24/08/2026
[ ๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐๐ง - ๐๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ซ๐ ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ญ๐ข๐๐ฐ๐๐ง ]
Sepanjang bulan Ogos 2026, Klinik Pergigian Sitiawan telah menganjurkan beberapa aktiviti promosi kesihatan pergigian yang menarik dan interaktif bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan mulut.
๐ญ 7 Ogos 2026 โ Persembahan Boneka Kesihatan Pergigian
Persembahan boneka berkaitan kesihatan pergigian telah diadakan di ruang menunggu Klinik Pergigian Sitiawan.
Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak mengenai perubahan yang berlaku di dalam mulut sekiranya kesihatan dan kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik, serta memperkenalkan langkah-langkah penjagaan kesihatan pergigian yang betul.
๐ต๐ฆท 10 Ogos 2026 โ Ceramah โMerdekakan Dirimu Daripada Penyakit Pergigianโ
Ceramah bertajuk โMerdekakan Dirimu Daripada Penyakit Pergigianโ telah disampaikan di ruang menunggu Klinik Pergigian Sitiawan.
Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga emas mengenai kepentingan kesihatan pergigian, di samping menekankan kepentingan kebersihan mulut dan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
๐๐ชฅ 12 Ogos 2026 โ Plaque Detection & Teknik Memberus Gigi Berkesan
Aktiviti Plaque Detectiondan latihan teknik memberus gigi yang berkesan telah diadakan di Plaque House, Klinik Pergigian Sitiawan.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam mengenai keberkesanan teknik memberus gigi yang betul, serta membantu peserta mengenal pasti kawasan gigi yang masih mempunyai plak.
๐ธ๐ถ 15 Ogos 2026 โ Persembahan Buskers Kesihatan Pergigian
Persembahan buskers telah diadakan di ruang menunggu Klinik Pergigian Sitiawan sebagai salah satu pendekatan kreatif dalam menyampaikan mesej kesihatan pergigian.
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian pesakit, khususnya kanak-kanak dan keluarga, terhadap kepentingan penjagaan kesihatan pergigian, di samping menyampaikan pendidikan kesihatan pergigian melalui pendekatan yang santai, kreatif dan menghiburkan.
Anggota yang terlibat: Semua anggota pergigian KP Sitiawan