UTM FLEET

UTM FLEET BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN KENDERAAN UNIVERSITI UNTUK KEMUDAHAN KAKITANGAN DAN PELAJAR UTM

MAKLUMAN: PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS CAMPUS BEROPERASI SEPERTI BIASA BAGI MINGGU PEPERIKSAAN.
12/07/2026

MAKLUMAN: PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS CAMPUS BEROPERASI SEPERTI BIASA BAGI MINGGU PEPERIKSAAN.

08/07/2026
29/06/2026

MAKLUMAN: PENUTUPAN SEMENTARA TEMPAHAN DI SISTEM VRMS BAGI MEMBERI LALUAN PROGRAM UNIVERSITI

Sukacita dimaklumkan bahawa TEMPAHAN KENDERAAN di SISTEM VRMS akan ditutup pada 02 & 03 JULAI 2026 (Khamis & Jumaat) bagi memberi laluan Program Rasmi Universiti.

Tempahan KENDERAAN akan beroperasi semula seperti biasa pada 06 JULAI 2026 (Isnin). Sehubungan dengan itu, semua PTJ dimohon untuk mengambil maklum dan merancang tempahan kenderaan di PTJ masing-masing.

PERKHIDMATAN SHUTTLE bas pelajar tidak terjejas dan akan beroperasi seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

------------------------------------------------------
NOTICE: TEMPORARY CLOSURE RESERVATION AT VRMS SYSTEM FOR OFFICIAL UNIVERSITY PROGRAMS

RESERVATIONS in the VRMS System will be CLOSED on 02 & 03 July 2026(Thursday & Friday) to give way to the University Official Program.

VEHICLE booking will resume as usual on 6 July 2026 (Monday). In relation to that, all PTJs are requested to take notes.

SHUTTLE Service will not be affected and will operate as usual.

Thank you.

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN KEMASKINI JADUAL SHUTTLE BAS KAMPUS UTM 2026Dimaklumkan kepada warga UTM Johor bahru  Jadual Shuttle Bas Ka...
26/06/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN KEMASKINI JADUAL SHUTTLE BAS KAMPUS UTM 2026

Dimaklumkan kepada warga UTM Johor bahru Jadual Shuttle Bas Kampus telah dikemas kini bagi menyokong keperluan pergerakan warga kampus mengikut operasi seperti berikut:

๐ŸšŒ Minggu Kuliah
Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat

๐ŸšŒ Mod Bekerja Dari Rumah (BDR/WFH)
Setiap Selasa dan Khamis

๐ŸšŒ Perkhidmatan Hujung Minggu
Sabtu dan Ahad

Perkhidmatan shuttle bas turut disediakan bagi laluan KDOJ/KLG/KDSE โ†”๏ธ K9K10 untuk memudahkan pergerakan pelajar dan warga kampus yang berada di kolej kediaman sepanjang minggu kuliah.

๐Ÿ“Œ Semua pengguna perkhidmatan adalah dimohon untuk merujuk jadual terkini bagi mendapatkan maklumat berkaitan:
โœ… Laluan bas mengikut zon
โœ… Waktu operasi perkhidmatan
โœ… Lokasi pengambilan dan penurunan penumpang
โœ… Kekerapan perjalanan bas

โš ๏ธ Jadual operasi adalah tertakluk kepada perubahan semasa berdasarkan keperluan operasi, keadaan trafik, cuti umum dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi UTMFleet.

Terima kasih atas kerjasama semua warga universiti dalam memastikan kelancaran penggunaan perkhidmatan Shuttle Bas Kampus UTM.





MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN UNIVERSITITarikh : 10/6/2026 (Rabu)Tempat : UTMFleet Telah berlangsung Majlis Penyerahan Ken...
10/06/2026

MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN UNIVERSITI
Tarikh : 10/6/2026 (Rabu)
Tempat : UTMFleet

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Kenderaan Universiti yang telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Binti Mat Darus, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (TNCA).
Majlis ini melibatkan penyerahan sebanyak 8 buah kenderaan, iaitu 4 buah Van Toyota Hiace yang terdiri daripada 3 buah untuk kegunaan UTMJB dan 1 buah untuk kegunaan UTMKL. Manakala 4 buah Van Daihatsu terdiri daripada 3 buah untuk kegunaan UTMJB dan 1 buah bagi kerja-kerja penyelenggaraan di dalam kampus.Tersedia jgk 1 buah Van Toyota Hiace yang diperuntukkan sebagai kenderaan 'Pool' Universiti .Penyerahan kenderaan ini merupakan komitmen universiti dalam memperkukuh kemudahan logistik dan pengangkutan bagi menyokong kelancaran operasi , meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memenuhi keperluan warga universiti dengan lebih efektif.

MAJLIS UKUWAH BERSAMA MANTAN PEMANDU SERTA MAJLIS PERSARAAN & PERLANTIKAN KPD PENYELIA PEMANDU UTM DAN PEMANDU KANAN UTM...
15/05/2026

MAJLIS UKUWAH BERSAMA MANTAN PEMANDU SERTA MAJLIS PERSARAAN & PERLANTIKAN KPD PENYELIA PEMANDU UTM DAN PEMANDU KANAN UTM
Tarikh : 11 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Sri Merbau ,KTHO UTM

Telah berlangsung Majlis Penghargaan serta Majlis Persaraan untuk Encik Abdul Rahman Bin Abd Kadir.
๐Ÿ’๐Ÿ’Tahniah juga diucapkan kepada pemandu yang dilantik sebagai Penyelia Pemandu & Pemandu Kanan UTM. Semoga amanah yang diberikan menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam perkhidmatan. ๐Ÿš๐ŸŒŸ

Tidak dilupakan, buat insan yang diraikan dalam majlis persaraan, terima kasih atas segala pengorbanan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini.
๐Ÿ–‹๏ธ๐Ÿ–‹๏ธWalau berakhir sebuah tugas, jasa dan kenangan akan terus terpahat di hati seluruh warga kerja.
โค๏ธโค๏ธSemoga ikatan ukhwah ini terus mekar, walau masa dan perjalanan membawa haluan yang berbeza. ๐Ÿค

Tahniah๐Ÿ’๐Ÿ’ dan syabas diucapkan atas pelantikan sebagai Penyelia Pemandu UTM Dan Pemandu Kanan UTM. Bukan sekadar memegan...
15/05/2026

Tahniah๐Ÿ’๐Ÿ’ dan syabas diucapkan atas pelantikan sebagai Penyelia Pemandu UTM Dan Pemandu Kanan UTM.
Bukan sekadar memegang stereng perjalanan, tetapi turut membawa amanah, disiplin dan dedikasi dalam setiap langkah perkhidmatan.
Semoga setiap perjalanan yang ditempuhi terus dipermudahkan, dihiasi kejayaan dan menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja.
๐Ÿ–‹๏ธTerus melangkah dengan penuh semangat, kerana setiap usaha yang ikhlas pasti membawa destinasi yang indah. โœจ๐Ÿš

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam SejahteraDimaklumkan bahawa jadual perjalanan perkhidmatan shuttle sepanjang tempoh Be...
22/04/2026

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam Sejahtera
Dimaklumkan bahawa jadual perjalanan perkhidmatan shuttle sepanjang tempoh Bekerja dari Rumah (BDR) Selasa Dan Khamis adalah seperti yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini berkuat kuasa pada 21 April 2026. Sehubungan itu, semua pelajar adalah dimohon untuk mengambil maklum dan merancang perjalanan. Terima kasih..

Majlis Penyerahan Kenderaan Universiti kepada PTJ telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 9 April 2026 (Khamis) ya...
22/04/2026

Majlis Penyerahan Kenderaan Universiti kepada PTJ telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 9 April 2026 (Khamis) yang lalu. Penyerahan ini bertujuan memperkukuhkan kecekapan perkhidmatan serta menyokong kelancaran operasi di peringkat PTJ. Diharapkan kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada warga universiti.

Address

Skudai
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075530042

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTM FLEET posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UTM FLEET:

Shortcuts

Share