Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sik

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sik Unit Promosi Pergigian Daerah S*k bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mulut dan pergigian kepada masyarakat setempat.

🇲🇾 MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT PERGIGIAN! 🦷✨Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan gigi yang betul. 😁Janga...
12/08/2026

🇲🇾 MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT PERGIGIAN! 🦷✨

Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan gigi yang betul. 😁
Jangan tunggu sampai sakit baru nak ke klinik gigi!

🪥 Pemeriksaan pergigian secara berkala membantu:
✅ Mengesan masalah gigi & gusi lebih awal
✅ Mengelakkan rawatan yang lebih invasif
✅ Mengekalkan kesihatan mulut dan senyuman yang menawan

📌 Jom jadikan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya SEKALI SETAHUN sebagai rutin!

Senyum sihat, hidup lebih yakin! 💙🦷

*k

🦷✨ Program Jom Berus Gigi 2026 ✨🦷Pada 22 Julai 2026, telah berlangsung Program Jom Berus Gigi bertempat di Dewan Al-Fara...
05/08/2026

🦷✨ Program Jom Berus Gigi 2026 ✨🦷

Pada 22 Julai 2026, telah berlangsung Program Jom Berus Gigi bertempat di Dewan Al-Farabi, Alor Setar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kesihatan pergigian sejak usia muda, antaranya:
🎭 Pertunjukan boneka
📖 Aktiviti bercerita
🎶 LMG Berirama
🎲 Permainan interaktif

Melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif, program ini diharapkan dapat memupuk amalan memberus gigi dengan betul serta membentuk generasi yang lebih prihatin terhadap kesihatan mulut.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini dapat melahirkan anak-anak dengan senyuman sihat dan mulut yang bersih. 😁🦷

🦷 Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026 🦷Sepanjang 6 Julai hingga 12 Julai 2026, pelbagai aktiviti telah berjay...
05/08/2026

🦷 Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026 🦷

Sepanjang 6 Julai hingga 12 Julai 2026, pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) oleh Klinik Pergigian S*k, Klinik Pergigian Jeniang dan Klinik Pergigian Gulau.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
🎨 Pertandingan Mewarna
🗣️ Ceramah Kesihatan Pergigian
🎲 Permainan Interaktif

Terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, guru serta orang ramai yang telah bersama-sama memeriahkan program ini. Diharapkan segala ilmu dan pendedahan yang diberikan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut dan gigi demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan sentiasa tersenyum.

Mulut Sihat, Senyuman Bahagia! 😁🦷

*k

🦷 Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian!Senyuman yang sihat bermula dengan amalan harian yang mudah.✅ Gosok gigi 2 k...
12/07/2026

🦷 Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian!

Senyuman yang sihat bermula dengan amalan harian yang mudah.

✅ Gosok gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.
✅ Gunakan flos gigi setiap hari.
✅ Amalkan pemakanan seimbang.
✅ Buat pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.

💙 Mulakan hari ini kerana gigi yang sihat adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti.

😊 Jaga Gigi, Jaga Diri, Jaga Masa Depan.

🦷 SAMBUTAN MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA WARGA PEJABAT AGAMA DAERAH S*K DAN WARGA MASJID AR RAHMAN PEKAN S*...
09/07/2026

🦷 SAMBUTAN MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA WARGA PEJABAT AGAMA DAERAH S*K DAN WARGA MASJID AR RAHMAN PEKAN S*K PERINGKAT DAERAH S*K TAHUN 2026 🦷
Tarikh: Khamis, 9 Julai 2026
Masa: 8 am - 3.30 pm
Tempat: Masjid Ar Rahman, Pekan S*k

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen sepanjang menjayakan program ini. Penghargaan khusus turut ditujukan kepada warga Pejabat Agama Daerah S*k, warga Masjid Ar Rahman serta seluruh warga kerja yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program.
Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terutama warga yang terlibat mengenai kepentingan menjaga kesihatan pergigian serta menggalakkan amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik dalam kehidupan seharian.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga kita berpeluang untuk terus bekerjasama dalam menjayakan program-program kesihatan pada masa akan datang.

“Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian.”

*k *k

🦷 Kesihatan Mulut Bermula Dengan Kesedaran! ✨Klinik Pergigian Jeniang telah menyertai Program Kesihatan yang berlangsung...
04/07/2026

🦷 Kesihatan Mulut Bermula Dengan Kesedaran! ✨
Klinik Pergigian Jeniang telah menyertai Program Kesihatan yang berlangsung di Klinik Desa Beris Jaya dengan pelbagai aktiviti promosi kesihatan pergigian untuk masyarakat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
🦷 Pemeriksaan kesihatan pergigian
🎤 Ceramah kesihatan pergigian
📚 Pameran pendidikan kesihatan pergigian
🎲 Permainan interaktif yang menyeronokkan untuk kanak-kanak

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, terutamanya daripada ibu bapa dan anak-anak yang menunjukkan minat untuk mempelajari cara menjaga kesihatan gigi dengan lebih baik. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami berharap masyarakat lebih peka bahawa penjagaan kesihatan mulut perlu bermula sejak kecil bagi mencegah masalah pergigian pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat dengan senyuman yang ceria dan berkualiti. 😁🦷

🦷 MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN (MPKP) 2026 🦷“Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian.”Jom bersama-sama memeriahk...
01/07/2026

🦷 MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN (MPKP) 2026 🦷

“Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian.”

Jom bersama-sama memeriahkan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026 yang akan berlangsung pada 6 hingga 12 Julai 2026 di semua Klinik Pergigian di Daerah S*k.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga, antaranya:
🪥 Ceramah Kesihatan Pergigian
🧠 Pertandingan Kuiz
🔎 Permainan Interaktif (Teka Silang Kata & Cari Perkataan)
🎨 Pertandingan Mewarna

📍 Kunjungi Klinik Pergigian berhampiran anda di Daerah S*k dan sertai aktiviti yang telah disediakan. Mari bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut demi kesejahteraan diri dan keluarga.

📅 Tarikh: 6 – 12 Julai 2026

💙 Gigi Sihat, Hati Senang, Hidup Ceria!

*k *k

🚫 KATAKAN TIDAK KEPADA PENGAMAL PERGIGIAN HARAM!Lindungi diri dan keluarga dengan mendapatkan rawatan hanya daripada pen...
14/06/2026

🚫 KATAKAN TIDAK KEPADA PENGAMAL PERGIGIAN HARAM!

Lindungi diri dan keluarga dengan mendapatkan rawatan hanya daripada pengamal pergigian yang berdaftar.

💡 Sebelum mendapatkan rawatan, semak terlebih dahulu kelayakan pengamal dan pastikan klinik mempunyai lesen yang sah.

Jangan ambil risiko. Pilih rawatan yang selamat daripada pengamal pergigian yang bertualiah




*k

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN JENIANGPada 13 Jun 2026, Klinik Pergigian Jeniang telah melaksanakan P...
13/06/2026

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN JENIANG

Pada 13 Jun 2026, Klinik Pergigian Jeniang telah melaksanakan Program Kampung Angkat bertempat di Klinik Kesihatan Teloi Timur.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pemeriksaan pergigian, rawatan tampalan, pendidikan kesihatan pergigian serta lawatan dari rumah ke rumah bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan pergigian kepada penduduk yang tidak dapat hadir ke lokasi program.

Program ini turut menjadi platform untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada komuniti setempat serta mengeratkan hubungan antara warga kesihatan dan masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan seterusnya melahirkan komuniti yang lebih sihat.




Address

S*k
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6044692814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share