07/09/2026
π’ MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM
Dimaklumkan bahawa Simunjan Boiler Run 2026 dan Simunjan Weight Loss Challenge 2026 mengalami perubahan jadual berikutan keadaan jerebu.
π SIMUNJAN BOILER RUN 2026
Program ditangguhkan sepenuhnya ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian demi keselamatan dan kesihatan semua peserta.
βοΈ SIMUNJAN WEIGHT LOSS CHALLENGE 2026
HANYA TARIKH PENIMBANGAN AKHIR DITANGGUHKAN ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.
Program dan aktiviti Weight Loss Challenge yang lain kekal seperti biasa, tertakluk kepada keadaan semasa.
Keputusan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan semua peserta, urus setia serta komuniti.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran semua peserta.
π Tarikh baharu akan diumumkan melalui saluran rasmi MDS dan SDCE.
Kesihatan anda keutamaan kami.