Pejabat Tenaga Kerja Sibu

Pejabat Tenaga Kerja Sibu Sarawak's Labour Office Department is under Ministry of Human Resources of Malaysia, and this is Sib

Labour Department of Sarawak was created on 26th of July 1960 under InterGovermental Committe(IGC) Report in 1962. The chief department responsible live to the Human Resource Minister through the Head Secretary involving Administration and Labour in Sarawak. When the state of Sarawak joined Malaysia on 16th of September 1963, the department was automatically transferred under the Ministry of Human Resources(KSM), Malaysia.

KENYATAAN MEDIA | JTK SARAWAKJabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) menegaskan bahawa semua tindakan dan keputusan b...
22/06/2026

KENYATAAN MEDIA | JTK SARAWAK
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) menegaskan bahawa semua tindakan dan keputusan berkaitan kes buruh dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta berasaskan fakta dan keterangan yang dikemukakan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak lengkap atau mengelirukan serta menghormati proses perundangan yang sedang berjalan.
JTK Sarawak kekal komited melaksanakan tugas dengan profesional, adil dan berintegriti demi melindungi hak semua pihak.
22 Jun 2026
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak


Pejabat Tenaga Kerja Sibu akan mengadakan sesi perkongsian ilmu secara dalam talian (Facebook Live) mengenai pelaksanaan...
18/05/2026

Pejabat Tenaga Kerja Sibu akan mengadakan sesi perkongsian ilmu secara dalam talian (Facebook Live) mengenai pelaksanaan cuti mengikut undang-undang buruh terkini di Sarawak dan mengenai Upah dan Bayaran serta Panduan Permatuahan dan Hak pekerja.
​Antara topik yang akan dibahas:

CUTI DI BAWAH ORDINAN BURUH (SARAWAK BAB 76)]

​✅ Cuti Tahunan (Annual Leave)
✅ Cuti Sakit (Sick Leave)
✅ Cuti bersalin (maternity Leave)
✅ Cuti Paternity
✅ Cuti Umum & Cuti Khas

​Speaker: Encik Kennedy Anak Lawrance (Pegawai Tenaga Kerja Sibu)

UPAH DAN BAYARAN : PANDUAN PEMATUHAN DAN HAK PEKERJA

✅ Definisi Upah: Apa Yang Termasuk & Tidak Termasuk
✅ Pembayaran: Tempoh & Kaedah
✅ Larangan Tempat Pembayaran
✅ Formula Kadar Gaji
✅ Bayaran Kerja Pada Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am

Speaker: Encik Muhammad Hasrul Bin Arshad (Pegawai Tenaga Kerja Sibu)

Kenapa anda wajib join?
~​Penjelasan terus dari pakar JTK.
~​Sesi soal jawab terbuka.
~​Update terkini undang-undang buruh Sarawak.

​Simpan tarikh ini dalam kalendar anda! 🗓️

​Jangan lupa bersama kami di Facebook Live Pejabat Tenaga Kerja Sibu pada 20 Mei 2026 nanti. Bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Untuk pertanyaan lanjut:
📞 084-330700
📧 [email protected]
🌐 www.jtkswk.mohr.gov.my

Klinik Penjagaan Kulit di Sibu Didenda RM4,000 Gagal Bayar Gaji Minimum                                                 ...
16/03/2026

Klinik Penjagaan Kulit di Sibu Didenda RM4,000 Gagal Bayar Gaji Minimum

SIBU, 16 Mac 2026 – Sebuah syarikat yang mengendalikan klinik penjagaan kulit di sini dijatuhi hukuman denda berjumlah RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan gagal membayar gaji minimum kepada dua orang pekerjanya.

Majistret Tuan Romario Jonoi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh sejurus pengakuan bersalah direkodkan. Mahkamah menetapkan denda sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM4,000.

Mengikut pertuduhan, majikan berkenaan didapati gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 melibatkan dua orang pekerja bagi tempoh Januari 2025 hingga Februari 2025.
Siasatan terperinci yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Tuan Rudy Kennedy anak William Selan, mendapati kadar gaji yang dibayar kepada kakitangan klinik tersebut adalah di bawah paras gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Tuan Kennedy anak Lawrence, di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan menegaskan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Sarawak memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang perburuhan.

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak melalui bahagian penguatkuasaannya sentiasa komited menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut di premis-premis perniagaan bagi memastikan hak pekerja dilindungi. Kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 adalah satu kesalahan serius yang menjejaskan kebajikan pekerja, terutamanya dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Pihak syarikat yang tidak diwakili peguam merayu agar denda diringankan sebelum mahkamah membuat keputusan muktamad. Majistret kemudiannya memerintahkan denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan.

Syarikat berkenaan dilaporkan telah menjelaskan denda tersebut dan turut melunaskan tunggakan perbezaan gaji kepada kedua-dua pekerja yang terlibat hasil tindakan tegas Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Anda ingin tahu lebih mendalam tentang hak-hak pekerja dan majikan? Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Ceramah Perb...
23/02/2026

Anda ingin tahu lebih mendalam tentang hak-hak pekerja dan majikan? Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Ceramah Perburuhan secara atas talian!

Jom sertai kami untuk mengupas topik-topik penting:
✅ Perintah Gaji Minimum 2024
✅ Pindaan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)

Sesi ini akan dikendalikan oleh Pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak:
👤 En. Gani Ak Nyabong (Pegawai Perhubungan Perusahaan)
👤 En. Jason Wong Yew Tiing (Pen. Pegawai Perhubungan Perusahaan)

Catat temu janji anda:

🗓 Tarikh: 25 Februari 2026
🕘 Masa: 9.00 Pagi
📍 Platform: Facebook Live (Online FB)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Tenaga Kerja Sibu di talian 📞 084-330700.

Jumpa anda di sana! 👋

TVET Diperkasa Seawal Pendidikan AwalKementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik pemerkasaan Pendidikan dan Latih...
21/01/2026

TVET Diperkasa Seawal Pendidikan Awal
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat sekolah rendah dan institusi pengajian tinggi seperti yang digariskan dalam Rancangan Pendidikan Negara (RPN), sebagai pemacu utama mobiliti sosial dan usaha mencapai sasaran 35% tenaga kerja mahir negara menjelang 2030.
Pendekatan menyeluruh ini diyakini mampu membina laluan kemahiran yang lebih jelas, inklusif dan berdaya saing demi masa depan modal insan negara selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Amanat KESUMA 2026 | Memperkukuh Asas, Melonjak Ke HadapanKESUMA menggariskan hala tuju 2026 dengan fokus melindungi keb...
21/01/2026

Amanat KESUMA 2026 | Memperkukuh Asas, Melonjak Ke Hadapan
KESUMA menggariskan hala tuju 2026 dengan fokus melindungi kebajikan 17 juta tenaga kerja, memperkasa TVET dan melaksanakan reformasi buruh selaras aspirasi Malaysia MADANI. Antara keutamaan utama ialah pelaksanaan DSMN 2026–2030, reformasi 26 undang-undang buruh, pendigitalan Mahkamah Buruh & PERKESO, peluasan Skim Lindung 24 Jam serta sasaran 35% tenaga kerja mahir menjelang 2030.
Berteraskan prinsip “We are here to FACILITATE, not to frustrate”, KESUMA komited menyampaikan perkhidmatan yang lebih pantas, adil dan berimpak demi kesejahteraan rakyat.

HALA TUJU KESUMA 2026: MEMPERKUKUH ASAS, MELONJAK KE HADAPAN 🚀KESUMA melangkah ke 2026 dengan tekad baharu untuk terus m...
21/01/2026

HALA TUJU KESUMA 2026: MEMPERKUKUH ASAS, MELONJAK KE HADAPAN 🚀
KESUMA melangkah ke 2026 dengan tekad baharu untuk terus melindungi kebajikan 17 juta tenaga kerja negara, berteraskan prinsip: “We are here to FACILITATE, not to frustrate.”
🔹 Perlindungan & Kebajikan Pekerja
Gaji minimum lebih adil (sasaran pewartaan Disember 2026), pengukuhan perlindungan sosial melalui Skim LINDUNG 24 Jam, pendigitalan penuh PERKESO, pendigitalan Mahkamah Buruh dan sasaran sifar buruh paksa.
🔹 Peningkatan Kemahiran & Bakat (TVET)
TVET sebagai pemacu mobiliti sosial dengan sasaran 35% tenaga kerja mahir menjelang 2030, penubuhan Akademi Semikonduktor KESUMA, TVET Hijau, RM100 juta dana PTPK untuk pekerja gig serta Kredit Kemahiran HRD Corp bagi kumpulan rentan.
🔹 Reformasi Dasar & Undang-Undang
Pelaksanaan DSMN 2026–2030 dan reformasi 26 undang-undang sejajar piawaian antarabangsa demi keselamatan dan kebajikan pekerja.
🔹 AI & Pendigitalan
Pemanfaatan teknologi AI untuk menambah baik keberkesanan dasar dan penyampaian perkhidmatan.
KESUMA kekal komited membina pasaran buruh yang adil, mampan dan berdaya saing selaras aspirasi Malaysia MADANI 🇲🇾

Address

Pejabat Tenaga Kerja Sibu, Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Blok 3, Lot 462, Persiaran Brooke, Peti Surat 431
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 07:30 - 11:45
14:15 - 17:30

Telephone

084330700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Sibu:

Shortcuts

Share