16/03/2022
Kuarters Batalion 5 PGA, Simpang Renggam dan kuarters Kakitangan penjara Simpang Renggam
Saya telah bawakan isu penyelenggaraan kuarters oegawai dan anggota PGA dan penjara di Simpang Renggam kepada Kementerian Dalam Negeri di dalam sesi parlimen kali ini.
Berikut adalah jawapan bertulis dari Menteri Dalam Negeri. Seperti biasa, peruntukan sememangnya ada dan penyelenggaraan telah dijadualkan. Persoalannya ialah perlaksanaan dan pemantauan.
Sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam, di mana kedua-dua premis terletak dalam kawasan parlimen saya, saya akan pastikan segala perencanaan dan penyelenggaraan akan berjalan mengikuti jadual. Saya akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa.
Kesejahteraan wira-wira beruniform kita perlu diberikan keutamaan dan perhatian.