JABATAN AMAL SIK

JABATAN AMAL SIK Beramal Kerana Allah
Pemuda Generasi Sejahtera
Generasi Sejahtera Mengisi Kemenangan

16/05/2025

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Al - Fatihah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah Ustaz Abu Kasim Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Moga keluarga arwah sabar dan tabah dengan ujian yang menimpa.


UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA SEMPENA HARI GURUBismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah...
16/05/2025

UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA SEMPENA HARI GURU

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hari yang penuh makna ini merupakan peluang untuk kita menzahirkan penghargaan dan kasih sayang kepada para guru yang telah banyak berkorban demi masa depan generasi akan datang.

Saya mewakili seluruh warga Jabatan Amal Malaysia, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh negara. Tanpa jemu dan tanpa mengira penat lelah, para guru telah menjadi lilin yang membakar diri, demi menerangi jalan anak bangsa menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Tema “Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani”, amatlah bertepatan dengan aspirasi Jabatan Amal. Seorang Murabbi bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik dengan kasih sayang, membimbing dengan hikmah, dan membentuk akhlak dengan qudwah hasanah. Ini adalah asas kepada pembinaan generasi Rabbani, generasi yang tunduk kepada Allah, berakhlak mulia, serta bersedia berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Dalam usaha kita membina masyarakat yang sejahtera dan bermaruah, peranan guru adalah sangat penting dan suci. Mereka bukan sekadar pendidik, tetapi juga pemimpin, penyuluh, dan pencorak masa depan umat. Justeru, marilah kita memperkukuh sokongan kita kepada institusi pendidikan dan mempertingkatkan kerjasama antara masyarakat dan guru demi melahirkan lebih ramai insan yang soleh, berilmu, dan berjiwa perjuangan.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua guru di seluruh tanah air terus diberi kekuatan, kesabaran, dan keberkatan dalam menjalankan amanah yang besar ini. Semoga jasa kalian diganjari Allah SWT dengan pahala yang berterusan dan ditempatkan bersama para solihin.

Selamat Hari Guru.
“Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani.”

KETUA PENGARAH
JABATAN AMAL MALAYSIA

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan S*k 2025.Jemput hadir semua.
17/04/2025

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan S*k 2025.

Jemput hadir semua.

UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRIAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alham...
31/03/2025

UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita diberi peluang untuk menyempurnakan ibadah Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.

Saya mewakili seluruh kepimpinan Jabatan Amal Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua anggota Jabatan Amal di seluruh negara, para sukarelawan, penyokong, serta seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Aidilfitri bukan sahaja hari kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpuasa, tetapi juga merupakan medan untuk memperkukuh ukhwah, menyuburkan semangat kebersamaan, dan menyemai kasih sayang dalam masyarakat. Dalam semangat 'Beramal Kerana Allah', marilah kita terus memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang membawa kebaikan, kebajikan dan kemanusiaan tanpa mengira latar belakang.

Saya menyeru agar kita semua menyambut lebaran ini dengan penuh kesederhanaan, keselamatan dan keharmonian. Dalam kemeriahan kita berhari raya, jangan dilupa golongan yang memerlukan – hulurkan bantuan, kongsikan rezeki, dan raikan mereka bersama.

Akhir kata, saya mendoakan semoga segala amal kita sepanjang Ramadan diterima Allah SWT, dan semoga Syawal ini membawa keberkatan serta kebahagiaan buat kita semua.

Salam Aidilfitri, ikhlas daripada saya dan seluruh warga kepimpinan Jabatan Amal Malaysia.

“Beramal Kerana Allah”

KETUA PENGARAH
JABATAN AMAL MALAYSIA

17/02/2025
2 DISEMBER 2024 | ISNINMisi mencuci rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar Daerah S*k.
02/12/2024

2 DISEMBER 2024 | ISNIN

Misi mencuci rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar Daerah S*k.




1 DISEMBER 2024 | AHAD Misi mencuci rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar Daerah S*k.
01/12/2024

1 DISEMBER 2024 | AHAD

Misi mencuci rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar Daerah S*k.




30 NOV 2024 | SABTUTugasan Parkir dan Lalu lintas Ijtimak Mahabbah di Pondok Tn Guru Hj Salleh,S*k Kedah.
30/11/2024

30 NOV 2024 | SABTU

Tugasan Parkir dan Lalu lintas Ijtimak Mahabbah di Pondok Tn Guru Hj Salleh,S*k Kedah.

Address

Kompleks PAS Kawasan Sik, Lot 3706, Kg Sungai Pau
Sik
08700

Telephone

+60133829655

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JABATAN AMAL SIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JABATAN AMAL SIK:

Share