Biro Muslimat Dan Pembangunan Keluarga, Masjid An-Nasriyah, Sitiawan

Biro Muslimat Dan Pembangunan Keluarga, Masjid An-Nasriyah, Sitiawan Menguruskan aktiviti pembangunan kerohanian khusus untuk wanita seperti kuliah, tadarus,khemah ibadah

MENJALIN UKHUWAH SEMPENA PROGRAM BUBUR ASYURA DI MASJID AT-TAUFIQIAH, KG PINTI GERBANG, BERUASTARIKH : 28 JUN 2026 / 12 ...
01/07/2026

MENJALIN UKHUWAH SEMPENA PROGRAM BUBUR ASYURA DI MASJID AT-TAUFIQIAH, KG PINTI GERBANG, BERUAS
TARIKH : 28 JUN 2026 / 12 MUHARRAM 1448H

Alhamdulillah, seramai 10 orang AJK Biro Muslimat berpeluang untuk bersama-sama dengan ahli kariah Masjid At-Taufiqiah, Beruas untuk penyediaan Bubur Asyura. 4 kawah bubur Asyura telah disediakan secara gotong-royong yang melibatkan kaum muslimin dan muslimat dari pelbagai peringkat umur.

Assalamualaikum w. b. t. Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,In Sha Allah, kita akan menutup bulan Jun 2026 dengan pr...
25/06/2026

Assalamualaikum w. b. t.

Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

In Sha Allah, kita akan menutup bulan Jun 2026 dengan program Tadarus Al-Quran seperti butiran iklan. Bagi muslimat yang berminat untuk hadir, boleh membuat pendaftaran menggunakan pautan di bawah :

https://forms.gle/pkzgLC7EsVM2VDKaA

Penyertaan adalah TERHAD. Jom daftar segera. ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

24/06/2026

Esok dan lusa...
Jom puasa๐Ÿ˜Š

Tak boleh buat semua, Jangan tinggal semua๐Ÿ˜Š
24/06/2026

Tak boleh buat semua, Jangan tinggal semua๐Ÿ˜Š

PROGRAM KORBAN DI MASJID AN-NASRIYAHTARIKH : 28 MEI 2026 / 11 ZULHIJJAH 1447HTelah berlangsung ibadah korban sempena Aid...
24/06/2026

PROGRAM KORBAN DI MASJID AN-NASRIYAH
TARIKH : 28 MEI 2026 / 11 ZULHIJJAH 1447H

Telah berlangsung ibadah korban sempena Aidiladha 1447H DI Masjid An-Nasriyah. Sejumlah 8 ekor lembu telah dikorbankan. Semua peserta ibadah korban dan ahli kariah turut terlibat dalam gotong-royong agihan daging korban dan penyediaan juadah makan tengahari kepada semua yang hadir.

SUMBUTAN TAHUN BARU HIJRAH 1448 DI Masjid An-NasriyahTARIKH : 18 JUN 2026 / 02 MUHARRAM 1448HMasjid An-Nasriyah Sitiawan...
22/06/2026

SUMBUTAN TAHUN BARU HIJRAH 1448 DI Masjid An-Nasriyah
TARIKH : 18 JUN 2026 / 02 MUHARRAM 1448H

Masjid An-Nasriyah Sitiawan telah selesai menganjurkan program Sambutan Maal Hijrah 1448 dengan mengadakan satu sesi ceramah khas Maal Hijrah yang disampaikan oleh Y. Bhg. AF. Ustaz Hj Mohd Junaidi Bin Mohd Said. Selesai ceramah dan solat Isya' secara berjemaah, semua jemaah disajikan dengan juadah makan malam yang disediakan secara gotong-royong oleh AJK Masjid An-Nasriyah yang diketuai oleh Biro Muslimat. Program ini juga mendapat sokongan dari Lotus Manjung yang menaja sebahagian bahan mentah dan turut terlibat semasa gotong-royong penyediaan makanan.

16/06/2026

Jemput semua

Assalamualaikum w. b. t.Jemput bersama kami dengan pengisian sempena tahun baru hijrah 1448
16/06/2026

Assalamualaikum w. b. t.

Jemput bersama kami dengan pengisian sempena tahun baru hijrah 1448

JADUAL KULIAH MUSLIMAT BAGI BULAN JUN 2026
10/06/2026

JADUAL KULIAH MUSLIMAT BAGI BULAN JUN 2026

25/05/2026

Esok... jutaan hamba rebah menyerah diri di Arafah. Walau jasad kita jauh, biarlah hati kita ikut menangis memohon keampunan. Banyakkan doa dan zikir, moga air mata kita menjadi saksi. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“– WUQUF DARI SUDUT BAHASA

Perkataan โ€œWuqufโ€ berasal daripada bahasa Arab:

ูˆูŽู‚ูŽููŽ โ€” ูŠูŽู‚ููู โ€” ูˆูู‚ููˆูู‹ุง

yang membawa maksud:

-Berhenti
-Berdiri
-Berada di sesuatu tempat

๐Ÿ•Œ WUQUF DARI SUDUT ISTILAH SYARAK

Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun hanya seketika dalam waktu yang ditetapkan bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah dengan niat menunaikan ibadah haji.

Wuquf ialah rukun haji yang paling utama dan menjadi kemuncak seluruh perjalanan ibadah haji.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉู

Maksudnya: โ€œHaji itu adalah Arafah.โ€

(HR al-Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak sempat wuquf di Arafah, maka hajinya tidak sah.

๐ŸŒฟ HAKIKAT WUQUF YANG SEBENAR

Hakikat wuquf bukan sekadar hadir di Padang Arafah dengan tubuh badan, tetapi hadir dengan:
๐Ÿค hati yang tunduk kepada Allah SWT
๐Ÿค jiwa yang penuh penyesalan
๐Ÿค taubat yang bersungguh-sungguh
๐Ÿค pengharapan kepada rahmat Allah SWT

Di Arafah:

- manusia datang membawa dosa
- manusia menangis memohon keampunan
- manusia merendahkan ego dan kemuliaan dunia
- manusia kembali bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT

โ˜€๏ธ WUQUF DAN GAMBARAN PADANG MAHSYAR

Ramai ulama menyebut bahawa wuquf di Arafah sangat mengingatkan manusia kepada suasana Padang Mahsyar.

Jutaan manusia berhimpun:

- Memakai pakaian ihram
- Berdiri di bawah panas matahari
- Penuh harapan menunggu rahmat Allah SWT

Tiada lagi beza:

- Kaya atau miskin
- Berpangkat atau tidak
- Terkenal atau biasa

Semuanya berdiri sebagai hamba Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฌูุฆู’ุชูู…ููˆู†ูŽุง ููุฑูŽุงุฏูŽู‰ูฐ ูƒูŽู…ูŽุง ุฎูŽู„ูŽู‚ู’ู†ูŽุงูƒูู…ู’ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali pertama.โ€

(Surah al-Anโ€˜am: 94)

๐ŸŒง๏ธ HARI PALING BESAR KEAMPUNAN

Hari Arafah ialah antara hari paling besar dalam Islam.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุชูู‚ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠู‡ู ุนูŽุจู’ุฏู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œTiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah.โ€

(HR Muslim)

Betapa luasnya rahmat Allah SWT pada hari tersebut sehingga para ulama menyebut bahawa Hari Arafah ialah hari paling besar pengharapan seorang hamba kepada keampunan Allah SWT.

๐Ÿคฒ SEBAIK-BAIK DOA IALAH DOA PADA HARI ARAFAH

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œSebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.โ€

(HR al-Tirmizi)

Kerana itu para ulama sangat menganjurkan agar Hari Arafah dipenuhi dengan:

1. Doa
2. Istighfar
3. Zikir
4. Selawat
5. Membaca al-Quran
6. Taubat kepada Allah SWT

Antara zikir yang sangat dianjurkan:

Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu."
(HR Tirmizi, hadis hasan)

โœจ PENGAJARAN DARIPADA WUQUF

Wuquf mendidik manusia:
๐ŸŒฟ supaya merendahkan ego
๐ŸŒฟ menginsafi dosa
๐ŸŒฟ belajar sabar
๐ŸŒฟ menjaga hati dan lisan
๐ŸŒฟ mengingati akhirat
๐ŸŒฟ berharap hanya kepada rahmat Allah SWT

Kadangkala di Arafah, air mata yang jatuh kerana taubat lebih bernilai daripada panjangnya kata-kata.

๐ŸŒ™ PENUTUP

Wuquf di Arafah bukan sekadar perhimpunan manusia di sebuah padang, tetapi perhimpunan hati-hati yang kembali mencari Allah SWT.

Di bumi Arafah, manusia belajar bahawa sebesar mana pun dosa seorang hamba, rahmat Allah SWT sentiasa lebih luas untuk mereka yang ingin kembali kepada-Nya.

Semoga Allah SWT menerima wuquf para jemaah haji, mengampunkan dosa-dosa mereka dan mengurniakan kepada kita semua keampunan serta rahmat-Nya.

Wallahuaโ€˜lam

โœ๏ธUstazah Asmaโ€™ Harun
Pembimbing Rohani
Ibadah Haji In Saff Travel & Tours Sdn Bhd


Address

Masjid An-Nasriyah, Jalan Raja Omar
Sitiawan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Muslimat Dan Pembangunan Keluarga, Masjid An-Nasriyah, Sitiawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Biro Muslimat Dan Pembangunan Keluarga, Masjid An-Nasriyah, Sitiawan:

Shortcuts

Share

Category