26/07/2026
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SIPITANG 2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sipitang bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 Julai 2026 (Ahad), jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kaka, Sipitang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rahmah Jan binti Sulaiman Khan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenom merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Turut mengiringi rombongan beliau ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Tenom.
Turut hadir selaku tuan rumah ialah YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd. Noh, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, bersama Encik Awang Anak, Naib Ketua UMNO Bahagian Sipitang, serta barisan kepimpinan sayap parti iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Sipitang, Hajah Amuilin Junsin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sipitang, En Abzalrudin dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang, Cik Nurhidayat Razali yang mewakili Ketua Puteri.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang, Puan Rosminih Akup, tidak dapat bersama-sama pada mesyuarat kali ini kerana sedang melaksanakan tugas rasmi berkaitan Pilihan Raya Negeri Sembilan yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan, jawatankuasa pelaksana, para jemputan serta seluruh warga UMNO Bahagian Sipitang yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sehingga mesyuarat ini dapat berlangsung dengan lancar dan jayanya.
Insya-Allah, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sipitang akan diadakan pada 9 Ogos 2026, selepas Pilihan Raya Negeri Sembilan dan menjelang Persidangan Agung UMNO 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 September 2026.
Semoga semangat perjuangan yang dizahirkan melalui mesyuarat ini terus memperkukuh perpaduan seluruh saf kepimpinan dan ahli UMNO. Mudah-mudahan UMNO terus kekal relevan sebagai wadah perjuangan rakyat serta kembali meraih mandat dan kepercayaan para pengundi di Negeri Sabah di bawah panji Barisan Nasional (BN) demi kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan negeri serta rakyat keseluruhannya.
Hidup UMNO! Hidup Barisan Nasional!
Puteri Umno Sabah
Pemuda Sipitang
Wanita Bahagian Sipitang
Rosminih Akup