05/06/2026
KURSUS SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN PASTI (S3P) SIRI 1 & SIRI 2 INSTITUT LATIHAN PASTI MALAYSIA (ILPM) NEGERI JOHOR
Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Sijil Profesional Pengurusan PASTI (S3P) Siri 1 & Siri 2 Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) Negeri Johor bertempat di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor pada 23-24 Mei 2026.
Program ini melibatkan pengurusan peringkat PASTI Kawasan seluruh Negeri Johor. Tujuan pelaksanaan kursus ini adalah untuk memperkasakan sistem pengurusan PASTI agar lebih tersusun, profesional dan efisien selaras dengan perkembangan semasa pendidikan awal kanak-kanak.
Selain itu, program ini turut menjadi medium perkongsian ilmu, penambahbaikan pentadbiran serta pengukuhan kemahiran pengurusan dalam aspek organisasi, kewangan dan pengoperasian PASTI di setiap kawasan.
Semoga segala ilmu dan input yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi memartabatkan institusi PASTI di Negeri Johor.