Haji Rahim Ismail

Haji Rahim Ismail YB. HAJI RAHIM ISMAIL
AHLI DEWAN NEGERI CHANGKAT JERING
PUSAT KHIDMAT ADUN CHANGKAT JERING

𝟎𝟐 π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”πŸπŸŽ:𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐒Saya berkesempatan menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (M...
04/09/2026

𝟎𝟐 π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”
𝟏𝟎:𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐒

Saya berkesempatan menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor.

Menjunjung kasih, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan telah berkenan berangkat ke MAHA 2026 serta melawat Pavilion Negeri Perak.

Keberangkatan baginda berdua mencerminkan sokongan berterusan terhadap pembangunan sektor pertanian, hortikultur dan agro pelancongan yang menjadi antara pemacu penting ekonomi negeri dan negara.

Daulat Tuanku.

𝟎𝟏 π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ–:πŸ‘πŸŽ 𝐦𝐚π₯𝐚𝐦Saya berkesempatan menghadiri Sesi Libat Urus (Pre-Council) berkaitan Rang Undang-Undang Pent...
04/09/2026

𝟎𝟏 π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”
πŸ–:πŸ‘πŸŽ 𝐦𝐚π₯𝐚𝐦

Saya berkesempatan menghadiri Sesi Libat Urus (Pre-Council) berkaitan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2026 yang berlangsung di Le MΓ©ridien, Putrajaya.

Sesi ini memberi ruang kepada para wakil rakyat dan pihak berkepentingan untuk meneliti serta membincangkan cadangan pindaan yang dikemukakan bagi memperkukuhkan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Perak agar terus relevan dengan keperluan semasa.

https://www.facebook.com/share/p/1BqWWHUzpB/Aduan berkaitan longkang rebak di Jalan Utama, Simpang telah selesai dilaksa...
04/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/1BqWWHUzpB/

Aduan berkaitan longkang rebak di Jalan Utama, Simpang telah selesai dilaksanakan hasil tindakan pihak berkaitan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Jurutera Daerah (JD), JKR Daerah Larut Matang dan Selama serta semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas dalam menangani masalah ini demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta penduduk setempat.

Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan dalam memastikan setiap isu yang dibangkitkan oleh rakyat mendapat perhatian dan penyelesaian yang sewajarnya.

Jom Check! Bila kali terakhir kita check Kesihatan kita?Jika anda berumur 40 tahun ke atas dan penerima Sumbangan Tunai ...
04/09/2026

Jom Check! Bila kali terakhir kita check Kesihatan kita?

Jika anda berumur 40 tahun ke atas dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Anda adalah orang yang terpilih, kerana anda layak untuk mendapatkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40).
Jom kita ke Malaysia, Jom Check! x PeKa B40 untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan kita dan kenali manfaat yang ada dibawah skim PeKa B40 ini!

Tarikh: 5 & 6 Sept. 2026
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai, Taman Sungai Mas, Taiping

Jangan tunggu lagi, jom sama kita dapatkan peluang ini! ajak mak, ayah, pasangan, keluarga, jiran semua ke Malaysia, Jom Check! x PeKa B40 Lebih PeKa, Lebih Cakna !

πŸ‘πŸ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ“:πŸ‘πŸŽ 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠Menziarahi Saudara Zulfiqar yang sedang menerima rawatan di Hospital Taiping selepas terlibat dal...
01/09/2026

πŸ‘πŸ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”
πŸ“:πŸ‘πŸŽ 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠

Menziarahi Saudara Zulfiqar yang sedang menerima rawatan di Hospital Taiping selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan beliau mengalami patah kaki.

Saya mendoakan agar Saudara Zulfiqar diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan ketabahan dan kekuatan sepanjang proses pemulihan.

Semoga Allah SWT mengangkat kesakitan yang dialami dan menggantikannya dengan kesihatan yang lebih baik.

Seawal jam 7.30 pagi, saya bersama isteri telah berada di Dewan Bandaran Ipoh bagi menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan P...
01/09/2026

Seawal jam 7.30 pagi, saya bersama isteri telah berada di Dewan Bandaran Ipoh bagi menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung pada 31 Ogos 2026.

Hari yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia apabila kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan mengenang jasa para pejuang yang telah berkorban demi kemerdekaan negara tercinta.

Melihat pelbagai lapisan masyarakat hadir bersama, dari kanak-kanak hingga warga emas, membuktikan bahawa semangat cintakan negara masih utuh dalam jiwa rakyat.

πŸ‘πŸŽ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸπŸ:𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐑𝐚𝐫𝐒Musim cuti sekolah ni memang meriah dengan undangan kenduri. Alhamdulillah berkesempatan meme...
01/09/2026

πŸ‘πŸŽ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”
𝟏𝟐:𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐑𝐚𝐫𝐒

Musim cuti sekolah ni memang meriah dengan undangan kenduri. Alhamdulillah berkesempatan memenuhi beberapa jemputan kenduri kahwin dan majlis kesyukuran sekitar kawasan Changkat Jering serta luar kawasan.

Antara lokasi yang sempat saya singgah ialah di Kg. Jelapang, Changkat Jering, Dewan MPT Changkat Jering, Teratak Mek Wah Batu 9, Kg. Berchat, seterusnya memenuhi jemputan YB Azizi di Arena Pekan Senayan, Padang Rengas dan juga di Parit Jawa, Bagan Serai.

Terima kasih kepada semua tuan rumah atas jemputan dan layanan yang begitu baik. Semoga setiap majlis yang diadakan diberkati Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta terus mengeratkan hubungan sesama keluarga dan masyarakat.

πŸ‘πŸŽ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ–:πŸ‘πŸŽ 𝐩𝐚𝐠𝐒Saya menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H di Masjid Al-Khairiah, Kampung Larut Tin, bers...
01/09/2026

πŸ‘πŸŽ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”
πŸ–:πŸ‘πŸŽ 𝐩𝐚𝐠𝐒

Saya menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H di Masjid Al-Khairiah, Kampung Larut Tin, bersama-sama penduduk setempat yang hadir memeriahkan majlis penuh keberkatan ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap.

Terima kasih kepada pihak penganjur, jawatankuasa masjid dan seluruh jemaah yang hadir menjayakan majlis ini.

Tengahari tadi, berkesempatan hadir empat majlis kenduri di sekitar Changkat Jering : - Pekan Bukit Gantang- Kampung Ulu...
29/08/2026

Tengahari tadi, berkesempatan hadir empat majlis kenduri di sekitar Changkat Jering :

- Pekan Bukit Gantang
- Kampung Ulu Cheh
- Taman Desa Cemerlang
- Dewan MPT Changkat Jering

Terima kasih kepada tuan rumah dan keluarga yang sudi menerima kunjungan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis yang berlangsung membawa keberkatan buat semua.

Selesai program pagi tadi, saya terus ke Masjid Kampung Pauh untuk bersama-sama masyarakat dalam Sambutan Maulidur Rasul...
29/08/2026

Selesai program pagi tadi, saya terus ke Masjid Kampung Pauh untuk bersama-sama masyarakat dalam Sambutan Maulidur Rasul.

Dalam kesibukan masing-masing, kesempatan berkumpul di masjid begini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebuah kampung bukan hanya pada kemudahan yang ada, tetapi pada hubungan dan kepedulian antara satu sama lain.

Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa masjid dan penduduk Kampung Pauh atas sambutan serta layanan yang cukup baik.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ο·Ί

Address

No 6 Lorong Medang Taman Simpang
Simpang
34700

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+6058493727

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haji Rahim Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Haji Rahim Ismail:

Shortcuts

Share