Hospital Simunjan

Hospital Simunjan Hospital Simunjan adalah hospital tanpa pakar di bawah Hospital Kluster Sarawak Selatan.

Hospital ini telah dibina pada 1993 dan kini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk beberapa rawatan kepakaran.

21/08/2026

๐ŸŒซ๏ธ ๐€๐–๐€๐’ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”! ๐ŸŒซ๏ธ

Keadaan berjerebu yang berterusan boleh menjejaskan kesihatan kita semua. Anda dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keadaan kualiti udara persekitaran.

Golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, pesakit kronik serta individu yang bekerja di luar (persekitaran terbuka) adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.

๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ ๐š-๐ฃ๐š๐ ๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ:

โœ… Kurangkan aktiviti di luar rumah.
โœ… Pakai pelitup muka (mask) jika perlu berada di luar.
โœ… Minum air kosong secukupnya.
โœ… Elakkan pembakaran terbuka

๐’๐„๐†๐„๐‘๐€ dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya anda berasa tidak sihat.
Pantau kesihatan diri dan ahli keluarga anda.

21/08/2026

Berikut merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat kesan buruk semasa jerebu

โžก๏ธ Warga emas
โžก๏ธ Kanak-kanak
โžก๏ธ Perokok
โžก๏ธ Mereka yang sentiasa bekerja di persekitaran terbuka
โžก๏ธ Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan

21/08/2026

๐ŸŒซ๏ธ ๐€๐–๐€๐’! ๐‰๐„๐‘๐„๐๐” ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐‚๐€๐Œ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ŸŒซ๏ธ

Keadaan jerebu tidak boleh dipandang remeh. Ia boleh membawa pelbagai masalah kesihatan terutamanya pada paru-paru dan saluran pernafasan kita.

Jom amalkan langkah yang dikongsikan ini untuk kekal sihat semasa jerebu:
1๏ธโƒฃ ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข ๐‹๐ฎ๐š๐ซ
2๏ธโƒฃ ๐†๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐Œ๐ฎ๐ค๐š
3๏ธโƒฃ ๐€๐ฆ๐š๐ฅ ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข
4๏ธโƒฃ ๐Œ๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ ๐€๐ข๐ซ ๐Š๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐  ๐’๐ž๐œ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ๐ง๐ฒ๐š

Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran jika anda berasa tidak sihat, batuk, atau sesak nafas.

๐Ÿ“Š Fahami Tahap Bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara). Sentiasa pantau bacaan IPU di kawasan anda:
๐ŸŸข 0 - 50 : Baik
๐ŸŸก 51 - 100 : Sederhana
๐ŸŸ  101 - 200 : Tidak Sihat (Golongan berisiko perlu hadkan aktiviti luar)
๐Ÿ”ด 201 - 300 : Sangat Tidak Sihat
๐ŸŸค > 300 : Berbahaya (Tahap kritikal, kekal di dalam rumah!)

Jaga diri dan kekal selamat!

Untuk info lanjut mengenai bahaya jerebu, layari laman sesawang berikut:

๐‰๐ž๐ซ๐ž๐›๐ฎ
https://infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/51-jerebu.html

๐Ÿ“ธ Sesi Lawatan Penyeliaan Sitopatologi HUS ke Hospital SimunjanPada 5 Ogos 2026, Unit Patologi Hospital Simunjan telah m...
05/08/2026

๐Ÿ“ธ Sesi Lawatan Penyeliaan Sitopatologi HUS ke Hospital Simunjan

Pada 5 Ogos 2026, Unit Patologi Hospital Simunjan telah menerima lawatan penyeliaan Sitopatologi daripada Hospital Umum Sarawak (HUS). Sesi ini menjadi platform terbaik bagi kedua-dua pihak dalam berkongsi ilmu, idea, dan pandangan yang membina. Segala input yang diberikan amat dihargai demi memacu penambahbaikan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan Patologi di Hospital Simunjan.Terima kasih diucapkan kepada pasukan Sitopatologi HUS atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi kepakaran.

Program Derma Darah sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) anjuran Jabata...
01/08/2026

Program Derma Darah sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan kerjasama Hospital Simunjan berlangsung pada 1 Ogos 2026 di Dewan Warisan, Sadong Jaya, Sarawak

๐Ÿ† KEPUTUSAN RASMI CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYAHospital Simunjan๐Ÿ—“๏ธ 27 April โ€“ 25 Julai 2026Alhamdulillah, Cabaran Langk...
31/07/2026

๐Ÿ† KEPUTUSAN RASMI CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA
Hospital Simunjan
๐Ÿ—“๏ธ 27 April โ€“ 25 Julai 2026

Alhamdulillah, Cabaran Langkah Sihat Itu Saya telah melabuhkan tirainya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan Hospital Simunjan yang telah menunjukkan komitmen, semangat berpasukan dan gaya hidup sihat sepanjang cabaran berlangsung.

๐ŸŽ‰ Keputusan Pasukan Hospital Simunjan:

๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama โ€“ Team SHAH
โญ 1,187 Bintang
๐Ÿ… Kedudukan Keseluruhan: 315

๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€“ Team AMMAR
โญ 950 Bintang
๐Ÿ… Kedudukan Keseluruhan: 514

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Team AMIRA
โญ 780 Bintang
๐Ÿ… Kedudukan Keseluruhan: 688

๐Ÿ… Tempat Keempat โ€“ Team STEMY
โญ 613 Bintang
๐Ÿ… Kedudukan Keseluruhan: 951

๐Ÿ… Tempat Kelima โ€“ Team TONY
โญ 398 Bintang
๐Ÿ… Kedudukan Keseluruhan: 1405

๐Ÿ‘ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua peserta atas usaha, disiplin dan semangat yang telah dipamerkan sepanjang cabaran ini. Setiap langkah yang diambil adalah satu pelaburan ke arah kesihatan yang lebih baik.

Semoga budaya hidup aktif dan sihat ini terus menjadi amalan dalam kehidupan seharian warga Hospital Simunjan.

Tahniah kepada semua pasukan! Teruskan melangkah, kekal aktif dan sihat. ๐Ÿ’™๐Ÿ’ช

24/07/2026
Sesi Penyerahan Tugas Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Khirmi bin Shafiee telah dilaksanakan seperti berikut:Unit Penyel...
24/07/2026

Sesi Penyerahan Tugas Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Khirmi bin Shafiee telah dilaksanakan seperti berikut:

Unit Penyeliaan Hospital
Daripada: PPP Khirmi bin Shafiee
Kepada: PPP Hazlan bin Hamdan

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
Daripada: PPP Khirmi bin Shafiee
Kepada: PPP Baharudin bin Taha

Unit Pesakit Luar (OPD)
Daripada: PPP Khirmi bin Shafiee
Kepada: PPP Billy Joe anak Joseph

Seluruh warga Hospital Simunjan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPP Khirmi bin Shafiee di atas segala jasa, komitmen, dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di hospital ini.
Selamat maju jaya di tempat baru!

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026Sarawak Maju Makmur & Segulai Sejalai โค๏ธ
22/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026

Sarawak Maju Makmur & Segulai Sejalai โค๏ธ



Syabas warga Hospital Simunjan! ๐ŸŒŸTahniah kepada semua peserta, penceramah, dan instruktor yang telah memberikan komitmen...
03/07/2026

Syabas warga Hospital Simunjan! ๐ŸŒŸTahniah kepada semua peserta, penceramah, dan instruktor yang telah memberikan komitmen 100% sepanjang Kursus Basic Life Support (BLS) pada 2 & 3 Julai 2026. Sikap fokus dan sporting anda semua sepanjang sesi hands-on amat luar biasa!Kemahiran yang dipelajari ini bukan sekadar untuk mengejar sekeping sijil, tetapi ia adalah satu tanggungjawab besar yang digalas demi keselamatan komuniti. Semoga ilmu ini menjadi bekalan berharga di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian. Selamat maju jaya! ๐Ÿ•Š๏ธ๐Ÿ’ผ

Address

Jalan GUNUNG NGELI
Simunjan
94800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Simunjan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share