28/11/2025
InshaAllah, esok kita mulakan sinar baru untuk SINDUMIN yang SEJAHTERA.
Undilah Perikatan Nasional
Calon 09 - Dayang Syafiqah
AKU UNDI UNTUK HIDUP LEBIH BAIK
Kurang 48 jam saja lagi, Sabah akan sampai ke kemuncak pesta demokrasi.
Sabtu nanti, kuasa keramat rakyat bukan lagi slogan, ia jadi kenyataan di hujung jari pengundi. Pilihan yang dipangkah pada kertas undi yang kecil bakal menentukan masa depan Sabah.
Besok adalah Pilihan raya negeri ketiga buatku.
Aku undi kali ini bukan kerana sentimen parti lokal, bukan kerana parti pemerintah,dan bukan kerana siapa paling pandai berjanji.
Ya, dulu aku mengundi kerana ini.
Namun kali ini, Aku undi kerana hidup kami selama ini tidak pernah aman daripada bebanan yang tidak berubah. Air tiada, jalan rosak, elektrik tak menentu, ekonomi ketinggalan.
Dan semua ini berpunca daripada satu akar: politik Sabah yang sakit dan teruk.
Wahai pengundi Sabah!
Segala bulan bintang yang dijanjikan, mustahil akan Sabah kecapi;
Selagi politik dinasti, nepotisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih dianggap normal,
selagi orang yang sama berpusing dalam kuasa, tukar baju parti sahaja tapi perangai serupa,
selagi itulah rakyat Sabah akan hidup 50 tahun ke belakang.
Selagi pengundi termakan wang sogokan, termakan janji gula-gula,
selagi kita pilih calon dari ‘kluster mahkamah’ yang bergelumang kes dan skandal,
jangan harap Sabah akan bangkit.
Kerana siapa yang kita pilih, itulah cermin masa depan kita.
Aku undi kali ini kerana aku mahu keluar dari putaran gelap itu.
Aku mahu anak kampung tidak lagi belajar bawah cahaya lilin.
Aku mahu ibu bapa tidak lagi redah jalan berlubang tiap hari untuk cari rezeki.
Aku mahu Sabah yang tidak lagi jadi bahan ketawa kerana ketinggalan.
Aku undi untuk hidup lebih baik.
Akan aku pilih calon yang adil, bersih serta reti bekerja dan mentadbir, bukan sekadar tahu berjanji.
Dan hari ini, buat kali pertama aku merayu…
Kepada keluarga, saudara-mara, sahabat handai,
Pilihanraya Sabah kali ini, tolong jangan silap undi.
pilihlah parti dan calon yang benar-benar kompeten, berintegriti, berjiwa rakyat, dan punya rekod cemerlang.
Jangan kembali kepada politikus lama yang hanya mahir membuka skandal, bukan membuka masa depan.
Kriteria parti dan calon yang akan membawa nafas baharu kepada Sabah, hanya ada pada Perikatan Nasional.
Pada 29 November ini,
undi untuk hidup lebih baik.
Undi untuk Sabah yang baru, Sabah yang kita sendiri bangunkan, bukan Sabah yang terus dipijak dan dicatur oleh tangan-tangan rakus berkuasa.
Ayuh, kita kasi bagus Sabah —
dengan memilih PERIKATAN NASIONAL.