19/08/2026
18 Ogos 2026 | Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) UTM โ Tencent Cloud International
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Tencent Cloud International Pte. Ltd. dalam satu majlis yang berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd Rahim bagi pihak UTM dan Encik Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International bagi pihak Tencent Cloud International.
Pemeteraian MoU ini membuka ruang kerjasama strategik antara UTM dan Tencent Cloud International dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), pengkomputeran awan (Cloud Computing), teknologi pintar dan transformasi digital, selain merangkumi pelaksanaan penyelidikan bersama, program pensijilan profesional, hackathon dan pertandingan inovasi, latihan industri serta pembangunan bakat dan pertukaran kepakaran.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen UTM dalam memperkukuh jaringan strategik bersama pemain teknologi global serta memperluas peluang pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi digital yang memberi manfaat kepada warga universiti dan industri.
Jurufoto: Hafizal Afiq