13/08/2026
PROGRAM GERAK MESRA ZON 24
Gotong-Royong Pengindahan Taman Permainan T6
Program Gerak Mesra Zon 24 telah berlangsung dengan jayanya menerusi aktiviti gotong-royong pengindahan di sekitar Taman Permainan T6 dan perkarangan Stadium Taman Sri Lambak.
Antara kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk mencantas pokok liar, mencuci longkang dan kawasan permainan, mengecat road curb serta bahu jalan, mengecat pondok riadah dan tangga, serta kerja-kerja pemotongan rumput bagi memastikan kawasan sentiasa bersih, kemas dan terjaga.
Program ini turut dihadiri oleh En. Mohd Izzul Helmi bin Ahmad, Yang Dipertua MDSR, En. Mohamed Azahari bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR, Ahli-Ahli Majlis Zon 24, En. Saruddin bin Nasir, ketua-ketua jabatan/unit MDSR, kakitangan MDSR penduduk-penduduk Taman Sri Lambak serta agensi-agensi yang terlibat.
Usaha sebegini bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah dapat mewujudkan kawasan yang lebih bersih, cantik, selesa dan selamat untuk digunakan oleh komuniti setempat. Turut diadakan perlawanan persahabatan Tarik Tali antara kakitangan MDSR .
Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan Program Gerak Mesra Zon 24.