08/10/2025
PASUKAN COMBAT TRAIL BN5 PGA TEMPAT KETIGA UJIAN KETAHANAN FIZIKAL COMBAT TRAIL JABATAN KDNKA TAHUN 2025
Kuantan, 8 Oktober 2025 (Rabu) – Gemuruh sorakan bergema di langit Kem Bukit Galing, Briged Tenggara pagi ini apabila Team Panther 5 berjaya menamatkan Ujian Ketahanan Fizikal Combat Trail Jabatan KDNKA 2025 di tempat ketiga, dengan catatan masa 3 jam 47 saat menjadikan mereka satu-satunya pasukan dari Batalion PGA yang berjaya menempatkan diri di podium.
Kejohanan yang berlangung selama 3 hari dan menghimpunkan sebanyak 21 pasukan bertanding terdiri dari pelbagai elemen JKDNKA, IPK Pahang, Briged dan Batalion PGA ini telah menyaksikan Pasukan dari 69 Komando muncul juara dengan masa terpantas 2 jam 18 minit 30 saat meninggalkan pasukan dari Unit Tindak Khas (UTK) dengan masa 2 jam 26 minit 32 saat.
Ujian Ketahanan Fizikal Combat Trail Jabatan KDNKA yang julung kali diadakan ini adalah direka mengikut simulasi sebenar pertempuran dengan setiap peserta dikendaki berpakaian lengkap bersama bullet prof, ballistic helmet dan bebanan pack 9kg (set TR 2000) sebagai pilot test bagi menguji penggunaan Combat Attire apabila digunakan dalam penugasan operasi
Selain dari menguji kekuatan fizikal, mental serta disiplin taktikal, objektif kejohanan ini adalah bagi memupuk kerjasama berpasukan dalam menyelesaikan cabaran yang terbahagi pada 3 peringkat iaitu agility shooting (tembak plate), physical and mental challenge (mengangkat balak, mengolek tayar, larian bukit, rentas halangan, usungan kayak, usungan orang, berkayak, berenang) dan juga teamwork coordination (buka pasang modular tent).
Pasukan Combat Trail BN5 PGA yang disertai oleh seramai 35 anggota dan Pegawai Kanan termasuk anggota teknikal ini diketuai oleh YDH ASP Aris Hambali Bin Mohamad Zainuddin sebagai pengurus pasukan dengan di bantu oleh Insp Khairool Asraff Bin Abdul Razak sebagai Ketua Jurulatih dan SM Rafi Bin Salah serta Sarjan Zainal Abidin Bin Ahmad sebagai ketua penolong jurulatih.
Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah kepada semua pasukan telah di sempurnakan oleh YDH CP Dato' Sri Azmi Bin Abu Kassim, Pengarah Jabatan KDNKA. Turut hadir YDH CP Dato' Sri Yahaya Bin Othman, Ketua Polis Pahang, YDH Dato' Mohamad Suzrin Bin Bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA(PGA) dan dif-dif kehormat yang lain.
Disediakan Oleh:
Kpl Hairol
Jurufoto:
Teknikal Team CT