Perikatan Nasional Bukit Gantang

Perikatan Nasional Bukit Gantang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perikatan Nasional Bukit Gantang, Political organisation, Pusat Khidmat PN Bukit Gantang, Simpang.

Saya mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Padang Serai dan Tioman yang telah memilih Perikatan Nasional.Syuk...
08/12/2022

Saya mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Padang Serai dan Tioman yang telah memilih Perikatan Nasional.

Syukur ke hadrat Allah SWT, kemenangan besar PN di Padang Serai dan kekalahan tipis di Tioman merupakan petanda positif sokongan padu rakyat kepada PN. Kedua-kedua kerusi ini masing-masing dimenangi oleh PH dan BN dalam PRU 14.

Keputusan kedua-dua PRK ini menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan BN dan PH. Majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam PRU 14.

Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara. Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU 15, ramai penyokong kedua-kedua parti ini telah beralih arah menyokong PN.

Bagi saya, penipuan PH dan BN dalam PRU 15 adalah "the biggest electoral fraud ever" dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai. Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya PN di Padang Serai dan Tioman atas komitmen dan kerja keras anda semua sepanjang tempoh berkempen.

KENYATAAN MEDIAPerdana Menteri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kem...
03/12/2022

KENYATAAN MEDIA

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya apabila melantik kleptokrat menganggotai kabinet.

Ini adalah barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.

Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

Beliau sendiri sebagai Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, satu amalan yang membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewangan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1MDB sebelum ini.

Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.

Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi.
Selain itu, Ahli Parlimen yang dikenali dengan sikap cauvinis melampau dilantik menerajui kementerian tertentu yang bakal mengundang kontroversi. Boleh dijangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan.

His reform agenda rings hollow when he could not even stand up in defence of his own party's struggle to fight against corruption and promote good governance. His worth as a true leader worthy of respect and dignity is now highly questionable.
Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai kabinet. Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tonggak kepimpinan negara.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
Perikatan Nasional

Datang beramai-ramai.
24/10/2022

Datang beramai-ramai.

Address

Pusat Khidmat PN Bukit Gantang
Simpang
34800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perikatan Nasional Bukit Gantang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share