indah ini membawa ketenangan dan rahmat buat semua.

Ikhlas daripada :
MTPN Sarawak Cawangan Sibu





𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂, 𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗗𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗠𝗧𝗣𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲Terima kasih kepada hero-hero kami yang telah hadir dan menjayakan Kempen ...
25/05/2026

𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂, 𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗗𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗠𝗧𝗣𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Terima kasih kepada hero-hero kami yang telah hadir dan menjayakan Kempen Derma Darah MTPN! Semoga segala jasa baik anda dibalas dengan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Tidak dilupakan ucapan jutaan terima kasih kepada Hospital Sibu khususnya Bank Darah Hospital Sibu di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Setiap titisan darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan. Pihak MTPN juga ingin merakamkan penghargaan kepada KPDN Cawangan Sibu dan PTPTN Cawangan Sibu yang telah turut serta mengadakan pameran dan memeriahkan program ini.

Jutaan terima kasih juga kepada semua penderma dan penyumbang yang telah memberikan sumbangan barangan serta makanan kepada pihak MTPN. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Daesim Management Sdn Bhd kerana telah menaja tempat program ini berlangsung dan Yaokee Restoran atas tajaan makanan tengah hari untuk para petugas dan peserta program. Segala bantuan dan sokongan anda amat kami hargai.

Bersama-sama kita terus menyemai semangat prihatin dan budaya membantu masyarakat. Terima kasih kerana menjadi wira kepada masyarakat!




🚨 𝐂𝐀𝐋𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐅𝐎𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐎𝐄𝐒 🚨📣 𝐉𝐎𝐌 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 🩸🩸💉💉𝑺𝒂𝒕𝒖 𝒃𝒆𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒂𝒉, 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒈𝒂 𝒏𝒚𝒂𝒘𝒂! Ayuh luangkan sedikit masa anda...
18/05/2026

🚨 𝐂𝐀𝐋𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐅𝐎𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐎𝐄𝐒 🚨
📣 𝐉𝐎𝐌 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 🩸🩸💉💉

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝒃𝒆𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒂𝒉, 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒈𝒂 𝒏𝒚𝒂𝒘𝒂!

Ayuh luangkan sedikit masa anda hujung minggu ini untuk satu misi kemanusiaan yang sangat bermakna. 🩸Setitis darah anda mungkin menjadi harapan buat insan yang memerlukan

📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 :
𝐒𝐭𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐥 (𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐙𝐨𝐧𝐞)

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡:
𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮, 𝟐𝟑 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

⏰ 𝐌𝐚𝐬𝐚:
𝟗.𝟑𝟎𝐚𝐦 - 𝟏𝟐.𝟎𝟎𝐩𝐦

🩸 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐰𝐢𝐫𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐛𝐚𝐡!
”Derma darah bukan sahaja membantu pesakit, malah mampu memberi sinar baharu kepada keluarga mereka”

𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧:
Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu

𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚:
Bank Darah Hospital Sibu

18/05/2026

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐉𝐨𝐦 𝐍𝐠𝐨𝐩𝐢 : 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐗 𝐒𝐃𝐈𝐇 ✨



📣 𝐉𝐎𝐌 𝐍𝐆𝐎𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐓𝐏𝐍 ☕✨Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak Cawangan Sibu dengan kerjasama Sibu Digital In...
18/05/2026

📣 𝐉𝐎𝐌 𝐍𝐆𝐎𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐓𝐏𝐍 ☕✨

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak Cawangan Sibu dengan kerjasama Sibu Digital Innovation Hub (SDIH) telah berjaya menganjurkan program “Jom Ngopi bersama MTPN” pada 17 Mei 2026 bertempat di Sibu Digital Innovation Hub.

Program santai penuh informasi ini mengetengahkan topik:
🔹 𝗔𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗯𝗲𝗿 & 𝗦𝗰𝗮𝗺 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲
🔹 𝗕𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲: 𝗛𝗮𝗸 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹

Antara perkongsian menarik yang dibincangkan termasuklah:

✅ Akta & perundangan digital
✅ Kes-kes jenayah siber semasa
✅ Tips keselamatan & tanggungjawab pengguna
✅ Pengenalan aplikasi dan saluran aduan IPD, KPDN & MTPN
✅ Nasihat perundangan untuk pengguna digital

Terima kasih kepada Morderator:
Encik Zaini Bin Morshidi

Barisan has panel jemputan:
Tuan Lucas Lau – YDP MTPN
Tuan Adib Haidar bin Jool – KPDN
Mr Timothy Lim Teng – Peguam
Insp Mohd Yazid bin Robin – IPD

Semoga program ini dapat membantu masyarakat menjadi pengguna digital yang lebih peka, bijak dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini. 💻🛡️

Pihak MTPN sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sibu Digital Innovation Hub di atas peluang kerjasama ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang !

✨ 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙪𝙙𝙖𝙮𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙇𝙞𝙩𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝘿𝙞𝙜𝙞𝙩𝙖𝙡 𝙙𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖 ✨










📢 𝗝𝗼𝗺 𝗡𝗴𝗼𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗧𝗣𝗡 ☕️✨𝗧𝗼𝗽𝗶𝗸 𝟭: 𝗔𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗯𝗲𝗿 & 𝗦𝗰𝗮𝗺 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲𝗧𝗼𝗽𝗶𝗸 𝟮: 𝗕𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲: 𝗛𝗮𝗸 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹...
15/05/2026

📢 𝗝𝗼𝗺 𝗡𝗴𝗼𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗧𝗣𝗡 ☕️✨

𝗧𝗼𝗽𝗶𝗸 𝟭: 𝗔𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗯𝗲𝗿 & 𝗦𝗰𝗮𝗺 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲
𝗧𝗼𝗽𝗶𝗸 𝟮: 𝗕𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲: 𝗛𝗮𝗸 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹

👥 Penganjur:
Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak Cawangan Sibu + Sibu Digital Innovation Hub

Anda pernah kena scam? Atau tertanya-tanya apa hak anda sebagai pengguna digital? 🤔
Jom join sesi santai tapi penuh ilmu bersama kami !

📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟭𝟳 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗔𝗵𝗮𝗱)
⏰ 𝗠𝗮𝘀𝗮: 𝟵.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝟭𝟭.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶
📍 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁: 𝗦𝗶𝗯𝘂 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗛𝘂𝗯 (𝗦𝗗𝗜𝗛)

✨ Apa yang anda akan dapat?
* Pendedahan tentang scam & keselamatan digital
* Kefahaman hak pengguna dalam dunia digital
* Sesi perkongsian & Q&A santai

🎯 Tagline:
Membudayakan Literasi Digital dan Tanggungjawab Pengguna

☕ Sambil minum kopi, kita sembang isu penting yang ramai terlepas pandang. Ilmu dapat, awareness pun meningkat!

🔥 Kopi percuma disediakan!

📌 Tempat terhad, jangan lepaskan peluang!

Jumpa anda di sana! ☕✨




15/05/2026

⚠️ ELAK TANGGUNG HUTANG BAGI KECURIAN ELEKTRIK DISEBABKAN OLEH SINDIKET BITCOIN: LAKUKAN 'CHANGE OF TENANCY' (COT) SEKARANG! ⚠️

Jangan biarkan premis anda menjadi sasaran sindiket! 🏠
🚫 Pastikan anda tidak menanggung beban / liabiliti sekiranya penyewa melakukan kecurian elektrik melalui aktiviti perlombongan bitcoin🕵️‍♂️⚡

Apa itu COT? 📝
Proses pertukaran nama akaun elektrik daripada pemilik kepada penyewa premis.

Kenapa Perlu? 🤔
Supaya sebarang tunggakan bil atau denda kecurian elektrik menjadi tanggungjawab penyewa sepenuhnya, bukan pemilik premis. Elak poket bocor disebabkan jenayah orang lain! 💰❌

TINDAKAN ANDA: ✅
Lakukan COT Segera: Uruskan pertukaran nama melalui aplikasi myTNB atau portal rasmi TNB:
🔗 https://www.mytnb.com.my/residential/get-electricity/change-of-tenancy

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa liabiliti sindiket. Lindungi hak anda sebagai pemilik premis hari ini! 🔑🛡️







15/05/2026

Imej yang tular di media sosial hanyalah ilustrasi atau mock-up yang dihasilkan oleh pihak tidak rasmi berdasarkan ciri-ciri umum yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Untuk makluman, perkongsian terdahulu hanyalah melibatkan sedikit 'preview' berkaitan ciri keselamatan baharu 👀 dan bukan keseluruhan rupa atau reka bentuk sebenar MyKad.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menganggap pelbagai “design IC baharu” yang sedang tular ketika ini sebagai specimen rasmi atau reka bentuk muktamad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Masih terdapat beberapa elemen yang belum didedahkan 😉

Nantikan pengumuman rasmi daripada JPN.



Address

No16, 1st Floor, Jalan Tapang Timur
Sibu
96000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Cawangan Sibu:

Share