Sibu Rural District Council

Sibu Rural District Council The Official FB Page of Sibu Rural District Council (also known as Majlis Daerah Luar Bandar Sibu).

Selamat Ari Gawai Dayak 2026 Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.
31/05/2026

Selamat Ari Gawai Dayak 2026
Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh umat Islam.Semoga semangat pengorbanan,...
26/05/2026

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh umat Islam.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dizahirkan pada Aidiladha ini terus memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat kita.

Marilah kita bersama-sama menghayati makna sebenar pengorbanan demi kesejahteraan dan kemajuan bersama.

Aidiladha Mubarak!






PROGRAM GOTONG-ROYONG SEMPENA KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH BMW 2026Program gotong-royong telah berjaya dilaksanakan pada 24...
24/05/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG SEMPENA KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH BMW 2026

Program gotong-royong telah berjaya dilaksanakan pada 24 Mei 2026 dengan penuh semangat kerjasama dan keprihatinan komuniti menerusi penglibatan JKKK Durin, JKKK Ulu Durin serta para peniaga Pekan Durin.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan di dalam dan sekitar tandas awam, kerja-kerja mengecat serta penanaman pokok bunga bagi menceriakan dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, menawan dan wangi untuk keselesaan semua pengguna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memupuk kesedaran masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan tandas awam dan kemudahan awam demi kesejahteraan bersama.

Tandas Bersih, Pengguna Selesa.
Bersih • Menawan • Wangi



🌱♻️ PROGRAM PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI 2026 ♻️🌱Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanak...
23/05/2026

🌱♻️ PROGRAM PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI 2026 ♻️🌱

Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mei 2026 (Sabtu) di perkarangan Perpustakaan Awam Sibujaya.
Hasil daripada kerjasama dan sokongan padu masyarakat setempat, sebanyak 2,308 kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan sepanjang program berlangsung.
Sibu Rural District Council (SRDC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Keprihatinan dan komitmen anda dalam mengurus sisa minyak masak secara bertanggungjawab bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong usaha pemeliharaan sumber semula jadi demi kesejahteraan bersama.
Marilah kita terus membudayakan amalan mengumpul dan mengitar semula minyak masak terpakai sebagai sebahagian daripada gaya hidup lestari. Tindakan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu memberikan impak besar kepada alam sekitar serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat untuk generasi akan datang.
🚫 Jangan buang minyak masak terpakai ke dalam longkang, parit atau sungai.
♻️ Kumpulkan dan salurkan ke program kitar semula yang disediakan.
Bersama kita memelihara alam sekitar untuk masa depan yang lebih lestari.

23/05/2026

🔥🌊 RACE ROUTE — SELANGAU RAFT SAFARI 2026 🌊🔥

Think it’s just rafting? Think again 👀

This is a 21KM river challenge that will test your teamwork, endurance & strategy from start to finish 🚣‍♂️💥

Here’s the full journey your team will conquer 👇

🏁 STARTING POINT
📍 Rumah Empera, Sungai Wong Atas
⏰ Flag Off: 7:00 AM

🌊 21KM ROUTE CHECKPOINTS
➡️ SK Nanga Kua, Selangau
➡️ Nanga Duat
➡️ Rantau Urau
➡️ Nanga Kalai, Selangau
➡️ SK Nanga Selangau
➡️ RH Silvester, Kpg Kara

🏁 FINISH LINE
📍 Selangau Waterfront (Pasar Selangau)

💥 From narrow streams to open river stretches — every section brings a different challenge.

💥 It’s not just speed… it’s about coordination, stamina & teamwork.

⚡ One river. One route. One goal — FINISH STRONG.

👥 Gather your crew, plan your strategy & get ready to paddle through Selangau’s wild waters

🌐 REGISTER NOW
www.borneoraftsafari.com

⚠️ Limited slots available — don’t miss your chance!

👇 Tag your team & ask them:
“Ready for 21KM or not?” 😏🔥

🌊 Form your team. Paddle together. Conquer the river 🚣‍♂️💯

Kitar Semula Minyak Masak TerpakaiTarikh : 23.05.2026 (Sabtu)Tempat : Perpustakaan Awam Sibujaya
19/05/2026

Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Tarikh : 23.05.2026 (Sabtu)
Tempat : Perpustakaan Awam Sibujaya

Mencari Usahawan!!Sebarang Pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera.
19/05/2026

Mencari Usahawan!!
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera.

📣 Penduduk Sibujaya dan sekitarnya, ini untuk anda!Kaunter Kutipan Hasil SRDC akan dibuka khas di Perpustakaan Awam Sibu...
18/05/2026

📣 Penduduk Sibujaya dan sekitarnya, ini untuk anda!

Kaunter Kutipan Hasil SRDC akan dibuka khas di Perpustakaan Awam Sibujaya pada:

🗓️ 25 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 8.00 pagi – 3.00 petang
(Rehat: 12.00 tengah hari – 1.00 petang)

Datang dan selesaikan urusan anda seperti:
✔️ Pembayaran cukai taksiran
✔️ Kemaskini maklumat pegangan
✔️ Pertukaran nama atau alamat
✔️ Pendaftaran e-Billing

💻 Pembayaran secara dalam talian juga amat digalakkan melalui platform rasmi yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan urusan cukai anda dengan lebih mudah dan cepat!
📍 Jumpa anda di Perpustakaan Awam Sibujaya!

📍 SCS Shared Values Team Building Retreat 2026📅 14 Mei 2026📌 Perpustakaan SibujayaProgram SCS Shared Values Team Buildin...
15/05/2026

📍 SCS Shared Values Team Building Retreat 2026
📅 14 Mei 2026
📌 Perpustakaan Sibujaya

Program SCS Shared Values Team Building Retreat telah berjaya diadakan dengan jayanya hasil anjuran Seksyen Sumber Manusia, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dengan kerjasama S.M.T. Learning Solutions. Program ini dikendalikan oleh fasilitator, Telemachus Lo dan pembantunya Encik Lim.

Program ini bertujuan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan serta memperkasa budaya kerja berteraskan nilai-nilai bersama dalam kalangan warga kerja. Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada beberapa elemen utama iaitu:

🔹 Pengukuhan Semangat Kerja Berpasukan
🔹 6 Nilai Bersama
🔹 Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia
🔹 Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030

Pelaksanaan program ini selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak dalam membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, progresif dan berteraskan integriti serta nilai kebersamaan.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform dalam memperkukuh hubungan warga kerja dan membina budaya organisasi yang cemerlang demi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

👯JOM SENAMROBIK SANTAI & FUN👯‍♂️“PUSH YOURSELF - YOU’RE STRONGER THAN YOU THINK” 💪🏻🗓️ 15 Mei 2026 (Jumaat)⏰ 8.15 pagi📍 T...
15/05/2026

👯JOM SENAMROBIK SANTAI & FUN👯‍♂️

“PUSH YOURSELF - YOU’RE STRONGER THAN YOU THINK” 💪🏻

🗓️ 15 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8.15 pagi
📍 Tingkat 18, Wisma Sanyan

SRDC: Jawatankuasa Sukan Kelab MDLBS telah berjaya mengadakan program Senamrobik Santai & Fun bersama kakitangan MDLBS pada pagi ini sebelum bermulanya rutin kerja harian di pejabat. Program Senamrobik edisi pertama Tahun 2026 ini telah dimulakan dengan Seksyen Pentadbiran Am, MDLBS.

“Mulakan Hari Dengan Energi Positif” - dipilih sebagai motif program bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih ceria, aktif dan bertenaga. Melalui aktiviti Senamrobik, warga kerja MDLBS dapat memulakan hari dengan semangat positif, tubuh yang cergas serta minda yang lebih fokus untuk menghadapi tugasan harian.

Jumpa anda di edisi berikutnya 🤗

Address

Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6084336077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sibu Rural District Council posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sibu Rural District Council:

Share