SWCorp Sik/Baling

SWCorp Sik/Baling Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan S*k / Baling

14/06/2026
14/06/2026

Kita semua perlu berbangga. Malaysia mempunyai keindahannya yang tersendiri, dari jalan raya hinggalah ke bandar rayanya.

Daripada kawasan bandar hingga ke kawasan rekreasi, kebersihan persekitaran memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana yang bersih, indah dan sejahtera untuk dinikmati bersama.

Malangnya, masih ada segelintir pihak yang tanpa segan silu membuang sampah secara tidak bertanggungjawab di tempat awam. Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah menjejaskan imej negara dan kualiti hidup masyarakat.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan larangan pembuangan sampah kecil di tempat awam yang lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jangan disebabkan sikap sambil lewa, anda terpaksa membayar harga yang mahal dengan wang dan juga masa. Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

14/06/2026
14/06/2026

Info Hari Ini | Pemilik Premis CII, Adakah Premis Anda Telah Melaksanakan Pematuhan Kendiri (Self-Regulate)?

Pengurusan sisa pepejal yang berkesan bermula dengan pematuhan dan rekod yang lengkap. Melalui pelaksanaan Pematuhan Kendiri (Self-Regulate), pemilik premis Commercial, Institutional and Industrial (CII) dapat merekod serta mengurus maklumat berkaitan pengurusan sisa secara lebih sistematik, teratur dan berkesan.

📌 SWCorp telah menyediakan infografik ringkas sebagai panduan pengisian maklumat melalui sistem ePIK. Luangkan sedikit masa untuk menyemak panduan yang disediakan dan pastikan maklumat premis anda dikemas kini mengikut keperluan.

✅ Pengurusan sisa yang baik bermula dengan pematuhan yang konsisten.

🏢 BSI

14/06/2026

Info Hari Ini | Sampah Kecil, Kesan Besar!

Nampak individu membuang sampah kecil di tempat awam?

✅ Lihat – Kenal pasti individu yang melakukan kesalahan.
✅ Laporkan – Catat maklumat penting seperti lokasi, masa dan ciri individu. Jika menaiki kenderaan, kenal pasti nombor pendaftaran tersebut.
✅ Hantar – Salurkan aduan melalui saluran rasmi.

💚 Kebersihan tempat awam adalah tanggungjawab bersama.

🔎 BPS

14/06/2026

Info Hari Ini | Best Home Talent di SWCorp

Best Home Talent (BHT) merupakan platform pembangunan bakat strategik SWCorp yang memberi fokus kepada pengukuhan kompetensi dan kepimpinan warga kerja berpotensi tinggi.

Melalui inisiatif ini, pelbagai kursus dan program pembangunan kompetensi dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan kepimpinan warga kerja selaras dengan aspirasi SWCorp Growth untuk melahirkan warga kerja yang berdaya saing dan berprestasi tinggi.

💪🏼 BSM

14/06/2026

Info Hari Ini | Persekitaran Bersih, Minda Lebih Tenang

🌱 Kebersihan bukan sekadar mewujudkan persekitaran yang selesa, malah memberi kesan positif kepada kesejahteraan emosi dan tahap produktiviti harian.

✨ Ruang yang kemas.
✨ Minda yang tenang.
✨ Kerja yang lebih berkualiti.

Persekitaran yang bersih membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus serta mewujudkan suasana yang lebih positif untuk bekerja dan menjalani kehidupan seharian.

💚 Persekitaran bersih, minda lebih tenang.

❤️ UPK

14/06/2026

Info Hari Ini | Kenali Tahap Emosi

😊 Mengenali tahap emosi yang sedang dialami merupakan langkah pertama untuk mengurus kemarahan dengan lebih berkesan.

✅ Kenali tanda-tanda emosi yang dialami.
✅ Kawal reaksi sebelum bertindak.
✅ Gunakan kemahiran daya tindak yang bersesuaian.

Setiap individu pernah berasa marah. Namun, kita sentiasa mempunyai pilihan untuk mengurus emosi dengan bijak, tenang dan positif.

💡 Emosi yang difahami dengan baik akan membantu kita membuat keputusan yang lebih rasional serta membina hubungan yang lebih harmoni.

❤️ UPK

14/06/2026

🚯 Jangan Pandang Ringan Sampah Kecil!

Operasi penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) turut memberi tumpuan kepada kesalahan membuang sampah kecil seperti puntung rokok, tisu, plastik pembungkus, tin minuman, tiket parkir dan resit secara merata-rata.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tahap kebersihan awam terus dipertingkatkan.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 serta Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam.

Kebersihan bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi tanggungjawab bersama. Setiap tindakan kecil memberi kesan besar kepada imej, kesejahteraan dan kelestarian persekitaran negara.

Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

Address

Bangunan Inai
S*k
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044694295

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Sik/Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share