Perkep IPD Padawan

Perkep IPD Padawan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep IPD Padawan, Public & Government Service, Jalan Kuching-Serian, Siburan.

Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Yassin
31/07/2026

Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Yassin

๐ŸŒŸ JOM HEBOH SARAWAK 2026! ๐ŸŒŸ๐ŸŽ‰ Jom singgah ke Gerai Jualan PERKEP Kontinjen Sarawak!๐Ÿ“… Tarikh: 31 Julai & 1โ€“2 Ogos 2026๐Ÿ“ Lo...
25/07/2026

๐ŸŒŸ JOM HEBOH SARAWAK 2026! ๐ŸŒŸ

๐ŸŽ‰ Jom singgah ke Gerai Jualan PERKEP Kontinjen Sarawak!

๐Ÿ“… Tarikh: 31 Julai & 1โ€“2 Ogos 2026

๐Ÿ“ Lokasi: Karnival Jom Heboh, Kota Samarahan, Sarawak

Nikmati pelbagai pilihan produk tempatan yang lazat dan berkualiti, antaranya:
๐Ÿก Kuih Penyaram KB
๐Ÿฅฎ Kuih Kuyak
๐Ÿ  Ubi Kayu Rebus
๐Ÿจ Cassava Ice Cream
๐Ÿฉ Donut Lemantak
๐Ÿช Mini Cookies Rangup
๐Ÿฅญ D'Juna Kerepek Viral
๐Ÿซ Dubai Chewy Cookies
๐ŸŸ Sate Ikan Tahai
๐Ÿ‹ Buah Limau Susu
๐Ÿง Halus Manis
๐ŸŒธ Souvenir Bunga Handmade
๐Ÿ‘‘ Pelbagai aksesori wanita

๐Ÿ’™ Setiap pembelian anda bukan sahaja menyokong produk usahawan PERKEP, malah turut menyokong usaha memperkasakan komuniti dan kebajikan keluarga PDRM.

โœจ Datang beramai-ramai, bawa keluarga dan rakan-rakan! Kami menanti kunjungan anda di Gerai PERKEP Kontinjen Sarawak.

MESYUARAT PENYELARASAN PENYERTAAN KARNIVAL JOM HEBOH DI KOTA SAMARAHAN Pada  24 Jul 2026 (Jumaat), jam 0930, Mesyuarat P...
25/07/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PENYERTAAN KARNIVAL JOM HEBOH DI KOTA SAMARAHAN

Pada 24 Jul 2026 (Jumaat), jam 0930, Mesyuarat Penyelarasan Penyertaan Karnival Jom Heboh di Kota Samarahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Khas IPD Padawan.

Seramai 18 orang Biro dan AJK PERKEP IPD Padawan telah hadir dalam mesyuarat untuk membincangkan persediaan bagi Karnival Jom Heboh di Kota Samarahan pada 31 Jul 2026 hingga 2 Ogos 2026.

Selain itu, mesyuarat juga bertujuan untuk menyampaikan pesanan tentang tanggungjawab petugas semasa Karnival Jom Heboh dan penyerahan kit petugas kepada semua yang terlibat dalam Karnival Jom Heboh di Kota Samarahan nanti.

Pada 14 Jul 2026 (Selasa), Mesyuarat Bersama Pengerusi PERKEP IPD Padawan yang baru telah dijalankan di Bilik Mesyuarat ...
25/07/2026

Pada 14 Jul 2026 (Selasa), Mesyuarat Bersama Pengerusi PERKEP IPD Padawan yang baru telah dijalankan di Bilik Mesyuarat IPD Padawan dan diketuai oleh YBhg. Puan Anne Binti Essa - Pengerusi PERKEP IPD Padawan bersama 26 orang Ketua Biro/AJK dan ahli PERKEP IPD Padawan.

Mesyuarat dijalankan untuk salam perkenalan antara pengerusi baru yang telah terima tanggungjawab pengerusi PERKEP IPD Padawan pada 8 Jul 2026 daripada mantan pengerusi PERKEP IPD Padawan Puan Waly Anak Ngarie di IPD Kota Samarahan dengan semua Biro dan AJK PERKEP IPD Padawan.

Selain lain, mesyuarat juga untuk membuat perlantikan bendahari PERKEP IPD Padawan yang baru kerana bendahari semasa akan melaporkan diri ke IPD Kota Samarahan bulan Ogos 2026.

Di samping itu, tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan persediaan dan penyelarasan penugasan penyertaan Karnival Jom Heboh pada 31 Jul 2026 hingga 2 Ogos 2026 di Kota Samarahan.

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP IPD PADAWANPada 7 Jul 2026 (Selasa), jam 1000, Lawatan Kebajikan telah dibuat keatas anak Asp S...
25/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP IPD PADAWAN

Pada 7 Jul 2026 (Selasa), jam 1000, Lawatan Kebajikan telah dibuat keatas anak Asp Syed Muzaffar, KCKD Padawan di Hospital Normah Kuching (Cirit-birit, muntah dan Dihidrasi)

Anak KCKD Padawan telah dimasukkan ke wad kerana cirit-birit dan muntah mulai 30 Jun 2026 dan dimasukkan ke wad di Hospital Normah, Kuching pada 6 Jul 2026.

Setiausaha PERKEP IPD Padawan Insp Liu Sin Chai telah memberikan sumbangan ikhlas daripada PERKEP IPD Padawan kepada anak KCKD Padawan semasa lawatan kebajikan.

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP IPD PADAWANPada 3 Jul 2026 (Jumaat), jam 1000, Lawatan Kebajikan telah dibuat keatas ibu kandun...
25/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP IPD PADAWAN

Pada 3 Jul 2026 (Jumaat), jam 1000, Lawatan Kebajikan telah dibuat keatas ibu kandung kepada Kpl Abdul Hafiz Bin Sabini daripada BKA Padawan di Kampung Tabah Putih, Batu 17, Jalan Kuching Serian, Sarawak (Selesai menjalani pembedahan peranakan jatuh pada 29 Jun 2026 dan discharge pada 2 Jul 2026).

Pengerusi PERKEP IPD Padawan Puan Waly Anak Ngarie telah memberikan sumbangan ikhlas daripada PERKEP IPD Padawan kepada ibu kandung Kpl Abdul Hafiz semasa lawatan kebajikan.

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP IPD PADAWANPada 2 Jul 2026 (Khamis), jam 1630, Lawatan Kebajikan telah dibuat keatas Sjn Kamal ...
25/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP IPD PADAWAN

Pada 2 Jul 2026 (Khamis), jam 1630, Lawatan Kebajikan telah dibuat keatas Sjn Kamal Bin Jini, Bips Padawan di Lorong 7, Kampung Sebat Melayu, Lundu, Sarawak (Bapa kandungnya telah meninggal dunia di Hospital Lundu, punca darah beku di bahagian otak pada 2 Jul 2026).

Upacara pengkebumian mendiang adalah di Tanah Perkuburan Kampung Sebat Melayu, Lundu pada hari ini.

Bendahari PERKEP IPD Padawan Asp Adeline Bt Watis telah memberikan sumbangan ikhlas daripada PERKEP IPD Padawan kepada Sjn Kamal Bin Jini semasa lawatan kebajikan.

LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK KE RUMAH PERKEP IPD PADAWAN Pada 22 Jun 2026 (Isnin), jam 1030, YBhg. D...
22/06/2026

LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK KE RUMAH PERKEP IPD PADAWAN

Pada 22 Jun 2026 (Isnin), jam 1030, YBhg. Datin Dr. Nitce Isa Medina Binti Machmudi Isa, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak bersama rombongan iaitu ASP Rathna Binti Borhan, Setiausaha PERKEP Kontinjen Sarawak, Insp. Roslinah Binti Othman, Bendahari PERKEP Kontinjen Sarawak dan Insp. Maslinah Binti MD Tan, Pen. SU I, PERKEP Kontinjen Sarawak telah membuat Lawatan Kerja ke rumah PERKEP IPD Padawan.

Seramai 30 orang Biro dan AJK PERKEP IPD Padawan termasuk YBhg Puan Waly Anak Ngarie, Pengerusi PERKEP IPD Padawan telah hadir dalam lawatan kerja Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak ini.

Lawatan kerja bertujuan untuk melawat rumah PERKEP IPD Padawan dan penyelarasan penugasan Jom Heboh yang akan diadakan pada 31 Jul hingga 2 Ogos di Kota Samarahan.

GOTONG-ROYONG SEMPENA LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK KE RUMAH PERKEP IPD PADAWAN Pada  19 Jun 2026 (Ju...
22/06/2026

GOTONG-ROYONG SEMPENA LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK KE RUMAH PERKEP IPD PADAWAN

Pada 19 Jun 2026 (Jumaat), jam 0800, Gotong-royong Sempena Lawatan Kerja Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak ke rumah PERKEP IPD Padawan telah diadakan di rumah PERKEP IPD Padawan dan kawasan sekitar rumah PERKEP IPD Padawan.

Seramai 14 orang Biro dan AJK PERKEP IPD Padawan telah hadir dalam gotong-royong untuk membersihkan dan menceriakan kawasan rumah PERKEP IPD Padawan sempena lawatan kerja Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak ke rumah PERKEP IPD Padawan pada 22 Jun 2026 (Isnin).

Address

Jalan Kuching-Serian
Siburan
94200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD Padawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share