Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang

Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang, Police station, IBU PEJABAT POLIS DAERAH SIPITANG, Sipitang.

04/09/2026




KAD KUASA NEGARA LUAR MODUS OPERANDI BAHARU SCAMMER

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penggunaan kad kuasa negara luar sebagai taktik scammer untuk menyamar atau meyakinkan mangsa dalam kes Love Scam dan Phone Scam.

Jangan panik atau terburu-buru. Buat pengesahan melalui saluran rasmi dan jangan serahkan wang atau maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali. Jika menjadi mangsa, segera hubungi NSRC di talian 997 dan buat laporan polis.

Nampak rasmi bukan bermakna pasti sah. Semak dahulu sebelum percaya.





#04082026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—ก๐—šKOTA KINABALU, 31 Ogos 2026 โ€“ Kejohanan 10 Pin Bowling Piala K...
03/09/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—ก๐—š

KOTA KINABALU, 31 Ogos 2026 โ€“ Kejohanan 10 Pin Bowling Piala Ketua Polis Daerah Sipitang telah diadakan bertempat di 1 Borneo, Kota Kinabalu, dengan penyertaan daripada semua bahagian dan cawangan IPD Sipitang.

Kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan kesukanan dalam kalangan warga IPD Sipitang.

Program berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta.

03/09/2026
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ข๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—”๐—–๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”SIPITANG, 29 Ogos 2026 โ€“ Program Outrea...
29/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ข๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—”๐—–๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”

SIPITANG, 29 Ogos 2026 โ€“ Program Outreach Kesedaran Komuniti Dalam Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa di Negeri Sabah Siri 2/2026 telah diadakan di Dewan Terbuka Long Pasia, Sipitang.

Program anjuran bersama agensi berkaitan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu pemerdagangan orang, buruh paksa, job scam, penahanan dokumen serta penggajian pekerja asing.

Program turut disertai PDRM, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia, ATM, Majlis Daerah Sipitang, Pejabat Daerah Sipitang serta penduduk Kampung Long Pasia.

Program berlangsung dengan lancar, teratur dan terkawal serta menjadi platform dalam memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang dan buruh paksa.

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฆ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—ก๐—šSIPITANG, 27 Ogos 2026 โ€“ Surau Al Rahman, IPD Sipitang telah menganjurkan Program Cera...
28/08/2026

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฆ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—ก๐—š

SIPITANG, 27 Ogos 2026 โ€“ Surau Al Rahman, IPD Sipitang telah menganjurkan Program Ceramah Agama Bulanan bagi Bulan Ogos 2026 yang dihadiri seramai 54 orang terdiri daripada pegawai, anggota, pegawai awam dan ahli keluarga.

Ceramah bertajuk โ€œHikmah Tersirat Maulidur Rasul: Syafaat Agung, Redha Allah Ke Syurgaโ€ telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamzuri bin Ramle, Guru Pendidikan Islam, SK Sindumin, Sipitang.

Program turut merangkumi solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta jamuan moreh.

Program bertujuan meningkatkan penghayatan nilai-nilai agama dalam kalangan warga IPD Sipitang sebagai panduan dalam melaksanakan tugas, kehidupan berkeluarga dan kehidupan seharian.

Program berlangsung dengan baik dan lancar.

27/08/2026
27/08/2026

๐Ÿšจ AMARAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) ๐Ÿšจ

Satu klik boleh mengundang padah. Jangan tekan sebarang pautan yang diterima daripada sumber tidak dikenali.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap pautan yang diterima melalui SMS, WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger atau e-mel.

โš ๏ธ Scammer sering menggunakan pautan palsu untuk:
โŒ Mencuri maklumat perbankan dan peribadi
โŒ Memasang aplikasi berbahaya pada telefon mangsa
โŒ Mendapatkan akses kepada akaun bank dan media sosial
โŒ Memperdaya mangsa melalui laman web palsu

โœ… Sebelum klik, ingat 3 langkah ini:
๐Ÿ”Ž Semak sumber mesej atau pautan
๐Ÿค” Fikir sebelum memberikan sebarang maklumat
โœ”๏ธ Sahkan dengan organisasi berkaitan melalui saluran rasmi

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH SIPITANG
Sipitang
89850

Telephone

087821222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang:

Shortcuts

Share

Category