28/08/2026
Setelah dua hari kita melihat sisi perit Baginda, hari ini kita melihat p**a satu sisi cerah dalam diri Rasulullah SAW.
Baginda seorang yang murah dengan senyuman. Dalam satu hadis, Abdullah bin al Harith RA berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
Sepanjang perjalanan kerasulan, Baginda berdepan dengan pelbagai ujian yang berat. Namun semua itu tidak menghilangkan sifat ramah dan mesra Baginda.
Ketinggian iman tidak menjadikan Baginda seorang yang sentiasa serius dan tegang. Bahkan kehadiran Baginda sangat disenangi oleh orang di sekelilingnya.
Let’s be like Rasulullah SAW.