Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan

Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan Assallammualaikum...Salam Sejahtera...Salam menjulang Pendidikan Sarawak

14/07/2026
14/07/2026
ISNIN | 13 JULAI | SK TUBALAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT SEBUT HARGA TELAH DILAKSANAKANPejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simun...
14/07/2026

ISNIN | 13 JULAI | SK TUBA

LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT SEBUT HARGA TELAH DILAKSANAKAN

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan telah selesai melaksanakan sesi Lawatan Tapak, Pendaftaran Kontraktor dan Taklimat Sebut Harga bagi projek berikut:

PPDSN/S/Q/2026
Kerja-Kerja Penyelenggaraan Blok Asrama Berkaitan di SK Tuba, Simunjan.

Sesi ini telah berlangsung dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan dan disertai oleh kontraktor yang memenuhi syarat kelayakan. Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berhubung skop kerja, syarat penyertaan, tatacara penyediaan dokumen sebut harga serta memastikan semua kontraktor memperoleh maklumat yang jelas dan seragam sebelum mengemukakan tawaran.

PPD Simunjan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kontraktor yang hadir serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan urusan sebut harga ini berjalan dengan teratur, telus dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Semoga proses perolehan ini berjalan lancar dan seterusnya membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan blok asrama di SK Tuba dapat dilaksanakan dengan berkesan demi menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada warga Tuba









Program intervensi berimpak tinggiSHARE-iT ProGuE10 Julai 2026Kolaboratif JatinganSMK Sri Sadong & SMK Simunjan No.1Prog...
10/07/2026

Program intervensi berimpak tinggi
SHARE-iT ProGuE
10 Julai 2026
Kolaboratif Jatingan
SMK Sri Sadong & SMK Simunjan No.1

Program Guru Elit Pendidikan Islam PPD Simunjan (ProGuE) dibawah seliaan UPI, SPb PPD Simunjan telah selesai membantu Panitia Pendidikan Islam SMK Sri Sadong dan SMK Simunjan No 1 melalui inisiatif Program SHARE-iT ProGuE. Semoga dengan disiplin ilmu yang diterapkan dapat meningkatkan peratus lulus serta penguncupan GPMP Pendidikan Islam dengan jayanya.

Unit Pendidikan Islam
Sektor Pembelajaran
PPD Simunjan

MESYUARAT POST MORTEM KEJOHANAN OLAHRAGA MSS BAHAGIAN SAMARAHAN KALI KE-22 TAHUN 2026 & MESYUARAT PEMBENTUKAN PASUKAN DA...
09/07/2026

MESYUARAT POST MORTEM KEJOHANAN OLAHRAGA MSS BAHAGIAN SAMARAHAN KALI KE-22 TAHUN 2026 & MESYUARAT PEMBENTUKAN PASUKAN DAN PENGURUSAN KONTINJEN OLAHRAGA MSS BAHAGIAN SAMARAHAN KE MSS SARAWAK 2026

πŸ“… 8 Julai 2026 (Rabu)
πŸ“ Dewan Pembangunan Sebuyau, Sebuyau

Telah berlangsung Mesyuarat Post Mortem Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Samarahan Kali Ke-22 Tahun 2026 serta Mesyuarat Pembentukan Pasukan dan Pengurusan Kontinjen Olahraga MSS Bahagian Samarahan ke Kejohanan Olahraga MSS Sarawak Tahun 2026.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi penghargaan kepada semua sekolah, guru, jurulatih dan jawatankuasa yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Samarahan Kali Ke-22 yang berlangsung pada 29 Jun hingga 2 Julai 2026. Seterusnya, sesi post mortem diadakan bagi menilai pelaksanaan kejohanan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi penganjuran pada masa hadapan.

Mesyuarat turut membincangkan persediaan pembentukan pasukan dan pengurusan kontinjen Bahagian Samarahan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSS Sarawak) Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos 2026 di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Walaupun mesyuarat berdepan dengan gangguan bekalan elektrik buat seketika, perjalanan mesyuarat tetap diteruskan dengan penuh komitmen dan kerjasama daripada semua pihak sehingga berjaya disempurnakan dengan lancar.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang telah dicapai menjadi pemangkin kepada kejayaan kontinjen MSS Bahagian Samarahan di peringkat negeri.








PEMAKLUMAN SEGERA: ARAHAN TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI PINTU PAGAR SEKOLAH, KANTIN DAN PENGAWASAN AKTIVITI MURIDPej...
08/07/2026

PEMAKLUMAN SEGERA: ARAHAN TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI PINTU PAGAR SEKOLAH, KANTIN DAN PENGAWASAN AKTIVITI MURID

Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan sentiasa komited dalam memastikan institusi pendidikan di seluruh daerah berfungsi sebagai ruang pembelajaran yang selamat, kondusif, dan sejahtera. Mengambil kira keutamaan terhadap keselamatan dan kebajikan murid, pihak sekolah diarahkan untuk mengambil tindakan serta-merta bagi memperkukuh kawalan keselamatan di premis sekolah masing-masing.

Sehubungan dengan itu, semua pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dengan tegas dan berterusan:

πŸ“Œ 1. Kawalan Ketat di Pintu Pagar Sekolah
Pihak sekolah perlu memperketat akses masuk di pintu pagar utama. Pengawal keselamatan wajib merekodkan butiran setiap pelawat dan memastikan pintu pagar sentiasa ditutup pada waktu persekolahan berlangsung.

πŸ“Œ 2. Kehadiran Guru di Pintu Pagar Utama (Waktu Datang dan Pulang)
Guru bertugas mingguan wajib berada di pintu pagar sekolah semasa waktu murid datang (pagi/petang) dan waktu pulang. Langkah ini penting bagi mengawal pergerakan fizikal murid, mengelakkan kesesakan trafik, serta memastikan murid disambut dan dilepaskan dalam keadaan selamat di bawah pemantauan pihak sekolah.

πŸ“Œ 3. Pengawasan Rapi di Kawasan Kantin
Guru kantin juga diarahkan untuk membuat pemantauan rapi di kawasan kantin sepanjang waktu rehat murid. Pastikan tatacara keselamatan di kantin dipatuhi bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini seperti pergaduhan, buli, atau kemalangan fizikal. Murid dilarang berada di dalam kelas semasa rehat dan guru bertugas membuat rondaan sekitar kelas semasa rehat.

πŸ“Œ 4. Larangan Aktiviti Tanpa Pengawasan Guru
Murid dilarang sama sekali melaksanakan sebarang aktiviti sama ada di dalam bilik darjah, padang, makmal, bengkel, stor sukan, mahupun kawasan persekitaran sekolah tanpa kehadiran dan pengawasan langsung daripada guru. Setiap aktiviti kokurikulum, sukan, atau amali mestilah dipandu dan diselia sepenuhnya oleh guru bertanggungjawab.

Kegagalan mematuhi arahan pengawasan ini yang mendatangkan risiko keselamatan kepada murid boleh mendedahkan pihak sekolah kepada tindakan tatatertib di bawah peraturan penjawat awam yang sedang berkuat kuasa, serta implikasi perundangan sivil sekiranya berlaku pengabaian. Keselamatan murid adalah tanggungjawab kolektif yang menuntut keprihatinan dan tindakan proaktif menyeluruh daripada seluruh warga sekolah.

Address

Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan , Jalan Gunung Ngeli
Simunjan
94800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082803400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share