12/12/2022
PERTANDINGAN HALAMAN CANTIK SEMPENA PROGRAM SIMUNJAN SEJAHTERA KAMPUNG KELKA 2022 (2/12/2022 - 16/12/2022)
Untuk makluman seluruh penduduk Kampung Kelka, Majlis Daerah Simunjan akan mengadakan Pertandingan Halaman Cantik. Hadiah bagi setiap pemenang dari
Kampung Kelka Hulu, Kelka Tengah dan Kelka Hilir! RM6,900 hadiah terkumpul untuk dimenangi!
Tempat pertama: Tunai RM1000, Piala dan Sijil Penyertaan
Tempat kedua : Tunai RM800, Piala dan Sijil Penyertaan
Tempat ketiga: Tunai RM500, Piala dan Sijil Penyertaan
Sila berhubung terus dengan Ketua Kampung untuk mendapatkan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan.
1. KK Trazi bin Hj. Ali (Kampung Kelka Hulu)
2. KK Wan Salem bin Wan Zain (Kampung Kelka Tengah)
3. KK Awg. Ikhwan bin Awang Sidon (Kampung Kelka Hilir)
Juri adalah daripada pihak Majlis Daerah Simunjan, NREB dan UNIMAS.