Republic Of Manjung

Republic Of Manjung ROM : Republic Of Manjung - Power To The People!

16/04/2025

Jika anda mengesyaki ianya projek haram & membawa kemudaratan serta pencemaran, kenal pasti apakah status & lokasi kawasan tersebut. Jika ia terletak di dalam:

1. Hutan Simpan - laporkan pada Jabatan Perhutanan

2. Tanah Kerajaan - lapor pada Pejabat Tanah & Daerah & Jabatan Alam Sekitar

3. Tanah Persendirian - lapor pada PBT (untuk tanya kebenaran merancang) dan Jabatan Alam Sekitar.

4. Taman Negeri - Jabatan Perhutanan atau Perbadanan Taman Negeri

5. Taman Negara - Jabatan Perhilitan

Bagaimana ingin tahu status tanah? Sila lihat jika ada papantanda kawasan menunjukkan ia tanah hutan simpan, hakmilik ataupun kerajaan

Merdekakan Alam Sekitar!
24/08/2024

Merdekakan Alam Sekitar!

PROGRAM KONSERVASI & PENDIDIKAN HABITAT PERSISIR PANTAI BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2024

Tempat: Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak
Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12 tengah hari

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada tahun ini, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menganjurkan Program Konservasi & Pendidikan Habitat Persisir Pantai di Pantai Pasir Panjang, Segari.

Bagi menghayati semangat cintakan negara kita, kami menjemput orang ramai untuk menyertai kami dalam program ini agar kita dapat bersama-sama mempelajari kepentingan untuk memelihara dan memulihara habitat persisir pantai sebagai warisan alam semulajadi negara kita!

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti pembersihan pantai, sesi perkongsian mengenai khazanah alam di persisir pantai daerah Manjung serta pameran tentang aktiviti pemuliharaan & pemeliharaan khazanah alam di Manjung.

Tentatif Program:

9.00 pagi : Pendaftaran
9.15 pagi : Acara Pembukaan (Ucapan Aluan & Nyanyian Lagu Kemerdekaan)
9.30 pagi : Aktiviti Pembersihan Pantai
10.30 pagi : Aktiviti Audit Hasil Kutipan Sampah
11.00 pagi : Sesi Perkongsian “Keunikan Persisir Pantai Manjung”
12.00 tengah hari : Acara Penutup

Program ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di pautan ini: https://forms.gle/tLNLztk2YJuS5PGD9

Anda boleh hubungi urusetia kami, Atiqah melalui WhatsApp di +6011-36522495 bagi sebarang pertanyaan.

Keangkuhan manusia
08/08/2024

Keangkuhan manusia

People power!
17/10/2019

People power!

Menderhaka-lah kepada sampah! Merdeka-lah seni.
29/08/2019

Menderhaka-lah kepada sampah! Merdeka-lah seni.

Address

Sitiawan
32040

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Republic Of Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Republic Of Manjung:

Share