KEMAS Batang Sadong

KEMAS Batang Sadong KEMAS Daerah Simunjan (Batang Sadong)

07/05/2026

🌿💪 TRANSFORMASI SIHAT WARGA KEMAS BATANG SADONG 💪🌿

“Kenyalang Warriors & Weight Off Challenge” yang berlangsung di Panggung Udara Sadong Jaya pada 7 Mei 2026 merupakan inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga KEMAS Batang Sadong.

Program ini bukan sahaja memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan, malah menjadi platform untuk memupuk semangat berpasukan, disiplin serta amalan hidup cergas melalui cabaran penurunan berat badan dan aktiviti kecergasan.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada budaya hidup sihat demi melahirkan warga kerja yang lebih aktif, produktif dan bersemangat. 🔥

🦅 KENYALANG! KENYALANG! KENYALANG!
🔥 WARRIOR BATANG SADONG 🔥

TRANSFORMASI SIHAT WARGA KEMASSADONG JAYA, 7 Mei – KEMAS Batang Sadong telah mengadakan Pelancaran Program Kenyalang War...
07/05/2026

TRANSFORMASI SIHAT WARGA KEMAS

SADONG JAYA, 7 Mei – KEMAS Batang Sadong telah mengadakan Pelancaran Program Kenyalang Warriors & Weight Off Challenge bertempat di Panggung Udara Sadong Jaya sebagai usaha memupuk budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja KEMAS.

Perlancaran program peringkat Parlimen ini telah disempurnakan oleh Cik Maimunah bt Latip, Pegawai KEMAS Daerah Simunjan. Beliau turut bersama-sama menyertai aktiviti lapangan bersama warga kerja KEMAS Batang Sadong sebagai tanda sokongan terhadap amalan gaya hidup sihat dan aktif.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya senamrobik, briskwalk serta cabaran langkah harian bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan seimbang dalam kalangan peserta.

Gaya hidup sihat amat penting dalam kehidupan seharian kerana mampu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, di samping membentuk masyarakat yang lebih cergas, berdisiplin dan produktif. Program seperti ini juga dapat memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan dan amalan hidup aktif.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi inspirasi berterusan kepada warga KEMAS serta masyarakat setempat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian.

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN PERKUKUH KERJASAMA ANTARA AGENSI10 MAC 2026, Simunjan – Semangat keber...
10/03/2026

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN PERKUKUH KERJASAMA ANTARA AGENSI

10 MAC 2026, Simunjan – Semangat kebersamaan antara agensi kerajaan terus diperkukuhkan melalui penganjuran Program Edaran Bubur Lambuk yang diadakan di sekitar Pekan Simunjan bersempena bulan Ramadan.

Program ini merupakan hasil kerjasama empat agensi iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pusat NADI Simunjan.
Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan Ramadan melalui amalan berkongsi rezeki di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi yang terlibat serta masyarakat setempat. Bubur lambuk yang disediakan secara bergotong-royong telah diedarkan kepada para pengunjung, peniaga serta orang ramai yang berada di sekitar Pekan Simunjan.
Hadir membantu dan memeriahkan lagi suasana dalam menjayakan program tersebut ialah Cik Maimunah bt Latip, Pegawai KEMAS Daerah Simunjan yang bersama-sama terlibat dalam aktiviti rewang serta mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat.

Program seumpama ini bukan sahaja memberi peluang kepada agensi kerajaan untuk bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, malah menjadi platform untuk mendekati masyarakat secara lebih dekat. Selain itu, ia turut menyemai nilai-nilai murni seperti semangat gotong-royong, keprihatinan serta budaya berkongsi yang amat digalakkan sepanjang bulan Ramadan.










TABIKA KEMAS KAMPUNG NANAS TAMPIL WAJAH BAHARU SELEPAS NAIK TARAFSIMUNJAN , 11 FEBRUARI – Sebuah lagi inisiatif penambah...
11/02/2026

TABIKA KEMAS KAMPUNG NANAS TAMPIL WAJAH BAHARU SELEPAS NAIK TARAF

SIMUNJAN , 11 FEBRUARI – Sebuah lagi inisiatif penambahbaikan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak di parlimen Batang Sadong telah berjaya dilaksana apabila Tabika KEMAS Kampung Nanas B kini tampil dengan wajah baharu hasil projek naik taraf di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Projek ini melibatkan kerja-kerja baik pulih infrastruktur termasuk naik taraf bangunan tabika, pemasangan pagar, pembinaan laluan konkrit, baik pulih bumbung, lantai dan dinding serta penambahbaikan kemudahan tandas kanak-kanak.
Majlis penyerahan kepada pihak KEMAS Daerah Simunjan telah diadakan pada hari ini dan disaksikan oleh Pegawai Daerah Simunjan, wakil ADUN Simunjan serta pihak berkaitan.
Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif khususnya bagi kanak-kanak di kawasan luar bandar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Sarawak, Pejabat Daerah Simunjan, Majlis Daerah, pihak kontraktor, pemimpin setempat serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini demi kesejahteraan pendidikan awal kanak-kanak.










" BUKAN SEKADAR JAHITAN - CERITA MENARIK DARI PKEM BATANG SADONG "Sekitar suasana ceria dan penuh semangat, Unit Pendidi...
09/02/2026

" BUKAN SEKADAR JAHITAN - CERITA MENARIK DARI PKEM BATANG SADONG "

Sekitar suasana ceria dan penuh semangat, Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) Batang Sadong telah melaksanakan pelbagai aktiviti menarik bertempat di Kelas PKJ Kampung Sungai Apin dan Kelas Outreach Kampung Lubok Buntin. Program ini bukan sahaja memberi fokus kepada kemahiran utama seperti jahitan dan pembuatan pakaian, malah turut diperkaya dengan aktiviti sampingan yang kreatif dan menyeronokkan.

Aktiviti yang dilaksanakan - Pembuatan kuih "LEUM KLEUN" diatas permintaan peserta sendiri dan ini membuka ruang kepada mereka untuk mempelajari ilmu baharu yang boleh dimanfaatkan. Aktiviti seperti ini terbukti mampu meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat keusahawanan serta mengeratkan hubungan sesama peserta dan komuniti setempat.
Menariknya, pendekatan santai tetapi berinformasi ini menjadikan suasana pembelajaran lebih hidup, tidak membosankan dan mudah diterima oleh semua peringkat umur. Peserta bukan sahaja belajar kemahiran teknikal, malah turut didedahkan dengan elemen kreativiti, inovasi dan kerja berpasukan.

Unit PKEM Batang Sadong sentiasa komited untuk menyediakan platform pembelajaran yang holistik dan relevan dengan keperluan semasa. Justeru itu, komuniti setempat khususnya belia dan suri rumah amat dialu-alukan untuk menyertai kelas-kelas PKEM yang ditawarkan.

📌 Jom sertai PKEM!
Jika anda berminat untuk menimba ilmu baharu, meningkatkan kemahiran diri dan membuka peluang menjana pendapatan, inilah masanya untuk bersama kami. PKEM bukan sekadar untuk kelas kemahiran, tetapi sebuah ruang untuk membina masa depan yang lebih yakin, kreatif dan berdikari.










WHISPER OF THE BLOOM: SEUNTAI KASIH,SEJALIN RASA,MENYULAM MESRA,MENJALIN KENANGAN.07 FEBRUARI 2026- Majlis telah disempu...
08/02/2026

WHISPER OF THE BLOOM: SEUNTAI KASIH,SEJALIN RASA,MENYULAM MESRA,MENJALIN KENANGAN.

07 FEBRUARI 2026- Majlis telah disempurnakan oleh Cik Maimunah bt Latip, Pegawai KEMAS Daerah Simunjan, bertemakan “Whisper of The Bloom” bertempat di Rajang Hall, Level 4, The Waterfront Hotel. Beliau turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja KEMAS atas komitmen dan kerjasama yang berterusan dalam melaksanakan tugas.

Majlis turut meraikan :

1. Puan Siti Noor Zuraidah bt Abdul Kadir, PPMK (PKEM) yang berpindah ke Pejabat KEMAS Bahagian Samarahan.

2. Puan Mudrikah Aqilah bt Sahari, PM TASKA Kampung Semera Ulu yang menamatkan perkhidmatan bersama KEMAS Batang Sadong.

Penganjuran majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga KEMAS Simunjan serta menghargai jasa dan sumbangan pegawai yang diraikan sepanjang perkhidmatan mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Noor Zuraidah bt Abdul Kadir dan Puan Mudrikah Aqilah bt Sahari atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan bersama KEMAS Daerah Simunjan. Segala usaha, dedikasi dan semangat kerja yang ditunjukkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga KEMAS.
Semoga kedua-dua yang diraikan terus melakar kejayaan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu kehidupan dan kerjaya.

06/02/2026
Terima Kasih pihak TVS atas liputanhttps://www.facebook.com/share/p/1KQjeCsauQ/
05/02/2026

Terima Kasih pihak TVS atas liputan

https://www.facebook.com/share/p/1KQjeCsauQ/

ASAJAYA, 5 Feb: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencatat pencapaian baharu dengan membangunkan ruang pembelajaran berkonsepkan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM), menjadikannya yang pertama seumpamanya di Malaysia.

UNIMAS & KEMAS LAKAR SEJARAH RUANG PEMBELAJARAN STREAM DI BATANG SADONGSADONG JAYA, 5 Februari - Universiti Malaysia Sar...
05/02/2026

UNIMAS & KEMAS LAKAR SEJARAH RUANG PEMBELAJARAN STREAM DI BATANG SADONG

SADONG JAYA, 5 Februari - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencatat pencapaian membanggakan apabila menjadi institusi pertama di Malaysia membangunkan ruang pembelajaran berkonsepkan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) menerusi Inisiatif menaik taraf TASKA dan TABIKA KEMAS serta Perpustakaan Desa Kampung Semera di bawah Program Kampung Angkat MADANI.

Pemangku Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim berkata, projek tersebut mencerminkan komitmen bersama pelbagai pihak dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak serta memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran komuniti.
UNIMAS bertindak sebagai kolaborator utama dalam inisiatif ini dengan sokongan dari ADTEC (JTM) Kota Samarahan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Taufik bin Mohd Yusof, Pengarah KEMAS Sarawak yang hadir memberi ucapan penghargaan. Kehadiran beliau ke Parlimen Batang Sadong ini merupakan kunjungan rasmi yang pertama sejak memulakan tugas sebagai Pengarah KEMAS Sarawak menggantikan Puan Anisah.
Lima buah kelas telah dipilih sebagai penerima inisiatif ini iaitu Tabika KEMAS Kampung Semera Ulu A dan C, Tabika KEMAS Kampung Semera Lot, Tabika KEMAS Kampung Semera Hilir serta Taska Permata KEMAS Kampung Semera Ulu, yang dinaik taraf sebagai ruang pembelajaran berkonsepkan STREAM.

Pihak KEMAS Batang Sadong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku rakan kolaborasi utama, khususnya Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), ADTEC JTM Kota Samarahan serta Pusat Kelestarian UNIMAS atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan inisiatif ini, juga kepada pemimpin masyarakat setempat, para pendidik, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan ruang pembelajaran STREAM ini demi manfaat pendidikan awal kanak-kanak di Parlimen Batang Sadong.










PERJUMPAAN UNIT PKOM DAN PKEM BERSAMA PEGAWAI KEMAS DAERAH SIMUNJANSIMUNJAN, 4 Februari 2026 – Perjumpaan rasmi melibatk...
04/02/2026

PERJUMPAAN UNIT PKOM DAN PKEM BERSAMA PEGAWAI KEMAS DAERAH SIMUNJAN

SIMUNJAN, 4 Februari 2026 – Perjumpaan rasmi melibatkan Unit Pembangunan Komuniti (PKOM) dan Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) bersama Pegawai KEMAS Daerah Simunjan telah diadakan pada hari ini bertempat di Kelas Jahitan Sungai Apin.

Perjumpaan yg bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan pelaksanaan program pembangunan komuniti dan latihan kemahiran di peringkat daerah, khususnya melibatkan komuniti setempat. Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan aktiviti tahunan unit, penambahbaikan modul pembelajaran di kelas dan hala tuju ,bimbingan keusahawanan serta cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan peserta program.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform nasihat dan bimbingan dari Pegawai KEMAS Daerah serta untuk bertukar pandangan dan idea bagi memastikan program yang dilaksanakan lebih berimpak, relevan dengan keperluan semasa serta mampu meningkatkan kemahiran dan taraf sosioekonomi masyarakat.

Diharapkan hasil perjumpaan ini dapat memperkukuh kerjasama antara Unit PKOM dan PKEM serta meningkatkan keberkesanan peranan KEMAS dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan kemahiran dan pembangunan komuniti di Batang Sadong.










Address

KEMAS DAERAH SIMUNJAN
Simunjan
94800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Batang Sadong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category