14/08/2026
MESYUARAT PENYELARASAN KUMPULAN KERJA 5 (KK5) PELAN INDUK CERUN NEGARA (PICN) 2025–2030 BIL. 1/2026
📅 14 Ogos 2026
📍Bilik Mesyuarat Perdana, CREaTE
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kumpulan Kerja 5 (KK5) Pelan Induk Cerun Negara (PICN) Bil. 1/2026 pada 14 Ogos 2026.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan CREaTE, YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, dan turut dihadiri oleh wakil daripada agensi Kerajaan serta institusi pengajian tinggi, antaranya JKR, NADMA, CIDB, JMG, MET, Universiti Malaya (UM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan strategi, pelan tindakan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dilaksanakan oleh KK5, di samping memperincikan hala tuju pelaksanaan pelan tindakan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada bidang kajian dan penyelidikan berkaitan pengurusan cerun, sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan PICN 2025–2030 serta menyokong pengurusan cerun yang lebih berkesan, sistematik dan berdaya tahan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )