Angkatan Muda Keadilan Simpang Renggam

Angkatan Muda Keadilan Simpang Renggam Halaman ini adalah perkongsian berkenaan aktiviti dan penulisan dari Angkatan Muda Keadilan Simpang Renggam. Terima kasih.

Segala bentuk perkongsian adalah berkenaan khidmat masyarakat, politik dan isu-isu semasa.

KENYATAAN MEDIAANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) CABANG SIMPANG RENGGAMAngkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Simpang Rengg am t...
08/03/2026

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) CABANG SIMPANG RENGGAM

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Simpang Rengg am telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang (MATAMKC) pada 7 Mac 2026.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Jalex Lee En Xiang, selaku EXCO AMK Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan memperkukuhkan jentera anak muda di peringkat cabang serta terus mendekati golongan belia bagi memperjuangkan agenda reformasi dan kestabilan politik negara.

Pihak AMK Simpang Renggam juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anak-anak muda dari Ranting Jalan Damai serta semua AJK AMK Cabang yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini.

Selepas mesyuarat tersebut, turut diadakan majlis berbuka puasa bersama kepimpinan dan ahli cabang, yang menjadi platform mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan anggota parti.

AMK Simpang Renggam komited untuk terus memperkasa peranan anak muda serta memperkukuhkan gerak kerja organisasi dalam menghadapi cabaran politik semasa.

“Anak muda adalah kekuatan masa depan parti dan negara.”

Navinraj Krishnan
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Cabang Simpang Renggam

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK CABANG SIMPANG RENGGAM 2026Semua Jawatankuasa dan anggota Angkatan Muda KEADILAN (A...
05/03/2026

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK CABANG SIMPANG RENGGAM 2026

Semua Jawatankuasa dan anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Simpang Renggam dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang (MATAMKC) 2026 seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)
🕒 Masa: 3:30 Petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat KEADILAN Simpang Renggam, Taman Sinar.

Kehadiran semua amat dialu-alukan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat.
Terima kasih. 👍

🧧 Happy Chinese New Year 2026 🧧Gong Xi Fa Cai!Sempena Tahun Baru Cina 2026, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tah...
16/02/2026

🧧 Happy Chinese New Year 2026 🧧
Gong Xi Fa Cai!

Sempena Tahun Baru Cina 2026, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua khususnya dan rakyat Malaysia
Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik, kemakmuran berpanjangan serta kejayaan dalam setiap usaha yang diceburi.

Marilah kita terus memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati demi masa depan negara yang lebih cemerlang.
Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! 🏮✨


Anwar Ibrahim

Merujuk kepada satu hantaran yang saya temui di media sosial berhubung keadaan Encik Norazmi yang mengalami strok dan me...
20/01/2026

Merujuk kepada satu hantaran yang saya temui di media sosial berhubung keadaan Encik Norazmi yang mengalami strok dan memerlukan kerusi roda, saya telah mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak keluarga bagi menyampaikan bantuan.
Sebuah kerusi roda telah disediakan serta sedikit sumbangan kebajikan telah disampaikan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Encik Norazmi.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor saudara Faezuddin puad atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan bagi menjayakan usaha kebajikan ini.

Turut bersama dalam ziarah dan penyerahan sumbangan ini ialah Puan Nurul hudawati Watie Muhamad Nor Ketua Biro Wanita Pertubuhan Kebajikan dan Kesihatan Anak Malaysia.

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu keperluan harian Encik Norazmi dan keluarganya. Semoga beliau diberikan kesembuhan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Navinraj Krishnan
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Simpang Renggam
Penolong Bendahari Amk N.Johor

Anwar Ibrahim
Faezuddin Puad
Kamil Munim
AMK Malaysia
Angkatan Muda Keadilan Johor
Yuneswaran Ramaraj
Parti Keadilan Rakyat
Suara Keadilan

இனிய பொங்கல் நல்வாழ்த்துகள் 🌾☀️தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும் இந்தப் பொங்கல் திருநாள் அனைவருக்கும் புதிய நம்பிக்கையும் நல்ல ...
14/01/2026

இனிய பொங்கல் நல்வாழ்த்துகள் 🌾☀️
தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்
இந்தப் பொங்கல் திருநாள் அனைவருக்கும் புதிய நம்பிக்கையும் நல்ல தொடக்கமும் அளிக்கட்டும்.
இயற்கைக்கும், விவசாயிகளின் உழைப்புக்கும் நன்றி கூறும் இந்த நாளில்,
உங்கள் வாழ்க்கையில் ஆரோக்கியம், வளம், மகிழ்ச்சி மற்றும் அமைதி நிறைந்திட வாழ்த்துகிறேன்.
இனிய பொங்கல்!
பொங்கலோ பொங்கல்! ✨

Merry Christmas 🎄✨Grateful for love, family, and togetherness this season. Stay blessed everyone.
24/12/2025

Merry Christmas 🎄✨
Grateful for love, family, and togetherness this season. Stay blessed everyone.


📢 KENYATAAN MEDIA AMK SIMPANG RENGGAMAMK Simpang Renggam Mengecam Komen Biadab Terhadap Menteri PendidikanAngkatan Muda ...
12/10/2025

📢 KENYATAAN MEDIA AMK SIMPANG RENGGAM

AMK Simpang Renggam Mengecam Komen Biadab Terhadap Menteri Pendidikan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Simpang Renggam mengecam sekeras-kerasnya komen tidak bermoral yang menghina dan berunsur lucah terhadap YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek, seperti yang tular di media sosial.

Komen sebegitu bukan sahaja menjatuhkan maruah seorang wanita dan pemimpin negara, malah mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab serta budaya politik toksik yang tidak boleh diterima sama sekali.

AMK Simpang Renggam menggesa pihak berkuasa — khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) — untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit tanpa kompromi.

Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar menggunakan media sosial secara beretika dan menghormati pemimpin tanpa mengira fahaman politik.

“Budaya hormat mesti ditegakkan, bukan diperlekehkan.”

Navinraj Krishnan
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Simpang Renggam

Anwar Ibrahim
Fadhlina Sidek
Faezuddin Puad
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Address

Simpang Rengam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Simpang Renggam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share