UUM School of Law

UUM School of Law OFFICIAL FACEBOOK PAGE SOL UUM

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI A251
14/01/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI A251

MAJLIS ANUGERAH DEKAN PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG SESI A252ANJURAN PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG UUM
06/01/2026

MAJLIS ANUGERAH DEKAN PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG SESI A252
ANJURAN PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG UUM

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2026Ikhlas daripada:Penolong Naib Canselor UUM COLGISMerangkap Dekan Pusat Pengajian Unda...
31/12/2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2026

Ikhlas daripada:
Penolong Naib Canselor UUM COLGIS
Merangkap Dekan Pusat Pengajian Undang-undang & Seluruh Warga Kerja SOL

SOL DAN BAHAGIAN ANTI-KEGANASAN PDRM PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARAhttps://uumtoday.com/education/sol-dan-bahagian...
31/12/2025

SOL DAN BAHAGIAN ANTI-KEGANASAN PDRM PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA
https://uumtoday.com/education/sol-dan-bahagian-anti-keganasan-pdrm-perkasa-kesedaran-keselamatan-negara/

SINTOK, 22 Disember 2025: Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Bahagian E8 (Counter Terrorism), Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Siri Ceramah Keselamatan Negara 2025 (CAKERA 2025) pada 17 Disember lalu di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen UUM.

Program berimpak ini telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab.

Dr. Harlida berkata, program ini bertujuan memupuk semangat patriotisme serta memberi kefahaman mendalam mengenai ancaman keselamatan moden.

Menurutnya, UUM menerusi SoL menyokong usaha kerajaan memelihara keamanan negara melalui penyelidikan strategik dan penawaran program pengajian yang melahirkan pakar dan modal insan dalam bidang berkaitan.

CAKERA 2025 merangkumi dua sesi ceramah eksklusif daripada pegawai kanan Bahagian E8, Cawangan Khas, PDRM. Sesi pertama disampaikan oleh Penolong Pengarah E8A, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Ahmad Norisham Ma’arus yang membincangkan tajuk “Ancaman Kumpulan Pengganas dan Pengalaman Malaysia” yang dikendalikan oleh Pengerusi Program Sarjana Muda Undang-Undang, Dr. Mukhriz Mat Rus.

Sesi kedua menampilkan ASP M Fakrul Hisham Ahmad Radzi dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah yang mengupas topik “Kenegaraan dan Keselamatan” bersama Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-Undang UUM, Ephraim Logijin.

Selain daripada perkongsian ilmu secara teori, peserta turut berpeluang melawat rerurai pameran keselamatan yang disediakan bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam menjaga keselamatan negara.

Pengarah Program, Dr. Mukhriz Mat Rus, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM atas kerjasama sulung ini.

Beliau menyifatkan inisiatif ini sebagai platform penting dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah peka terhadap isu strategik dan keselamatan negara.

Program ini dihadiri oleh barisan pengurusan SoL, tetamu jemputan, serta ahli Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS).

CEO CO-OPBANK PERTAMA BONGKAR PENGURUSAN STRATEGIK KEPADA PELAJAR BPLBhttps://uumtoday.com/campus-news/ceo-co-opbank-per...
31/12/2025

CEO CO-OPBANK PERTAMA BONGKAR PENGURUSAN STRATEGIK KEPADA PELAJAR BPLB
https://uumtoday.com/campus-news/ceo-co-opbank-pertama-bongkar-pengurusan-strategik-kepada-pelajar-bplb/

SINTOK, 9 November 2025: Program The CEO Lens 2nd Series anjuran Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Persatuan BPLB (Thinkers) dan Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) telah berjaya menarik perhatian para pelajar Program Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan (BPLB) apabila menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama), Khairil Anuar Mohammad Anuar sebagai panel jemputan utama.

Program yang dilaksanakan di bawah inisiatif Finishing School itu bertujuan memberi pendedahan langsung kepada pelajar mengenai dunia kepimpinan, tadbir urus dan pengurusan strategik dari perspektif seorang pemimpin industri.

Melalui perkongsian pengalaman, cabaran serta strategi pengurusan organisasi, para pelajar berpeluang memahami bagaimana teori pengajian mereka diaplikasikan dalam realiti perniagaan dan pentadbiran sebenar.

Semasa perkongsian tersebut, Khairil Anuar teruja dengan pencapaian cemerlang pelajar BPLB. Beliau turut menawarkan dua tempat bagi latihan industri di Co-opbank Pertama kepada pelajar tahun akhir BPLB.

Para pelajar tahun akhir yang hadir turut memberikan reaksi positif terhadap program tersebut. Salah seorang peserta, Ahmad Zikri Ahmad Rostam, menyifatkan sesi perkongsian tersebut sebagai amat bermakna.

“Saya rasa sangat bertuah dapat mendengar sendiri pandangan seorang CEO. Perkongsian beliau membuatkan saya lebih jelas tentang hala tuju kerjaya dan kepentingan membina kemahiran kepimpinan sejak di bangku universiti,” katanya.

Bagi Ilya Fazwani Maswan, program ini membuka ruang refleksi diri dan meningkatkan motivasi.

“Apa yang dikongsikan oleh CEO Co-opbank Pertama, Khairil Anuar benar-benar memberi inspirasi. Ia mengingatkan saya bahawa setiap keputusan kecil yang kita buat hari ini boleh membentuk masa depan kita. Program ini memang sangat relevan dan membuka mata,” ujarnya.

Penganjuran The CEO Lens 2nd Series turut menjadi bukti komitmen SOL yang sentiasa merapatkan hubungan antara universiti dan industri serta memantapkan pengalaman pembelajaran holistik para pelajar BPLB.

Inisiatif ini dijangka dapat diteruskan sebagai platform yang dapat mencetuskan pemikiran strategik, memperkukuh jaringan profesional serta membentuk barisan pemimpin masa hadapan yang berintegriti dan berpandangan jauh.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Pegawai Operasi (COO) Co-opbank Pertama, Dekan SOL, Pengurus-Pengurus CUIC, Timbalan-Timbalan Dekan SOL dan Pengerusi-Pengerusi Program SOL.

18/12/2025
TAHNIAH ATAS PELANTIKANSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Chiew Choon Man atas pelantikan sebagai Timbalan Ment...
18/12/2025

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Chiew Choon Man atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Alumni UUM Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian - 2016.

Pusat Pengajian Undang-undang UUM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg Prof. Dato' Dr. Mohd F**d Sakdan ...
17/12/2025

Pusat Pengajian Undang-undang UUM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg Prof. Dato' Dr. Mohd F**d Sakdan atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor UUM.

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
17/12/2025

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

03/12/2025
UUM–UNITAR METERAI MOU PERKASA INOVASI AKADEMIK DAN PENYELIDIKANSINTOK, 2 Disember 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM)...
03/12/2025

UUM–UNITAR METERAI MOU PERKASA INOVASI AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

SINTOK, 2 Disember 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UNITAR International University (UNITAR) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang membuka lembaran baharu dalam kerjasama akademik, penyelidikan serta pembangunan sumber manusia antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi tersebut.

Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM disempurnakan oleh Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, bersama Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UNITAR.

Prof. Martadha menzahirkan rasa syukur atas kejayaan memeterai MoU yang disifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh hubungan akademik antara UUM dan UNITAR.

“MoU ini menjadi landasan penting untuk memperkukuh, mempromosi dan mengembangkan kerjasama atas dasar kesaksamaan serta manfaat bersama,” katanya.

Melalui persefahaman tersebut, kedua-dua universiti bersetuju untuk melaksanakan pelbagai bentuk kerjasama termasuk mobiliti pelajar, pertukaran kakitangan akademik, pelantikan sarjana pelawat, penyelidikan bersama, penerbitan bersama, penyeliaan bersama dan penerokaan kerjasama penawaran program akademik secara francais.

“Saya berharap MoU ini membawa impak besar dalam memajukan ilmu, membangunkan modal insan dan menyumbang kepada pertumbuhan peradaban di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Naib Canselor UNITAR, Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, turut menekankan komitmen institusinya terhadap pendidikan inklusif.

“UNITAR sentiasa memperjuangkan pendidikan yang mudah diakses dan inklusif. Melalui MoU ini, kami akan bekerjasama rapat dengan UUM dalam melaksanakan program dan inisiatif yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan modal insan negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama ini membuka laluan pendidikan kepada pelajar pada setiap peringkat kehidupan, memastikan pendidikan kekal relevan, fleksibel dan berimpak.

Turut hadir, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab, Penolong Naib Canselor COLGIS merangkap Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL) UUM; ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti; serta pegawai kanan dari kedua-dua universiti.

https://uumtoday.com/campus-news/uum-unitar-meterai-mou-perkasa-inovasi-akademik-dan-penyelidikan/

IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
02/12/2025

IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UUM School of Law posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share