RISDA Manjung

RISDA Manjung Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

17/12/2024
11/12/2024
02/12/2024
21 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)PROGRAM OUTREACH BANCI PEKEBUN KECIL GETAH (BPKG) 2023.- Program ini, melibatkan semakan data b...
24/11/2024

21 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)

PROGRAM OUTREACH BANCI PEKEBUN KECIL GETAH (BPKG) 2023.

- Program ini, melibatkan semakan data bancian dilapangan oleh Pegawai Kanan Bahagian Dasar Perancangan Strategik (BDPS) terdiri daripada Puan Moradila bt Moris, Puan Nik Nur Amirah bt Amran dan Cik Noor Ezzaty bt Kamarudin bersama Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) yang merupakan Pengarah Angkat Negeri Perak telah diwakili oleh En. Mohd Azli bin Mohamad Shah.

- Turut serta, Puan Norafidah binti Mohd Napiah, Pegawai RISDA Daerah Manjung, Puan Nor Azlina Bt Mislan, Ketua Unit Perancangan RISDA Negeri Perak, Puan Zalmi Bt Alzamah Shari ,Ketua Unit Perancangan , Encik Zakman bin Raflis , Ketua Stesen Beruas dan kakitangan PRD Manjung.

20/11/2024

Sekitar Perjalanan Program GKKG Peringkat RISDA Daerah Manjung yang telah diadakan semalam.






LEKIR, 19 November 2024 - Program Gerakan Kelestarian Komoditi Getah (GKKG) telah diadakan di Dewan Homestay Tangga Batu...
19/11/2024

LEKIR, 19 November 2024 - Program Gerakan Kelestarian Komoditi Getah (GKKG) telah diadakan di Dewan Homestay Tangga Batu Kg Tersusun Batu 7,Lekir.

Program telah dirasmikan oleh Encik Rosnan Bin Ab. Rahman, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Perak.

Turut hadir bersama Penolong Pegawai Daerah Manjung Pn. Nurshamimi Binti Che Anuar, Pegawai RISDA Daerah Manjung, Pn. Norafidah Binti Mohd Napiah, Penghulu Mukim Lekir, Tn. Noor Adzahar Bin Mohd Yunus dan seluruh kakitangan Pejabat RISDA Daerah Manjung bersama-sama penduduk tempatan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, Pertandingan Menghias Puding PWPK, Jualan Usahawan, Penerangan dan Kempen RISDA, Pameran KKM,Pameran AgroBank, Penerangan UCAM,Pameran Input Pertanian Oleh Anak Syarikat RISDA, Cabutan Bertuah dan pelbagai acara lain diadakan.

Semoga dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi sillaturrahim diantara pihak RISDA dan masyarakat.





BERUAS | SABTU, 16 November 2024|Program Perkampungan Ilmu dan Motivasi bersama RISDA telah diadakan di Sekolah Menengah...
16/11/2024

BERUAS | SABTU, 16 November 2024|

Program Perkampungan Ilmu dan Motivasi bersama RISDA telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman dengan kerjasama Masjid As- Saadah dan pihak sekolah.Program ini disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai salah satu persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Program ini turut dihadiri oleh :-

Pegawai RISDA Daerah Manjung,
Pn.Norafidah Binti Mohd Napiah,

Pen.Kanan Pentadbiran SMK Raja Shahriman,
Dr. Taufek Bin Muhammad,

Pengerusi Masjid As- Saadah,
Tn. Hj. Razali B. Abd Samad.

Diantara pengisian PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU & MOTIVASI TUISYEN RAKYAT RISDA
SMK. RAJA SHAHRIMAN, BERUAS.
15/11/2024 - 17/11/2024 (3H2M) adalah :

1. TEKNIK MENJAWAB SOALAN PELAJAR SPM
2. PROGRAM KECERGASAN DIRI
3. CERAMAH MOTIVASI PELAJAR SPM
4. KENDURI PELAJAR SPM

Semoga dengan adanya program - program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan SPM dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Sama-sama kita doakan buat anak-anak ini.🤲



LAWATAN AUDIT VERIFIKASI STOR PRD MANJUNG OLEH PRJ GUA MUSANG
11/11/2024

LAWATAN AUDIT VERIFIKASI STOR PRD MANJUNG OLEH PRJ GUA MUSANG

Mesyuarat Perbincangan Program GKKG PRD Manjung
08/11/2024

Mesyuarat Perbincangan Program GKKG PRD Manjung

Mesyuarat BLUEPRINT PRD Manjung
04/11/2024

Mesyuarat BLUEPRINT PRD Manjung

DIRGAHAYU TUANKUSEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAHDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan N...
01/11/2024

DIRGAHAYU TUANKU

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2024

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah
daripada seluruh warga Pejabat RISDA Daerah Manjung.



Aktiviti Rabu, 30.10.2024Stesen RISDA Beruas.
30/10/2024

Aktiviti Rabu, 30.10.2024

Stesen RISDA Beruas.

Address

Sitiawan
32000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056911316

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Manjung:

Share