01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Kelab Mahasiswa UMNO Universiti Utara Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menjunjung kasih atas kebijaksanaan, kepimpinan serta jasa Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara. Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan kepada Tuanku dalam menjalankan amanah sebagai Ketua Utama Negara.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.