Etika dan Peradaban Kumpulan Tiga

Etika dan Peradaban  Kumpulan Tiga Penghayatan Etika dan Peradaban - Alam Sekitar - Isu Penerokaan Hutan

POSTER: 10NAMA: AHMAD NAZRIN BIN AHMAD TARMIZI (291784)TEMA: ISU PENEROKAAN HUTANTAJUK: KESIMPULAN ISU PENEROKAAN HUTANK...
19/12/2023

POSTER: 10
NAMA: AHMAD NAZRIN BIN AHMAD TARMIZI (291784)
TEMA: ISU PENEROKAAN HUTAN
TAJUK: KESIMPULAN ISU PENEROKAAN HUTAN

Kesimp**annya, Pemuliharaan terhadap hutan adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Hutan merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Pemeliharaan dan pemuliharaan hutan juga amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar. oleh itu, saya menyeru kepada semua golongan agar peka dan bersama kita memastikan hutan kita sentiasa terjaga agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan merosakkannya.

POSTER 9NAMA: MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN IDRIS (292011)TEMA: ISU PENEROKAAN HUTANTAJUK: KEPENTINGAN PENEROKAAN HUTANPenerok...
19/12/2023

POSTER 9
NAMA: MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN IDRIS (292011)
TEMA: ISU PENEROKAAN HUTAN
TAJUK: KEPENTINGAN PENEROKAAN HUTAN

Penerokaan hutan merujuk kepada aktiviti penerokaan atau penebangan hutan untuk pelbagai tujuan, termasuk pembangunan, pertanian, atau eksploitasi sumber kayu. Aktiviti ini melibatkan pemotongan pokok-pokok hutan atau kawasan hutan untuk menghasilkan ruang terbuka atau untuk mendapatkan kayu-kayan dan hasil hutan lain. Oleh itu, penerokaan hutan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri bagi manusia.

1.Pembangunan Ekonomi

Penerokaan sumber hutan dan galian telah menggalakkan sektor perindustrian seperti industri petrokimia, perabot, pembinaan, dan pembuatan cat, plastik, dan farmaseutikal. Kayu dan hasil hutan lainnya dapat menjadi bahan mentah untuk industri petrokimia. Sebagai contoh, lignin dari kayu digunakan dalam pembuatan bahan kimia seperti lignosulfonat yang digunakan dalam industri binaan dan pertanian. Bagi pembinaan p**a, Kayu adalah salah satu bahan binaan utama yang digunakan dalam industri pembinaan serta hasil hutan lain seperti getah dan rotan juga boleh digunakan dalam elemen-elemen pembinaan dan hiasan.

2.mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan

mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan secara langsung atau tidak langsung, seperti pembalak, pembawa lori balak, dan pengendali jentolak. Pembalak adalah pekerja yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti penebangan kayu. Mereka memainkan peranan penting dalam mengeluarkan kayu dari kawasan hutan untuk kegunaan industri. Pembawa lori balak p**a merupakan individu atau pemandu lori yang bertanggungjawab untuk mengangkut kayu yang telah ditebang dari kawasan hutan ke destinasi yang ditetapkan, seperti kilang-kilang kayu atau kawasan penyimpanan. Oleh hal demikian, rakyat biasa mempunyai pekerjaan yang dapat dilakukan untuk mencari sumber rezeki dalam kelangsungan kehidupan seharian dengan menjadi sumber insan dalam sektor ini.

3. Menggalakkan Pembangunan Infrastruktur

Penerokaan hutan sering berkait rapat dengan pembangunan lebuhraya dan jalan raya untuk membuka akses ke kawasan yang sebelumnya sulit dicapai. Penerokaan hutan juga dapat mengubah perkampungan nelayan menjadi bandar baru dan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta kemudahan perhubungan seperti pejabat pos dan telefon. Oleh itu, penerokaan amatlah penting untuk menjamin kemudahan infrastruktur dan mencapai kemajuan negara.

4. Menambah pendapatan negara

Penerokaan hutan memberikan akses kepada sumber kayu dan bahan hutan lain yang dapat diolah menjadi pelbagai produk seperti kayu, kertas, dan hasil hutan lainnya. Negara dapat menjual produk-produk ini di pasaran domestik dan antarabangsa lalu menyumbang kepada pendapatan negara melalui eksport. Kerajaan juga boleh mengenakan cukai dan royalti ke atas aktiviti penerokaan hutan. Cukai ini boleh menjadi sumber pendapatan yang signifikan bagi negara, dan royalti boleh dikenakan ke atas syarikat-syarikat yang menghasilkan pendapatan daripada penerokaan sumber hutan.

Pentingnya penerokaan hutan tidak hanya terletak pada peningkatan pendapatan negara tetapi juga dalam memastikan kelestarian sumber hutan untuk generasi masa depan. Oleh itu, keseluruhan pengurusan hutan seharusnya merangkumi aspek-aspek ini untuk memastikan kepentingan ekonomi diimbangi dengan kelestarian alam sekitar.

Poster 8Nama: Steve BenjaminTema: Isu Penerokaan HutanTajuk: Kesan-kesan Penerokaan HutanTerdapat banyak kesan daripada ...
17/12/2023

Poster 8
Nama: Steve Benjamin
Tema: Isu Penerokaan Hutan
Tajuk: Kesan-kesan Penerokaan Hutan

Terdapat banyak kesan daripada penerokaan hutan ini:

1. Hakisan Tanah adalah proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak. Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian.

2. Banjir besar adalah litupan air pada tanah yang biasanya tidak dilitupi oleh air. Dalam erti kata "air mengalir", perkataan itu juga boleh digunakan untuk aliran air pasang. Perkara ini disebabkan Okey perbuatan manusia Yang tidak bertanggungjawab dan hanya ingin mengaut keuntungan yang banyak.

3. Pemanasan global kalah proses peningkatan suhu biasa atmosfer, laut, dan daratan Bumi. Suhu biasa global pada permukaan Bumi telah meningkat 0.74 ± 0.18 °C (1.33 ± 0.32 °F) selama seratus tahun terakhir. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) menyimpulkan bahwa, “sebagian besar peningkatan suhu rata-rata global sejak pertengahan abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya konsentrasi gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia” melalui efek rumah kaca.

Poster 7NAMA: Chong Hui JieNO MATRIK: 291770TEMA: Isu Penerokaan HutanTOPIK: Jenis Pencemaran yang Terdapat di Hutan
17/12/2023

Poster 7
NAMA: Chong Hui Jie
NO MATRIK: 291770
TEMA: Isu Penerokaan Hutan
TOPIK: Jenis Pencemaran yang Terdapat di Hutan

Poster 6NAMA: CHEONG TING SIEWNO MATRIK: 291771TEMA: Isu Penerokaan HutanTOPIK: Berita Terkini Berkait Isu Penerokan Hut...
16/12/2023

Poster 6
NAMA: CHEONG TING SIEW
NO MATRIK: 291771
TEMA: Isu Penerokaan Hutan
TOPIK: Berita Terkini Berkait Isu Penerokan Hutan

Penerokaan hutan boleh dilakukan secara sah atau haram. Ia berkait rapat dengan isu-isu alam sekitar dan kelestarian hutan.

Malaysia memang menghadapi isu berkaitan dengan penerokaan hutan secara haram. Penerokaan haram melibatkan pelbagai aktiviti yang tidak sah seperti penebangan pokok tanpa izin, pembakaran hutan, dan aktiviti-aktiviti lain yang merosakkan ekosistem hutan. Sebagai contoh, di negeri Johor telah berlaku kes lebih 10 hutan simpan diteroka secara haram. Kes ini telah dilaporkan serta diambil perhatian oleh pelbagai pihak berkuasa dan seterusnya tindakan telah diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun begitu, masalah penerokaan hutan secara haram memang kadang-kadang boleh berlaku tanpa pengetahuan umum. Keadaan ini mungkin berlaku kerana ketiadaan laporan media yang mencukupi atau masalah ini tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari masyarakat awam dan akhirnya masalah ini akan meninggalkan kesan yang serius.

Oleh itu, untuk mengatasi isu penerokaan hutan secara haram di Malaysia, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bukan sahaja perlu meningkatkan usaha pemantauan dan penegakan undang-undang tetapi juga perlu menggalakkan penglibatan komuniti dalam pengurusan sumber hutan. Masyarakat juga perlu berpegang kepada tanggungjawab sosialnya supaya melibatkan diri dalam perlindungan alam sekitar dan mencegah penerokaan hutan secara haram.

Poster 5NAMA : MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN SHAHRUL NIZAMTEMA : Isu Penerokaan HutanISU: Akta/Dasar HutanTerdapat akta dan da...
13/12/2023

Poster 5
NAMA : MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN SHAHRUL NIZAM
TEMA : Isu Penerokaan Hutan
ISU: Akta/Dasar Hutan

Terdapat akta dan dasar dalam Isu Penerokaan Hutan;

Akta Hutan Negara 1984

Akta Perhutanan Negara 1984 di Malaysia adalah undang-undang yang sangat penting dalam mengatur aspek pengurusan, pemeliharaan, dan pemanfaatan sumber daya hutan di negara ini. Akta ini mencakup berbagai hal, seperti regulasi penebangan kayu, perlindungan hutan, konservasi alam, serta keberlanjutan flora dan fauna. Selain itu, Akta ini memberikan landasan hukum bagi pengelolaan hutan, penentuan kawasan konservasi, izin-izin penebangan, penggunaan tanah, serta aspek-aspek lain yang berkaitan dengan keberlangsungan hutan di Malaysia. Melalui Akta Perhutanan Negara 1984, pihak berwenang mengatur dan menjaga kelestarian sumber daya hutan dengan tujuan untuk memastikan pemanfaatan yang lestari, perlindungan terhadap alam sekitar, serta pelestarian keanekaragaman hayati negara.

Dasar Hutan Kebangsaan

Dasar Hutan Kebangsaan di Malaysia memberikan arah dan panduan utama dalam pengurusan hutan di negara ini. Tujuannya adalah untuk memastikan kelestarian dan pengurusan lestari sumber daya hutan untuk manfaat generasi sekarang dan masa depan.

Dasar ini menekankan beberapa prinsip, antara lain:

1. Pengurusan Lestari: Menjalankan pengurusan hutan secara berterusan, memastikan pemanfaatan sumber daya hutan tanpa mengabaikan keperluan generasi masa depan.
2. Perlindungan dan Pemuliharaan Sumber Hutan: Menjaga kawasan hutan yang penting untuk kepelbagaian hayati dan menjaga fungsi ekologi alam semula jadi.
3. Kerjasama dan Penglibatan Pihak Berkepentingan: Melibatkan pelbagai pihak termasuk masyarakat tempatan, pihak swasta, dan pemerintah dalam pengurusan hutan demi kelestarian sumber daya alam.
4. Peningkatan Pengurusan dan Keberkesanan Sistem: Meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan hutan melalui penambahbaikan kaedah pengurusan, teknologi, serta pengetahuan.

Dasar Hutan Kebangsaan ini menjadi panduan utama bagi pelbagai inisiatif, undang-undang, serta program-program pengurusan hutan di Malaysia untuk memastikan penggunaan sumber daya hutan yang mampan dan lestari.

Poster 4NAMA : AHMAD MUKHQRIZ AFIF BIN MUKHTAZIRTEMA : Isu Penerokaan HutanISU : Cabaran Menghadapi Isu Penerokaan Hutan...
13/12/2023

Poster 4
NAMA : AHMAD MUKHQRIZ AFIF BIN MUKHTAZIR
TEMA : Isu Penerokaan Hutan
ISU : Cabaran Menghadapi Isu Penerokaan Hutan

Terdapat beberapa cabaran menghadapi isu penerokaan hutan dari segi aspek ;

1) Aspek Ekonomi
Dalam sektor ekonomi, tekanan untuk mencapai hasil pertanian dan industri yang tinggi seringkali mengakibatkan penggunaan sumber daya semulajadi secara tidak mampan. Penggunaan racun kimia, pembalakan haram, dan eksploitasi sumber alam menjadi cabaran yang amat serius. Untuk mengatasi perkara ini, pendekatan mampan dalam penggunaan sumber daya perlu diperkenalkan, menggalakkan praktik pertanian dan industri yang ramah alam.

2) Aspek Sosial
Cabaran utama juga terletak pada kekurangan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Pendidikan dan kempen kesedaran perlu ditingkatkan untuk membentuk sikap dan amalan yang mesra alam. Masyarakat perlu menyedari impak setiap tindakan mereka terhadap alam sekitar sekaligus mengiktirafkan sebagai rakan kritikal dalam usaha pemuliharaan.

3) Aspek Ekologi
Dari segi ekologi, pencemaran alam, kehilangan biodiversiti, dan perubahan iklim adalah cabaran utama bagi isu penerokaan hutan. Penyelidikan dan inovasi dalam teknologi hijau perlu segera mencari alternatif yang lebih mera alam. Pembangunan dan pelaksanaan teknologi yang ramah alam menjadi keutamaan bagi mengurangkan impak negatif terhadap ekosistem.

POSTER 3NAMA: KHOR PEI CHIN (291482)TEMA: ISU PENEROKAAN HUTANTAJUK:PUNCA ISU PENEROKAAN HUTAN
11/12/2023

POSTER 3
NAMA: KHOR PEI CHIN (291482)
TEMA: ISU PENEROKAAN HUTAN
TAJUK:PUNCA ISU PENEROKAAN HUTAN

POSTER 2NAMA: ALVEENA A/P THOMSON (292257)TEMA: ISU PENEROKAAN HUTANTAJUK: LANGKAH MENGATASI ISU PENEROKAAN HUTAN Untuk ...
10/12/2023

POSTER 2
NAMA: ALVEENA A/P THOMSON (292257)
TEMA: ISU PENEROKAAN HUTAN
TAJUK: LANGKAH MENGATASI ISU PENEROKAAN HUTAN

Untuk memelihara hutan yang ada dan memulihara hutan yang telah ditebang, beberapa langkah penting dapat diambil:

1. Mewartakan Hutan Simpan. Ini melibatkan pengisytiharan kawasan tertentu sebagai hutan simpan, di mana aktiviti seperti pembalakan, pemburuan, dan pembangunan dilarang. Contohnya termasuk Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.

2. Mewujudkan Taman Negara. Taman-taman negara merupakan kawasan yang dilindungi untuk pemeliharaan flora dan fauna serta keindahan semula jadi. Contoh taman negara termasuklah Taman Negara di sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Kinabalu, dan lain-lain.

3. Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram dan Penguatkuasaan Undang-undang. Ini melibatkan pemantauan dari udara menggunakan helikopter untuk mengesan dan mengawal pembalakan haram serta kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang asli. Tindakan undang-undang seperti denda dan penjara diambil terhadap pembalak haram.

4. Mengadakan Kempen Alam Sekitar. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah, dan seminar. Contohnya, mereka menyambut Hari Bumi setiap tahun pada 22 April.

Langkah-langkah ini penting untuk memastikan kelestarian dan pemuliharaan hutan, yang merupakan warisan semula jadi berharga.

POSTER 1NAMA: ALBERT UGAK ANAK KUJAT(292233)TEMA : ISU PENEROKAAN HUTANTAJUK: DEFINISI PENEROKAAN HUTANPenyahhutanan,pen...
09/12/2023

POSTER 1
NAMA: ALBERT UGAK ANAK KUJAT(292233)
TEMA : ISU PENEROKAAN HUTAN
TAJUK: DEFINISI PENEROKAAN HUTAN

Penyahhutanan,penerokaan, penebangan hutan atau penggondolan hutan ialah kegiatan penghapusan hutan atau pokok-pokok dari suatu kawasan tanah yang kemudian ditukar kepada penggunaan bukan hutan.Penerokaan hutan merujuk kepada aktiviti penerokaan atau penebangan hutan untuk pelbagai tujuan, termasuk pembangunan, pertanian, atau eksploitasi sumber kayu. Aktiviti ini melibatkan pemotongan pokok-pokok hutan atau kawasan hutan untuk menghasilkan ruang terbuka atau untuk mendapatkan kayu-kayan dan hasil hutan lain.

Akibatnya penerokaan hutan khasnya boleh menyebabkan kehilangan kepelbagaian biologi serta habitatnya dan turut memberi kesan kepada perubahan cuaca dan juga sumber air bersih. Kepupusan spesies tumbuhan dan hidupan liar, perubahan landskap muka bumi yang tidak lagi boleh dikembalikan serta memberikan kesan kepada alam sekitar amnya akan mempengaruhi gaya hidup dan budaya generasi masa hadapan

Namun, hutan di rantau ini terancam, dan telah menurun hampir 7 juta hektar, atau 3,4%, sejak tahun 2013, menyumbang kepada peningkatan kehilangan biodiversiti, kebakaran hutan yang besar, pencemaran dan perubahan iklim yang membimbangkan. Dapat kita lihat dari statistik negara malaysia dari tahun 2001 hingga 2019, malaysia kehilangan 8.12mha hutan, setara dengan penurunan 28% hutan sejak tahun 2000, dan 3.55gt pelepasan karbon dioksida.

Assalamualaikum & Salam sejahtera semuaKami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia yang mengambil kursus Penghayata...
04/12/2023

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua

Kami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban MPU1013 Kump**an E.

Kami dari Kump**an 3 telah menyediakan satu halaman Facebook untuk berkongsi tentang " Alam Sekitar - Isu Penerokaan Hutan".

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika dan Peradaban Kumpulan Tiga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share