Pemuda PBB N56 Dalat

Pemuda PBB N56 Dalat Pergerakan Pemuda PBB Cawangan DUN N56 Dalat

23 Februari 2026 (Isnin) Kerajaan Sarawak Fail Petisyen Di Mahkamah Persekutuan, Mohon Penentuan Keabsahan Akta Petroleu...
23/02/2026

23 Februari 2026 (Isnin)

Kerajaan Sarawak Fail Petisyen Di Mahkamah Persekutuan, Mohon Penentuan Keabsahan Akta Petroleum..

Kerajaan Sarawak hari ini memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penentuan berhubung kesahihan perlembagaan serta keabsahan dan pemakaian berterusan Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 terhadap Sarawak..

KENYATAAN MEDIAJANGAN HALANG PEMIMPIN KAMI BERSUARA DEMI HAK SARAWAK
03/02/2026

KENYATAAN MEDIA

JANGAN HALANG PEMIMPIN KAMI BERSUARA DEMI HAK SARAWAK

27/1- Kenyataan Azalina tidak berasas, jangan ketepikan hak Sarawak - Pemuda Parti PBBKUCHING: Pergerakan Pemuda Parti P...
27/01/2026

27/1- Kenyataan Azalina tidak berasas, jangan ketepikan hak Sarawak - Pemuda Parti PBB

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini menyelar kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung status Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam mengawal selia sumber minyak dan gas di Sarawak.

​Berita Penuh: https://jiwabakti.com.my/kenyataan-azalina-tidak-berasas-jangan-ketepikan-hak-sarawak-pemuda-parti-pbb/

27/1 Kenyataan Azalina tidak berasas, jangan ketepikan hak Sarawak - Pemuda Parti PBB

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini menyelar kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung status Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam mengawal selia sumber minyak dan gas di Sarawak.

​Berita Penuh: https://jiwabakti.com.my/kenyataan-azalina-tidak-berasas-jangan-ketepikan-hak-sarawak-pemuda-parti-pbb/

PEMUDA PARTI PBB PERTIKAIKAN TINDAKAN PETRONASKeputusan PETRONAS untuk memfailkan suatu permohonan di Mahkamah Persekutu...
14/01/2026

PEMUDA PARTI PBB PERTIKAIKAN TINDAKAN PETRONAS

Keputusan PETRONAS untuk memfailkan suatu permohonan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan mengenai undang-undang yang mentadbir operasinya di Sarawak adalah dirujuk.

Keputusan ini boleh ditafsirkan sebagai percubaan syarikat minyak dan gas nasional tersebut untuk mensubversi rangka kerja kawal selia Sarawak serta memintas peruntukan undang-undang yang mengawal selia industri minyak dan gas di Sarawak.
Adalah amat membimbangkan apabila syarikat tersebut memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah walaupun telah wujud penglibatan dan perbincangan berterusan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dengan tujuan membangunkan sektor minyak dan gas negeri.

Walaupun kami percaya bahawa mahkamah merupakan tempat terbaik untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang, namun adalah lebih praktikal sekiranya perbezaan pandangan berkaitan rangka kerja kawal selia Sarawak ini diselesaikan melalui perbincangan berterusan, bukan sahaja antara PETRONAS dan PETROS, tetapi juga antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Selain itu, perlu ditegaskan bahawa undang-undang Sarawak wajib dipatuhi oleh semua pihak yang ingin menjalankan perniagaan di Sarawak, dan prinsip ini turut terpakai kepada PETRONAS.
Seperti yang kita semua maklum, Kerajaan Persekutuan telah menerima dan mengiktiraf PETROS sebagai pengagregat gas selepas melalui proses perbincangan yang panjang. Pengiktirafan ini turut ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Malah, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan telah menandatangani satu deklarasi bersama pada Mei 2025 dan mencapai persefahaman bahawa undang-undang Sarawak adalah diiktiraf.

Sehubungan itu, kami mempersoalkan sama ada keputusan PETRONAS untuk membawa perkara ini ke mahkamah dibuat dengan persetujuan, kelulusan dan sokongan Kerajaan Persekutuan.

Sebagai sebuah syarikat minyak dan gas nasional, PETRONAS tidak seharusnya dan tidak boleh bertindak secara bersendirian dengan mengetepikan sensitiviti serta kerumitan hubungan Persekutuan–Negeri, kerana tindakan sedemikian boleh dilihat sebagai pencerobohan kuasa Persekutuan terhadap hak-hak Sarawak.
Kami yakin bahawa rangka kerja kawal selia Sarawak dalam industri minyak dan gas berasaskan undang-undang serta disahkan oleh sejarah. Hak-hak Sarawak tidak wajar dipersoalkan atau dirundingkan.

Kami akan terus berdiri teguh bersama Yang Amat Berhormat Premier dalam melindungi dan mempertahankan hak-hak Sarawak, dan kami yakin sepenuhnya bahawa Sarawak akan mampu mengharungi cabaran ini serta muncul dengan lebih kukuh.

YB DATUK MARTIN BEN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)
SARAWAK

14 JANUARI 2026

Terima Kasih kepada PBB N46 Meradong, dan Rombongan Pemuda PBB N46 Meradong kerana sudi datang berambeh ke N56 Dalat. 💪
22/09/2025

Terima Kasih kepada PBB N46 Meradong, dan Rombongan Pemuda PBB N46 Meradong kerana sudi datang berambeh ke N56 Dalat. 💪

BERSAMA-SAMA KITA KIBARKAN BENDERA IBU PERTIWIsempenaSambutan Perayaan Hari Sarawak 22 Julai 2025, Sarawak Maju Makmur, ...
10/07/2025

BERSAMA-SAMA KITA KIBARKAN BENDERA IBU PERTIWI

sempena

Sambutan Perayaan Hari Sarawak 22 Julai 2025, Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai


04/05/2025

Pergerakan Pemuda Parti PBB bidas ARMADA perlekeh hak Sarawak terhadap minyak, gas

11.1.2025/Sabtu/Stadium Tertutup Tun Ahmad ZaidiPemuda PBB N56 Dalat menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan PB...
12/01/2025

11.1.2025/Sabtu/Stadium Tertutup Tun Ahmad Zaidi

Pemuda PBB N56 Dalat menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Tengah di Stadium Tertutup Tun Ahmad Zaidi, Sibu.

28.12.2024/Joystar Restaurant SibuPemuda PBB N56 Dalat diketuai oleh Cr Abdul Halim memenuhi jemputan daripada Pemuda PR...
01/01/2025

28.12.2024/Joystar Restaurant Sibu

Pemuda PBB N56 Dalat diketuai oleh Cr Abdul Halim memenuhi jemputan daripada Pemuda PRS N59 Tamin untuk Majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2025 yang diadakan di Sibu. Semangat GPS mengukuh dengan rapatnya jalinan silaturahim antara Pemuda PBB N56 Dalat dan Pemuda PRS N59 Tamin.

Terima kasih dan tahniah kepada team Pemuda PRS N59 Tamin yang diketuai oleh Tuan Cr Henry Kanyan atas jemputan. Kita juga berkesempatan bertemu dengan ADUN N59 Tamin iaitu YB Ir Christopher Gira Anak Sambang semasa majlis sedang berlangsung.

Address

Nearby Stadium Tun Zaidi
Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PBB N56 Dalat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share