Perpustakaan Cawangan Simpang Empat Perlis

Perpustakaan Cawangan Simpang Empat Perlis Providing reading materials for the purpose of the loan Reference and Research .Designing Programs / Activities Towards Add Network Library Services

Providing reading materials -material For Loan Interest Reference and Research By People In Perlis . Designing Programs / Activities Towards Add Network Library Services To All Perlis. Organize and Promote Reading in Public in Perlis . Provide Advisory Services to the Party - The Need of Guidance / Training in the Field of Library Science .

🌷 SELAMAT HARI GURU 2026 🌷“Guru Bitara Nadi Negara”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh wa...
16/05/2026

🌷 SELAMAT HARI GURU 2026 🌷

“Guru Bitara Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.

Terima kasih cikgu kerana tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, membimbing serta menjadi inspirasi buat generasi masa kini dan masa depan. Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai. ✨

Ikhlas daripada
Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Perlis

PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGAAnda mempunyai ruang bacaan di rumah? Berminat untuk membangunkan sebuah ruang bacaan ...
13/05/2026

PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA

Anda mempunyai ruang bacaan di rumah?
Berminat untuk membangunkan sebuah ruang bacaan keluarga?

Anda adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Menariknya tahun ini, tiga (3 ) kategori dipertandingkan iaitu Kategori Rumah Kampung, Kategori Rumah Bertanah dan Kategori Kediaman Bertingkat .

Jangan risau, bengkel disediakan untuk peserta dan hadiah menarik menanti pemenang. Pemenang setiap kategori akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan.

Klik di https://forms.gle/zChaKkirrm42BybJA atau imbas kod QR di poster untuk penyertaan serta syarat-syarat pertandingan.

Maklumat lanjut :
Pn. Haizatul Afni Bakhtiar (04-9764436)
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis.





Program Jom Baca Untuk 10 Minit Bersama Tabika KEMAS NKRA Padang Benta, Tabika KEMAS Bangunan Khas RPA Simpang Empat, Ta...
23/04/2026

Program Jom Baca Untuk 10 Minit Bersama Tabika KEMAS NKRA Padang Benta, Tabika KEMAS Bangunan Khas RPA Simpang Empat, Tabika KEMAS Bangunan Khas PKM Simpang Empat & Tabika KEMAS Jawi 100. Aktiviti yang diadakan ialah membaca, bercerita Kisah Taman Bunga Ibu, mewarna serta membuat Kad Pop Up Kitaran Hidup Rama - rama.

Terima kasih kepada cikgu, pembantu serta murid dari Tabika KEMAS atas kerjasama untuk menjayakan Program Jom Baca ini. Semoga usaha yang kecil ini memberi impak yang besar suatu hari nanti.

" Membaca Menggembirakan , Membaca Membina Bangsa ".







17/04/2026

Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Utara mulai 23 hingga 26 April 2026 (Khamis hingga Ahad) bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Pelbagai aktiviti menarik antaranya Pesta Buku Perak, E- Sport, Pertandingan Kad Monsta Galaxy Card BoBoiBoy 2026, FoodUnites, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Kementerian Perpaduan Negara.

Moh kiter oghang Peghak, kiter jumpe kat Stadium Indera Mulia!

Masuk Percuma!!!!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia
Tourism Perak





17/04/2026

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia akan melancarkan Kempen Jom Baca 10 Minit pada 23 April 2026 sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Bagi tahun ini, kempen ini mengangkat tema “Membaca Membina Bangsa”, selari dengan aspirasi kerajaan dalam usaha memperkukuh pembinaan negara bangsa melalui pembudayaan ilmu dan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.




📚 KEMPEN JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 📚Ayuh kita sama-sama menyokong budaya membaca melalui program:✨ Jom Baca Bersama untu...
17/04/2026

📚 KEMPEN JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 📚

Ayuh kita sama-sama menyokong budaya membaca melalui program:
✨ Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ✨
📅 Tarikh: 23 April 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi – 11.10 pagi
📍 Dilaksanakan secara serentak di seluruh negara

💡 Tema:
“Membaca Menggembirakan! Membaca Membina Bangsa”

📖 Luangkan hanya 10 minit untuk membaca – tak kira buku, majalah atau bahan digital. Dari minat membaca, lahir masyarakat berilmu dan negara yang lebih maju 🌟

👉 Jom ajak keluarga, rakan sekerja dan komuniti untuk turut serta!
👉 10 minit je… tapi impaknya besar!




📢 NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATANPerpustakaan Cawangan Simpang Empat, PerlisDimaklumkan bahawa sempena sambutan Hari Raya A...
19/03/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN
Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Perlis

Dimaklumkan bahawa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026, perpustakaan akan ditutup mulai 20 Mac 2026 hingga 23 Mac 2026.

📚 Perkhidmatan akan beroperasi semula pada 24 Mac 2026.
Segala kesulitan amat dikesali.

Pihak perpustakaan mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.

MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI UMUM HARI RAYA AIDIL FITRI Dimaklumkan, perkhidmatan perpustakaan ...
18/03/2026

MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI UMUM HARI RAYA AIDIL FITRI

Dimaklumkan, perkhidmatan perpustakaan ditutup pada 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 23 Mac 2026 (Isnin). Perkhidmatan akan dibuka semula pada 24 Mac 2026 (Selasa) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Perkhidmatan perpustakaan akan beroperasi seperti biasa mulai 30 Mac 2026 (Isnin) dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang.

Mohon maaf atas kesulitan.

Program World   2026Alhamdulilah selesai sudah Program World   bersama Komuniti Wanita Simpang Empat  yang bertempat di ...
11/03/2026

Program World 2026

Alhamdulilah selesai sudah Program World bersama Komuniti Wanita Simpang Empat yang bertempat di Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Perlis.

Semoga program ini memberi inspirasi dan manfaat kepada kita semua dalam membentuk peribadi yang lebih baik berlandaskan Al-Quran.

Semoga amalan membaca dan mentadabbur Al-Quran ini terus menjadi budaya dalam kehidupan seharian kita. 🤲📖

Terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program World pada hari ini.
-Bacaan surah Al-Muzzammil
- Kempen Daftar Ahli







📢 NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATANDimaklumkan bahawa Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Perlis akan ditutup pada 7 Mac 202...
06/03/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN
Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Perlis akan ditutup pada 7 Mac 2026 (Sabtu) sempena Cuti Nuzul Al-Quran.

📚 Perkhidmatan perpustakaan akan beroperasi semula pada 9 Mac 2026 (Isnin).

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.
Terima kasih.





Address

Jalan Kangar Alor Setar
Simpang Empat
02700

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:45
Tuesday 09:00 - 16:45
Wednesday 09:00 - 16:45
Thursday 09:00 - 16:45
Friday 09:00 - 12:00
Saturday 09:00 - 12:45

Telephone

+6049807752

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Cawangan Simpang Empat Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share