03/03/2026
PERBINCANGAN KERJASAMA STF IBS DAN RAKAN INDUSTRI
Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pertemuan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Wilayah Utara dan Bank Rakyat Wilayah Utara di Alor Setar pada 3 Mac 2026 bagi membincangkan kerjasama strategik dalam penganjuran program berteraskan literasi kewangan.
Pertemuan yang turut disertai oleh Dr Fikriyah Abdullah, Pengarah CDGEC UUM ini bersetuju untuk Social Takaful Fund dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meneroka kerjasama dalam program “School of Hard Knock”, Hari Celik Kewangan, Program Komuniti serta Podcast Perancangan Persaraan yang akan diadakan sepanjang tahun 2026. Manakala Bank Rakyat menyatakan komitmen dari segi pengurusan pelaburan serta penganjuran bersama aktiviti komuniti yang memfokus kepada aspek literasi kewangan yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.