Penerangan P151

Penerangan P151 Laman ini dikendalikan oleh Penerangan Umno Simpang Renggam

Simpang Renggam ialah sebuah kawasan persekutuan di Johor, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat dengan kod P151. Kawasan Parlimen ini mula dipertandingkan pada 2004, dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia mengikut sistem undian terbanyak.

16/04/2026
16/02/2026
16/02/2026
16/02/2026
16/02/2026

Rasa ramai yang pernah kena 'cucuk' dengan kenderaan awam guna 'strobe light' ni kan?

Persoalannya, adakah kita perlu bagi laluan?
Jawapan umum TAK WAJIB beri laluan selain.

Polis, Ambulans, Bomba & Penyelamat, JPJ / APM / ATM (dalam tugas rasmi tertentu)

16/02/2026
19/01/2026

SULTAN IBRAHIM SIFATKAN PERASUAH SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan kes rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke peringkat tertinggi.

Seri Paduka Baginda, bertitah segala perancangan yang dilaksanakan tidak akan sempurna jika amalan rasuah masih berleluasa.

“Agaknya selepas ini saya patut lantik Sarjan sahaja menjadi PAT (Panglima Angkatan Tentera). Saya pernah sebut dahulu, yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah, dan nampaknya saya telah berjaya jumpa.

“Ini hanyalah ‘sekelumit daripada segunung’ atau ‘the tip of the iceberg’. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya, serta termasuk juga yang berada di dalam dewan ini, yang akan terus diburu sampai jumpa,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada hari ini (19 Januari).

Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran dan rakyat perlu menjadi mata dan telinga dengan melaporkan sebarang salah laku.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah bahawa bukan sahaja penerima rasuah wajar disiasat, malah pemberi rasuah serta ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan tegas.

Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan dengan pantas, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan, selain kerajaan disaran menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

Sultan Ibrahim bertitah, mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam bahawa jawatan yang disandang merupakan amanah rakyat dan negara.

“Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah adalah dianggap sebagai pengkhianat negara’,” titah Seri Paduka Baginda.



19/01/2026

MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SDEA, SMRA, SMA 2025
TARIKH : 22 JANUARI 2026
JAM : 9.00 AM

Salam Maju Johor,BANCIAN 2.0 PESAKIT DIALISIS DAN KANSER NEGERI JOHOR 2026Dimaklumkan kepada seluruh Bangsa Johor, penda...
13/01/2026

Salam Maju Johor,
BANCIAN 2.0 PESAKIT DIALISIS DAN KANSER NEGERI JOHOR 2026

Dimaklumkan kepada seluruh Bangsa Johor, pendaftaran ini dibuka bagi tujuan bancian data pesakit dialisis di Negeri Johor di bawah Portfolio YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Pendaftaran ini penting bagi memastikan pesakit dialisis di negeri Johor tidak tercicir daripada pelbagai inisiatif, bantuan dan program sokongan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor demi kebajikan rakyat.

Kriteria Pesakit:
Pesakit yang sedang menjalani rawatan hemodialisis di hospital atau pusat hemodialisis kerajaan dan swasta.

Tarikh Akhir Pendaftaran: 7 Februari 2026

Permohonan di sini: https://forms.gle/LVhEy3eB6pQV3KBaA

📧 Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urusetia melalui emel:
[email protected]

Address

21, Jalan Sri Indah, Taman Sri Indah
Simpang Renggam
86200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan P151 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share