AADK Daerah Sik Kedah

AADK Daerah Sik Kedah Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Pekan Baru Keda, 08200 S*k, Kedah Darul Aman
04-469 0402
Aduan Penagihan wasap.my/601157770774/aduan

02/09/2026

Pernah Tak Anda Rasa Stress, Tapi Lepas Makan Makanan Sihat, Terus Rasa 'Relaks'?

Sebenarnya, ada rahsia di sebalik apa yang kita hidangkan di atas pinggan. Makanan bukan hanya sekadar untuk kenyang, tapi sebenarnya adalah "kawan baik" kepada emosi dan minda kita.

Jom kita mula hari ini! Apakah makanan sihat yang boleh buat anda rasa happy setiap kali makan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen, mana tahu boleh jadi inspirasi buat yang lain!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



02/09/2026

Menempuh jalan pemulihan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan sendirian. Namun, apabila kita berdiri teguh sebagai satu komuniti yang prihatin, cabaran yang berat akan menjadi lebih ringan untuk dipikul.

Dalam menyambut bulan September yang penuh bersejarah bagi negara, mari kita sematkan semangat "Kuat Bersama, Pulih Bersama". Kita sebagai ahli keluarga, rakan, mahupun jiran tetangga, mempunyai peranan besar dalam memberi sinar harapan kepada mereka yang sedang berusaha untuk bebas daripada belenggu.

Marilah kita bersama-sama membina persekitaran yang positif dan menyokong proses rawatan serta pemulihan demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Adakah kita bersedia untuk menjadi sistem sokongan buat mereka? Berikan tanda 'Hati' (❤️) jika bersama AADK dalam misi ini!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



31/08/2026

Sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-69, mari kita tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar bebas? 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar kibaran jalur gemilang, tapi ia adalah tentang kekuatan minda untuk menolak perkara yang merosakkan masa depan. Dadah bukan sahaja menjajah kesihatan kita, malah ia merampas impian dan harapan orang tersayang.

Sertai kami dalam misi memerdekakan komuniti kita. Putuskan rantai itu hari ini demi generasi akan datang yang lebih gemilang.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



30/08/2026

Kadang-kadang, gari yang paling berat bukan diperbuat daripada besi. Tapi ia dibina daripada setiap butir pil dan cecair kimia yang kita pilih untuk 'berkawan'.

Tengok gambar ni betul-betul. Fizikal mungkin nampak bebas boleh ke sana sini, tapi kalau minda masih 'terjajah' dan menjadi hamba pada bahan terlarang, adakah itu yang kita panggil Merdeka?

Proses nak putuskan 'gari' dadah ni bukan perkara mudah. Ia perit, penuh air mata dan perlukan kekuatan luar biasa. Tapi ingat, peluang untuk hidup bersih tu sentiasa ada selagi nyawa dikandung badan.

Jangan biarkan litar kehidupan korang hangus begitu sahaja. Masa depan korang, impian korang, dan keluarga korang jauh lebih berharga daripada keseronokan sekejap yang membinasakan.

Tahun ni, jom kita pilih Merdeka yang sebenar. Merdeka daripada belenggu dadah.

Merdekakan Diri. Lindungi Potensi.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



30/08/2026

LIHATLAH KE MANA DADAH MEMBAWA KITA

Gejala halusinasi melampau sehingga meragut nyawa sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sintetik (ATS) seperti Methamphetamine (syabu/ice) atau bahan psikoaktif baharu (NPS).

Dadah jenis ini bertindak menyebabkan paranoid melampau dan halusinasi teruk.

Penagih gagal membezakan antara realiti dan khayalan, menyebabkan mereka mampu bertindak kejam (seperti mencederakan atau membunuh ahli keluarga sendiri) tanpa sedar.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

28/08/2026

Ramai yang mencari 'kebebasan' di tempat yang salah. Ada yang menyangka bebas itu adalah melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati, sehingga akhirnya terperangkap dalam belenggu ketagihan dan keseronokan palsu.

Hakikatnya, Merdeka yang sebenar adalah apabila jiwa kita tidak lagi menjadi hamba kepada bahan terlarang atau nafsu yang membinasa. Merdeka adalah apabila hati hanya tunduk kepada Yang Maha Esa.

Di hari Jumaat ini, mari kita 'reset' semula niat:
✅ Bebaskan minda daripada bisikan negatif.
✅ Merdekakan tubuh badan daripada racun yang merosakkan.
✅ Cari ketenangan pada sujud, bukan pada ilusi duniawi.

Penuhilah ruang kosong dalam hati dengan zikir dan doa, agar tiada lagi ruang untuk pengaruh yang menjatuhkan martabat kita sebagai insan.

Selamat Menunaikan Solat Jumaat. Merdekakan hatimu, murnikan hidupmu.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



28/08/2026

Cuba korang tengok 'bandaraya' dalam gambar ni. Sebenarnya, ini adalah gambaran sistem otak kita yang hebat. Setiap bangunan dan jalan raya litar tu adalah sel-sel otak yang berhubung rapat.

Tapi tengok apa jadi bila cecair hitam (dadah) menitis? Litar tu terus cair, berasap, dan terputus. Itulah realitinya dimana dadah memusnahkan 'jalan raya' utama dalam otak kita sampai bahagian tu mati dan tak boleh berhubung lagi.

Adakah kita sanggup gadai 'bandaraya' impian yang berharga ni demi keseronokan sekejap?

Ingat, otak yang dah rosak tiada butang untuk patah balik. Proses nak pulih tu sangat panjang dan penuh air mata. Jangan sesekali 'bermain api' dengan litar kehidupan kita.

Merdekakan diri. Lindungi potensi. Masa depan kita terlalu berharga untuk hangus begitu sahaja.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



27/08/2026

Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya hancur. 💔
Tiada ayah yang mahu melihat masa depan anaknya musnah.
Jangan biarkan dadah merampas insan yang paling disayangi.



26/08/2026

Jangan biarkan masa lalu menjadi penghalang untuk melangkah ke hadapan. Setiap perubahan bermula dengan satu keberanian. Keberanian untuk mengakui bahawa kita memerlukan bantuan, keberanian untuk mendapatkan sokongan dan keberanian untuk memilih kehidupan yang lebih baik.

Pemulihan mungkin bukan perjalanan yang mudah, tetapi kita tidak perlu melaluinya seorang diri. Dengan sokongan keluarga, masyarakat dan bimbingan yang tepat, setiap langkah kecil mampu membawa kita lebih dekat kepada kehidupan yang bebas daripada belenggu dadah.

"Masih belum terlambat untuk Merdeka ". Masih ada harapan untuk pulih. Dan masih ada masa untuk membina semula kehidupan.

Beranilah melangkah. Buka pintu kepada peluang baharu.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



24/08/2026

MASYARAKAT DIMINTA LAPOR ANAK TERJEBAK DADAH

“DADAH IBARAT BARAH, MEROSAKKAN GENERASI MUDA”

Roslinda Hashim

S*K - Masyarakat diminta tidak malu untuk melaporkan anak atau ahli keluarga yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan gejala itu terus merebak dalam komuniti.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tindakan segera perlu diambil ketika individu terbabit masih mempunyai peluang untuk dirawat dan dipulihkan, bukannya membiarkan ketagihan berlarutan sehingga mengancam keselamatan keluarga.

“Rakan-rakan yang ada anak terjebak najis dadah, panggil polis, mari ambil anak. Jangan sayang anak sampai lama-lama dia letak pisau di tengkuk kita, minta duit nak beli dadah.

“Masa tu tak boleh buat apa dah. Sementara masih ada masa untuk dirawat, panggil AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) ambil anak, masuk pusat pemulihan sampai selesai masalah dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kembara Kasih Kebajikan 2026 ‘Jejak Prihatin, Aspirasi Sejahtera’ di Dewan Bandar Baharu Beris Jaya, di sini, hari ini.

Menurut beliau, penyalahgunaan dadah kini sudah menjadi barah dalam masyarakat dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi membendungnya daripada terus menular, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Di kawasan kita, ada ramai anak-anak terjebak dengan dadah. Ini berita yang menyedihkan.

“Dadah adalah masalah yang sudah menjadi barah. Sebagai ahli masyarakat, kita pakat tolong jaga, tolong tengok dan bagi tahu. Tolonglah, jangan malu.

“Sebagai ibu bapa, tidak usah malu untuk maklumkan anak terbabit dadah. Kita pakat tolong. Kalau anak kita kena, jangan bagi anak kawan kena. Kalau anak kawan kena, kita pakat jaga anak kita, jangan p**a anak kita kena,” katanya.

Sanusi berkata, masyarakat juga perlu memahami bahawa tindakan polis menahan lebih ramai penagih dadah tidak semestinya menunjukkan masalah berkenaan semakin buruk di sesebuah negeri .

“Kalau kita tengok statistik, memang banyak. Kedah antara tertinggi di Malaysia kerana banyak polis tangkap. Statistik naik. Kalau polis tidak tangkap, angka ke bawah. Jadi kita suruh polis tangkap. Biarlah tinggi pun, biar orang tahu. Asalkan kita dapat selesaikan masalah ini bersama-sama,” katanya.

Tambah beliau, selain tindakan penguatkuasaan, usaha pemulihan perlu diberikan keutamaan supaya mereka yang terjebak tidak terus menjadi punca kepada penularan gejala itu dalam masyarakat.

“Kalau dibiarkan berlarutan, kesian kepada dia, akan berjangkit pada anak orang lain, habis satu kampung. Jadi pakat-pakat ambil perhatian dan tolong perhatikan supaya jangan merebak, jangan rasa ralat. Ambillah tindakan, panggil AADK. Kurunglah anak sekejap untuk rawat dia,” katanya.

Sanusi turut mengingatkan bahaya penyalahgunaan dadah moden termasuk bahan sintetik yang disalahgunakan melalui cecair v**e dan dijual secara dalam talian.

Beliau berkata, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak termasuk pembelian bahan mencurigakan melalui platform dalam talian bagi mengelakkan mereka terjebak dengan bahan terlarang.

“Benda-benda itu semua ada jual dalam talian. Perhatikan anak-anak kita, elak beli benda itu.

“Ada yang terjebak dengan cecair v**e, ais, syabu, semua ini dadah sintetik, dadah moden. Dadah sejenis penyakit ketagihan, akhirnya akan membunuh anak-anak kita, membunuh generasi masa depan negara,” katanya.

Sanusi berkata, masalah penyalahgunaan dadah perlu dibendung secara menyeluruh bermula dari rumah, kampung dan kariah sebelum diperluaskan kepada komuniti serta daerah.

“Sudahlah susah, makan dadah p**a. Mengaji tak pandai, harta tak ada, ilmu tak banyak, terjebak dengan dadah, habislah.

“Sementara masih ada peluang, marilah kita pakat bersungguh-sungguh, ambil perhatian untuk bendung gejala penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau menyeru seluruh masyarakat berganding bahu membina komuniti yang saling mengambil berat bagi memastikan generasi muda tidak terus menjadi mangsa penyalahgunaan dadah.

“Marilah kita berganding bahu membina negeri yang lebih sejahtera, masyarakat yang sentiasa mengambil berat, saling bantu-membantu,” katanya.

Pada 13 Jun, berdasarkan statistik AADK bagi 2025, Kedah merupakan antara empat negeri yang mencatat kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini dengan nisbah 965 penagih dan penyalah guna dadah bagi setiap 100,000 penduduk.

Tiga negeri bersempadan lain yang mencatat kadar tertinggi ialah Kelantan merekodkan 1,105 orang diikuti Terengganu (997) dan Perlis (970).

Secara keseluruhan, sebanyak 191,832 tangkapan melibatkan penagih dan penyalah guna dadah serta bahan terlarang direkodkan sepanjang tahun lepas.

Terbaharu, Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan, Terengganu merekodkan kadar nisbah penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia, iaitu 735 orang bagi setiap 100,000 penduduk dalam tempoh suku kedua tahun 2026.



Address

Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Pekan Baru Keda, S*k Darul Aman
S*k
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044690402

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Sik Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share