Hospital Sik

Hospital Sik QUALITY CARE FOR A HEALTHIER SIK Sebarang aduan atau penghargaan kepada Hospital Sik, sila klik pautan di bawah. https://linktr.ee/HospitalSik

🌿 PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H 🌿Alhamdulillah, warga Muslimat Hospital S*k berkesempatan menyertai Perara...
25/08/2026

🌿 PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H 🌿

Alhamdulillah, warga Muslimat Hospital S*k berkesempatan menyertai Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Madrasah Ar-Rahmaniah, S*k.

Penyertaan ini bukan sekadar sebuah perarakan, tetapi menjadi ruang untuk bersama-sama menyemarakkan rasa kasih kepada Rasulullah SAW, di samping mengeratkan silaturahim dan kebersamaan antara warga Hospital S*k dengan komuniti setempat.

Terima kasih dan tahniah kepada 28 orang warga Muslimat Hospital S*k diketuai oleh Dr Farah Hanis binti Yusuf yang telah meluangkan masa serta tenaga untuk bersama-sama menjayakan perarakan ini. 🌺

Semoga semangat kebersamaan, kasih sayang dan nilai murni yang diraikan pada hari ini terus menjadi panduan dalam kita melaksanakan amanah serta memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

Salam penghargaan daripada Keluarga Hospital S*k.πŸ€—

13/08/2026
13/08/2026

πŸ’šπ’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ’š

✨ Warisku, Hormati Ikrarku ✨

Hari Pendermaan Organ Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun menjadi peringatan bahawa satu ikrar yang kita buat hari ini mampu memberikan harapan dan peluang untuk kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Pendermaan organ bukan sekadar satu keputusan, tetapi merupakan tanda kasih, keprihatinan dan kemanusiaan.

Jom bersama-sama sebarkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dan hormati ikrar yang telah dibuat.

πŸ“² JOM DAFTAR SEBAGAI PENGIKRAR DERMA ORGAN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

🌱 Satu Ikrar, Sejuta harapan.




Unit Farmasi Logistik, Hospital S*k telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Stor 2026 pada Isnin, 13 Julai 2026 bertem...
01/08/2026

Unit Farmasi Logistik, Hospital S*k telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Stor 2026 pada Isnin, 13 Julai 2026 bertempat di Dewan Sri Enggang, Hospital S*k.

Sejajar dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkenalkan Modul Latihan UFL - Beginner, kursus ini telah mengumpulkan para pegawai stor daripada pelbagai wad dan unit bagi memantapkan lagi pengurusan operasi di stor masing-masing.

Kursus ini diharapkan dapat memberikan pendedahan komprehensif mengenai asas-asas kewangan dalam perolehan kerajaan dan tatacara pengurusan stor kepada para peserta. Ia bagi memastikan setiap kakitangan cakna tentang aspek kawalan inventori yang betul, sekali gus dapat meningkatkan kualiti dan kecekapan operasi organisasi.

Program ini membawakan sembilan (9) modul komprehensif daripada barisan penceramah berpengalaman. Sesi pembelajaran turut dimantapkan lagi dengan aktiviti kuiz interaktif serta perkongsian situasi bagi memastikan para peserta lebih faham dan dapat mengaplikasikan modul-modul ini dalam pengurusan inventori di unit masing-masing kelak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kehadiran serta komitmen penuh yang telah diberikan sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga segala ilmu, strategi pengurusan inventori, dan amalan terbaik yang dikongsikan dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan di tempat kerja masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada barisan penceramah serta seluruh jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus kali ini.

31/07/2026
*PAMERAN KENALI UBAT ANDA SEMPENA PROGRAM HARI AGRO LESTARI & KEBUN KOMUNITI DAERAH S*K 2026 ANJURAN MAJLIS DAERAH S*K*πŸ“†...
02/07/2026

*PAMERAN KENALI UBAT ANDA SEMPENA PROGRAM HARI AGRO LESTARI & KEBUN KOMUNITI DAERAH S*K 2026 ANJURAN MAJLIS DAERAH S*K*

πŸ“†Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu)
⏱️Masa: 8.30 pagi - 1.00 tgh hari
🏑Tempat: Dataran Gemilang, Majlis Daerah S*k

Staf farmasi yang terlibat:
2 Pegawai Farmasi dan 1 Penolong Pegawai Farmasi dari Hospital S*k

Duta yang terlibat:
En Yusop bin Taib

Aktiviti yang dijalankan:

1. Permainan Puzzle Kenali Ubat Anda
2. Kuiz Lucky Wheel Kenali Ubat Anda
3. Penyerahan ubat lupus, tidak diperlukan atau rosak ke kotak MyMedisafe
4. Promosi dan penerangan mengenai MyMedisafe
5. Edaran risalah dan perkongsian maklumat ubat

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan untuk sama-sama meningkatkan kesedaran alam sekitar dan penjagaan kesihatan kepada penduduk. Terima kasih dan tahniah juga kepada staf dan duta yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

πŸ“Œ *LAWATAN KERJA HOSPITAL BALIK PULAU KE HOSPITAL S*K*Hospital S*k dengan sukacitanya menerima lawatan kerja daripada  H...
15/05/2026

πŸ“Œ *LAWATAN KERJA HOSPITAL BALIK PULAU KE HOSPITAL S*K*

Hospital S*k dengan sukacitanya menerima lawatan kerja daripada Hospital Balik Pulau yang telah berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Hospital S*k

πŸ‘₯ Lawatan ini diserikan dengan kehadiran :
- Dr. Wong Khar Ming (Pengarah Hospital Balik Pulau)
- ⁠Dr Noor Adlin Binti Hamzah (Pegawai Perubatan Pentadbir Kanan)
- ⁠Dr Ti Tiana (Pakar Perubatan)
- ⁠Dr Che Wan Nur Atiqah binti Che Wan Mohd Shokri (Pegawai Perubatan)
- ⁠Encik Salehhudin bin Muhammad Ali (Ketua Pegawai Farmasi )
- ⁠serta pegawai dari Unit Farmasi, Unit Kejururawatan, Unit Teknologi Maklumat dan Unit Rekod

Delegasi ini disambut mesra oleh Dr Farah Hanis Binti Yusuf (Pegawai Perubatan Pentadbir Kanan) bersama-sama
- Dr Murshidah Ainun bt Mukhtar (Pakar Perubatan Dalaman )
- ⁠Dr Fairuz Ramadanu bin Che Will (Pakar Perubatan Kecemasan )
- ⁠Dr Mohammad Rusydan Bin Abdul Fattah (Pegawai Perubatan Tadbir Urus Klinikal)
- ⁠Puan Norhanita Bt Abd Jamil (Ketua Pegawai Farmasi)
- ⁠Encik Mohamad Shahrul bin Zakaria (Pen Peg Tek.Maklumat )
- ⁠Puan Naziatul Aznen binti Azni (Penolong Pegawai Tadbir )
- ⁠serta wakil dari Unit Farmasi dan Unit Kejururawatan.

✨ Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan gambaran menyeluruh berkenaan pelaksanaan penuh sistem PhIS dan MPIS di Hospital S*k serta merperkukuh kefahaman berkaitan fungsi sistem, aliran proses kerja dan integrasi antara perkhidmatan.

πŸ•°οΈ Majlis dimulakan dengan perbentangan perjalanan pendigitalan proses pemberian ubat yang telah dilaksanakan secara menyeluruh menggunakan sistem PhIS di Hospital S*k oleh Encik Mohamad Hasrul Bin Mustaffa (Pegawai Farmasi) serta perkongsian pengalaman penggunaan sistem PhIS dan MPIS .

Majlis diteruskan dengan lawatan ke lapangan bagi melihat secara langsung perjalanan perkhidmatan yang dilaksanakan.

🀝 Diharapkan program seperti ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara hospital serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

πŸ™ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.

🌸 SELAMAT HARI IBU πŸŒΈβ€œSeteguh Kasih Ibu” ❀️Seluruh warga Hospital S*k mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan ber...
10/05/2026

🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸

β€œSeteguh Kasih Ibu” ❀️

Seluruh warga Hospital S*k mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus.
Dalam kelembutan seorang ibu, tersimpan kekuatan yang luar biasa.

Buat semua ibu yang juga merupakan petugas kesihatan, penghargaan khas buat anda yang sentiasa cekal menggalas amanah kepada keluarga dan masyarakat.

Semoga setiap pengorbanan dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan. 🫢🏼

Ikhlas daripada,
Keluarga Hospital S*k



*k
*k

09/05/2026

Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

βœ… Amalkan membasuh tangan dengan betul.
βœ… Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit.

Address

Sik

Telephone

+6044695333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Sik:

Shortcuts

Share